Tuesday, December 15, 2015

end of the year 2015

bismillah.
a few weeks before we end this colorful 2015. a quick update for the most memorable date for this year :

30th May 2015 : bergelar Cik Tunang kepada Encik Tunang ku. ehem.

dan inshaaAllah kalau tak ada aral melintang aku bakal bergelar Puan pada next christmas :)

tahun 2016 yang bakal menyusul ni aku harap berjalan lancar, plus ada sesuatu yang excited selain dari wedding aku. hihi 

till the next update,
doakan yang baik-baik ;)


Thursday, September 17, 2015

kids nowadays

terbaca 1 artikel yang di share di facebook.
berkenaan kanak-kanak yang diajar untuk membeza-bezakan tentang perkara-perkara materialistik. 

"abah stroller siapa lagi mahal?"
"emas awak pakai ni emas betul ke Zhulian? sebab mak saya kata Zhulian tak bagus"
"abah awak pakai kereta apa?"

teringat aku tentang pengalaman waktu sekolah rendah. aku sekolah di sekolah yang semuanya perempuan dan sekolah aku antara sekolah yang famous di JB. most of the students memang anak-anak orang berada. aku tak nafikan kawan-kawan aku pun semua bapak diorang berkereta besar. Zaman 1999-2002 siapa yang mampu pakai Kia Carnival, Honda, Toyota tu memang dah kira wow lah! tu belum lagi yang jenis balik sekolah driver datang amik naik Mercedes. pergh pergh pergh! kita tak boleh sangkal kalau orang cakap pergaulan ni akan membentuk peribadi seseorang.

masa tu adalah timbul rasa iri hati dan malu bila mengenangkan pakaian kawan-kawan jenama Canggih, aku cuma Falcon. diorang bawak beg Deuter, aku masih Swan gambar cartoon. bila diorang bawak beg roda, aku pun ngecek mama mintak dibelikan beg yang sama jugak. paling aku benci bila permulaan penggal baru, tiap kali cikgu yang masuk kelas akan mintak kitaorang kenalkan diri. bukan setakat bagitau nama tapi kena bagitau parents kerja apa. Teacher, don't you think tanpa sedar awak dah wujudkan 1 jurang or cluster dalam diri pelajar??? bila students yang pandai bagitau kelas ,bapak or mak dia kerja bagus2, nanti budak-budak yang lain mulalah "oh patut lah dia pandai" , "oh patotlah dia loaded" apa budak-budak yang pandai tu memang guarantee mak bapak dia doktor / lawyer / engineer ke??? macam mana pulak best students yang bapak mereka cuma penoreh getah / pengangkat sampah? aku tak tahu apa significant nya bila cikgu-cikgu suka betei tanya soalan camtu pada students. pernah satu masa aku rasa macam malu nak bagitau orang mak bapak aku cuma penjual roti canai tepi jalan. 

bila nak masuk sekolah menengah Papa tak bagi aku continue sekolah tu lagi. so dia masukkan aku sekolah kampung. maybe dia dah nampak kot ciri-ciri anak tak kenang budi mula terbit di hati aku :P so bila sekolah biasa-biasa dan majoritinya students yang datang dari kalangan anak orang biasa-biasa, aku pun dah tak kisah dah tentang family background kawan-kawan aku. kira aku tak adalah rasa rendah diri sangat. dan aku mula bersaing dalam pelajaran secara sihat. yang paling bermakna bila kawan-kawan zaman sekolah menengah lah yang kekal sampai hari ni. yang ada dengan aku waktu susah dan senang aku. alhamdulillah :') .mungkin inilah salah 1 sebab yang buatkan aku rasa jauh hati nak rapatkan balik hubungan aku dengan budak-budak sekolah rendah. 

aku selalu bercakap hal ni dengan tunang aku. aku nak didik anak-anak kami dengan sederhana. kalau boleh biarlah kita didik diorang guna kaedah dulu-dulu. sebab sometimes aku takut tengok budak-budak sekarang yang terlampau leka dengan benda-benda moden-gadjet especially. sampai ada yang 1 tahap datang rumah orang tak reti nak angkat kepala sebab mata asyik sangat dekat tab. it's really annoyed me. moga-moga kami dikurniakan anak-anak yang mendengar kata. Aminn.



