chicky chicky pox!
OH MY! almost 26 tahun aku mengelak dari dijangkiti akhirnya memang dah tak boleh gelak dah.
a week before dijangkiti, i felt like macam nak demam. sakit-sakit badan. selalunya symptom badan sakit-sakit ni datang bila time nak period je. tapi masa ni aku baru je abis period. dah lah a few months before aku baru lepas MC sebab demam. bosan betul kalau asik sakit je.
aku dah start demam masa ke Segamat hari Sabtu tu. sakit kepala yang amat. tapi mengenangkan tu wedding partner shift aku, ku gagahkan juga. berhenti dekat petrol station aku pulun beli air badak & 100 plus. sebab masa tu kepala sakit giler. On the way nak balik JB tu aku picit kepala sendiri. aku rasa kat kepala ada 1 jerawat besar. dengan penuh rasa geram aku pun kopek jerawat tu sebab ku pikir jerawat tu lah punca aku sakit kepala. deng!
hari Ahad tu bangun tido dah rasa badan dah tak dedar. tapi masa nak mandi aku tengok dekat badan aku ada 2 bintik merah & ada mata. ok aku belek2 badan macam ada jugak dekat bahagian lain. aku syak memang tanda chicken pox ni. tunjuk mama, mama pun cakap benda yang sama. so aku pun mandi, hantar mama check up dekat KPJ, aku driving sorang ke Horizon Clinic. damn memang 100% confirm chicken pox. redha jelah dapat MC 1 minggu dan dapat bekalan Anti Viral pills, anti histamine pills, Calamine Lotion & standby paracetamol pills kalau demam.
Acyclovir : Anti Viral pills is the best medicine for chicken pox I guess. especially bila kita amik less than 48 hours selepas keluar je tanda-tanda chicken pox tu. yang jenuhnya kena amik 5 kali sehari. almaklum lah seorang Zaneera memang payah nak telan pills +_+
tapi alhamdulillah chicken pox aku ni tak seteruk yang aku bayangkan. tidur malam pun lena. chicken pox aku pun kecik-kecik je. dekat belakang badan agak bersepah lah keluar. dekat muka pun ada. tapi dekat betis & tangan ada satu, dua je. alhamdulillah.
bab makan memang aku jaga. aku tak makan kicap,telur, seafood and mama pun tak masak benda-benda bergoreng. standard lah kan petua orang tua. aku dapat extend MC lagi seminggu sebab ada chicken pox yang tak kering lagi.
#tips :
1-wajib mandi. sebab aku pernah terbaca petua orang Cina tak boleh mandi kalau kena chicken pox. aku mandi sehari 2 kali dan guna sabun SebaMed untuk badan. stop dulu guna apa-apa ubat muka yang kita selalu pakai tu. kalau ada consume collagen pun stop dulu.
2-jagalah makan. makan rebus-rebus je dulu. ni dah minggu ketiga lepas kena chicken pox, bila aku cuba makan sambal belacan pun terasa gatal-gatal sikit. so berpantang lah dulu ye.
3-aku pakai Calamine lotion pun seminggu je. yang aku tak suka pasal lotion ni sebab even dah mandi pun nanti bekas lotion tu tak hilang jugak. plus, dia buatkan kulit muka aku jadi kering. tak suka betol :'( so masuk minggu kedua, staff papa buatkan aku traditional cream dari pokok duit-duit dengan apa ntah. officemate aku bagitau dia sapu cream dari pokok cermai dulu. yang aku perasan bekas-bekas chicken pox aku ni tak hitam. dia jadi merah macam bekas kena gigit nyamuk. tapi aku tak pasti lah sama ada ni effect dari traditional cream atau dari anti viral pills yang aku makan.
4-makan ubat ikut time.
5-jaga kebersihan.tukar cadar & tuala mandi 2 hari sekali.asingkan baju yang nak dibasuh. bilas baju dengan Dettol. lepas mandi pun simbah lantai dengan Dettol jugak.
minggu ketiga, aku dah mula amalkan rutin biasa. basuh muka dengan ubat muka biasa. makan collagen dan pergi kerjaaaaa! bosan ok duduk umah 2 minggu. tepuuuu!
doakan aku moga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. lebih-lebih lagi dah nak start buat preparation untuk wedding ni oiii. seram mak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment