Monday, April 30, 2012

istilah


~melepaskan seseorang yang kita sayang atau cintai sepenuh hati bukan bermakna kita seorang yang kalah. kita mungkin sedang membina masa hadapan yang lebih baik dengan ketiadaan mereka~
 http://shafaza-zara.blogspot.com


100% aku setuju dengan kata-kata ini.tapi sebenarnya aku paling bengang bila dengar orang cakap,'cinta tak semestinya harus bersama'. untuk apa kau cintakan seseorang lepas tu dengan mudah kau nak lepaskan dia dengan orang lain?sedangkan kau percaya yang diri kau boleh membahagiakan si dia lebih dari orang lain. tapi...masa dan keadaan buat aku lebih paham dengan istilah itu.kadang-kadang kita sayangkan seseorang.orang tu pun sayangkan kita.tp keadaan mendesak agar kita tak boleh terus bersama.selamanya.jadi,cinta itu harus berakhir dan percayalah,masa akan membuatkan cinta itu nanti hilang perlahan-lahan.

mula-mula kita memang akan hipokrit.kita akan rasa,kita mampu untuk sayangkan dia selamanya,walaupun tidak lagi bersama.tapi kita kena ingat,kita ni cuma manusia.manusia yang punya perasaan cemburu.lantas perasaan cemburu itu jugalah yang akan mendorong kita untuk mencari hiburan lain.hiburan itu boleh jadi dalam bentuk material,perasaan dan apa2 juga yang akan membawa kita ke satu peringkat-kita akan lupakan tentang perasaan cinta itu.


Monday, April 23, 2012

tika ini

waktu aq menulis entry ini,hati aq sedang lagi sakit.sakit dan juga keliru dgn sikap manusia.kenapa kt perlu mengulangi kesilapan yang sama berulang2 kali?dan kenapa begitu mudah kau mengkhianati perasaan kau sendiri?adakah perasaan syg dan cinta kau memang mudah datang dan mudah pergi?

di umur sematang ini adakah masih perlu menjadikan nafsu sebagai aspek penting dalam sesuatu perhubungan?entah.mungkin persoalan itu terlalu subjektif utk dipersoalkan pada seseorang yang belom menemui kematangan...


dua insan

Aq tidak pasti jika tika ini aq sedang beri harapan pd seseorang. Dan aq juga tidak tahu apakah perasaan ini adalah perasaan sayang sebagai seorang kawan atau lebih daripada seorang kawan.pernah aq berjanji pd diri sendri,aq tidak akan menerima mana2 lelaki selagi lelaki yang hadir selepas ini tidak sejujur Dia.Dia yg aq masih sayang…


Setiap manusia punya kelebihan mereka sendiri.memang agak kejam jika aq seringkali membandingkan mereka berdua.tp aq juga sedaya upaya mencari ‘sesuatu’ di dalam diri Lelaki ini supaya kelak mungkin akan ada perasaan kasih.tidak aq nafikan Lelaki ini matang dan tenang.tenang dalam menghadapi sesuatu.juga aq sukakan sifatnya yang tidak lalai dlm kehidupan seharian.


Tp aq masih terlalu selesa untuk berkongsi segala permasalahan dengan Dia. Dan apabila berdua dengan Dia,aq dpt rasa sekejap je masa berlalu.setiap saat yg aq lalui bersama Dia merupakan saat2 terindah yg seperti tidak harus berakhir.


Bila aq bersama si Lelaki ini pula kadang kala terasa macam xde apa yg ingin diborakkan.sehingga pernah satu ketika aq rasa mengantok.rasa mcm nk cepat mengakhiri pertemuan itu.perasaan ini tak pernah sekali pun aq rasa bila bersama si Dia.


Aq selalu memohon agar Allah pertemukan aq dgn seorang lelaki yg jujur, ikhlas dan boleh mendidik aq.dan jgn lah aq diberikan perasaan cinta pd seseorang yg bukan jodoh aq. Kerana inilah buatkan aq selalu terkeliru dgn perasaan sendri.si Lelaki ini adalah lelaki yg jujur serta ‘beringat’ dlm setiap kelakuannnya..namun setakat ini,perasaan cinta itu masih jauh.terlalu jauh. Pernah aq terbaca sebaris kata2 yg mengatakan, “selagi kt masih mengingati seseorang yg tlh berlalu,selagi itulah kt xkan dpt menerima seseorang yg wujud pd hari ni”…mmg aq akui kebenaran itu..tp apa daya aq?kau org boleh ckp jauhkan diri,lupakan.tp korang xrasa benda ni sendiri.yg melaluinya aq! Ye,aq dan Dia!


