Tuesday, May 21, 2013

papa

HAPPY 53th BIRTHDAY PAPA.
"It is better to have a strict parent than a permissive parent."

masa kecil aku banyak dihabiskan dengan duduk bermain di dalam rumah.dan selebihnya membantu di kedai papa.aku dibesarkan dengan duit berniaga papa.teringat pulak aku masa zaman sekolah rendah dulu.terasa malu jugak sebab mastu majoriti budak2 sekolah aku tu anak orang berada.tapi makin aku meningkat remaja perasaan malu tu bertukar menjadi kagum dan bangga.sebab bisnes kecil papa mampu sara kitaorang sampai habis sekolah, hantar aku masuk uni dan sampai kitaorang dah punya kerjaya masing2.

pernah diceritakan betapa sukar hidup papa mama ketika berkahwin pada usia awal 20-an.tidak punya apa selain motor dan menumpang di rumah nenek.syukur berkat usaha gigih hidup berubah akhirnya.

bila dibesarkan dengan kesederhanaan hidup yang minima kita akan tahu menghargai kesenangan hidup. menjiwai setiap penat lelah untuk mencari rezeki yang bersih semata.konsep papa didik anak-anak sangat aku kagum.walaupun sedara-mara banyak yang mengata pasal cara dia,dia just ignore and proceed with his method.sampai anak-anak dah besar baru dia bertukar jadi lebih cool.kalau dulu kau jangan mimpilah nak bergurau dengan dia. 

cara hidup papa banyak beri pengaruh dalam hidup aku sebenarnya.malah mama sendiri pun akui yang aku lebih pro cara papa.

selalu jugak aku terfikir kalau kelak aku punya keluarga sendiri agaknya aku ke yang akan lebih garang dari suami aku? we'll wait and see ya?hahaha 

Wednesday, May 15, 2013

politik

dah hampir 2 minggu PRU settle tapi masih ramai yang masih tak henti berkempen. berkempen untuk menghasut.

katanya,"marilah kita bersama-sama menghapuskan rasuah. sampai bila kita mahu mereka teruskan penyelewengan, walhal duit itu duit rakyat".

rasuah was EVERYWHERE.
lihat sekeliling korang. berapa ramai rakan sekelas, rakan sekerja yang terang-terang membodek lecturer. meleset dengan boss, dengan niat mahu markah lebih. mahu cepat naik pangkat. lumrah bukan?

sedangkan kita yang kononnya mengatakan poltik itu kotor pun kadangkala terjebak dengan rasuah.
apatah lagi dengan mereka yang sememangnya makan gaji dalam bidang politik.

walau siapa yang menang. walau siapa yang berada di atas, trust me, RASUAH pasti bersepah.
kita cuma manusia biasa. manusia yang senang sangat lupa diri bila kuasa berada di genggaman.

:)