Kau org boleh terus bercakap di belakang aq.boleh bebas berkata tentang Dia.dan jika benar Dia menggunakan aq utk sesuatu tujuan,itu kerja Tuhan nk balas. Sape kau org yg layak menghukum atau memandang serong pd kami? Hidup kau org sendiri pun xstabil,ada hati nk kepoh hidup org lain.puiih!

Thursday, April 12, 2012

nasihat

ini adalah hasil selepas berfikir sedalam yang mungkin.kata2 yg aq terima dari seorang kakak dan sahabat aq tu betol2 bg impak pada diri aq.walaupun hati kt mungkin sama2 masih sayang namun perempuan gila itu pasti tidak akan duduk diam seandainya kt menyambung perhubungan ini.aq tidak mahu dia mengapa2 kan diri kau.dan ye,sehingga detik ini,hati aq masih menyayangi kau.tp dalam umur kt ini,aq tidak mahu mencari couple.aq mahukan seseorang yang selayaknya utk dijadikan 'pendidik' aq.maksud aq,suami.

kt bukan lagi budak2 sekolah yg mencari couple utk dibanggakan depan kawan2 semata.kt perlu mencari seseorang yang boleh memberi komitmen,jujur dan setia dgn kt.dan teros terang aq cakap,aq bukanlah perempuan yg baik.sembahyang aq pun 'lopong2'...jadi aq perlukan seorang lelaki yg sekurang2nya boleh mengingatkan aq tentang itu.dan seorang lelaki perlu tahu,perempuan seterjal macam aq ni pun boleh cair bila tgk lelaki yg amik wuduk,yg sembahyang. lagi cool bila nampak lelaki2 yang kuar masjid..pergh.....sejuk siot hati.sumpah x tipu!

setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan masing2.aq cuma mohon agar Allah perkenankan permintaan aq.dan sesungguhnya janganlah Allah membuat aq 'fallin in love' dgn someone yg bukan jodoh aq.sebab terlalu sakit kehilangan orang yg betol2 kt sayang.

Tuesday, April 10, 2012

perempuan kejam

aq memang perempuan kejam sebab sampai detik ni aq masih xmampu utk maafkan segala dosa2 dia.tp percayalah aq xpernah doa yg buruk2 untuk dia.aq cuma mohon agar jgnlah kau khianati mana2 perempuan lagi selepas aq.kerna sesungguhnya rasa dikhianati itu amat sakit.aq juga mohon agar Allah sedarkan ko dari terus mengambil benda2 haram tu.

manusia memang bisa bercakap,"dahlah eira,maafkan je dia.." memang gampang lah korang cakap mcmtu sbb yg tanggung sakit nya aq.pernah korang tau betapa aq merana bila hubungan yg paling lama dipertahankan putus sebegitu rupa?korang xtahu hampir berbulan2 lamanya aq memendam sebuah luka.aq cuba bangkit dari sakit itu SEORANG DIRI! dan sekarang bilamana aq sudah pulih,pernah ke korang tau apa yg masih tinggal?FOBIA! fobia yg masih wujud dlm hidup aq.

korang ingat mudah ke nk buang fobia yg dia tinggalkan ni?jgn kata aq xcubalah! puas dah aq cuba.org lain xberhak nk paksa2 aq suruh aq maafkan dia.sebelum ni xde orang pun tau yg aq pernah merayu dgn dia mcm pengemis! mintak jgn dia tinggalkan aq.tp apa sial aq dapat?!? 

dan sampai detik ni aq cuma percaya 1 benda je.KALAU KT PERSIAKAN ORG YG BETOL2 SAYANGKAN KT,KT XPYH BUAT APA2 PUN SBB ALLAH MAHA ADIL.DIA YG AKAN BALAS SEGALANYA.



ko kata ko stalk blog aq kan?
ok so apa yg aq boleh ckp,ko cuma doa jelah,
agar 1 hari nnt Allah lembutkan hati aq utk maafkan ko.