Friday, September 11, 2015

hati tisu nya awak!

i would like to dedicate this entry for you.
yes, untuk kau adik beradik yang satu masa dulu pernah jadi silent reader aku.

selaku akak, aku nak tanya. "tak penat ke jadi manusia yang hati tisu?"
umur dah masuk 20-an pun still childish.
did you think I've got 24 hours per day just to entertain you all the times?
you can always contact me through whatsapp, call, fb. But please learn to be more positive and be understanding person.

you always text me to shared all those bad things about our unties. don't you think I'm so bored with that? even though I felt so annoyed but I tried my best to (at least) replied with, "just ignore them. you should know them well"

I'm driving when you called me that day. It's on fasting month. I want to reach home before 7 pm. And personally I hate when people used their cell phones during driving, so I should not to do so. I told you, "kak eira driving ni. nanti kita borak k?" and suddenly terputus. sumpah aku tak tahu line terputus atau dia yang sengaja putuskan. but it's ok. I managed to reached home before 7 pm on that day. after maghrib prayer I went to mosque for the terawih prayer. and few weeks after that, baru teringat ea mastu dia call lah and I should return back her call! I'm sorry for that. my bad! +_+

the best part is when I realised you blocked me on whatsapp and you removed me from your facebook. hahahahaa.... just because I don't have much time to entertain you? hahahahahaahahaha lagi! so funny! seriously.

terus terang lah ea. hidup ni terlalu singkat kalau kita cuma pikir kecik hati kita pada orang. orang tak layan kita sikit, kita block, kita remove. trust me, everyone have their 100% of commitment to deal with. 
dah boleh kot belajar jadi orang yang matang, orang yang positif. 
sampai bila nak duduk dekat takuk yang sama? 
baik--merajuk--bila susah cari balik. TAIK!

jangan sampai satu masa nanti kau cari aku balik. 
sebab aku tak ada masa nak layan orang hati tisu macam kau.

Thursday, June 11, 2015

#AEeday

bismillah.
30th May 2015 -one of the awesome day in my life. i'm officially engaged and now i'm fiancee to Mohd Asrullah. how times flies, 3 years of our relationship finally we are engaged! thank you Allah.

i can say 90% of the preparation is made by myself. and i'm happy! except for the worst caterer that i appointed--Kg Melayu Catering. damn it! let me share the 'sweet' moment first. i took the mini pelamin from the Pelamin Andanisy  .Abg Taib, owner of the Pelamin Andanisy was good and really polite. Dia siap kongsi tips nak save cost lagi. hahaha

let's me feed you with the pictures :

mini pelamin ni sebenarnya yang bahagian depan je..yang belakang tu aku add-on tirai utk cover bahagian belakang tu.so nampaklah pelamin aku macam besar je kan...


my future mother in law, Puan Asmah 
seorang Zaneera yang telah selamat ditunangkan

and  my tunang is..... *jengjengjengjeng

~~terima kasih Cinta, kau buat ku bahgia~~ :P

rombongan keluarga lelaki

orang kuat majlis.

my siblings

my beautiful family

que said "ooooooo"

my gorgeous siblings. i would like to say thanks to my sister-Sayang (on the right one). She helped me alot!  

the bridesmaid

ada yang datang dari KL, yang sanggup cancel wedding kwn2 lain untuk penuhi invitation aku. oh my :')
design by myself. gituww :P
Along

Angah

Ateh and her fiancee
Kak Lang, Ain and Aini
my cousin, all the way from KL

khemah from Perdana Ha Canopy. I chose the scallop's colour

meet my tailor, Cik Tini. diorang ni blood brother dengan papa mama since zaman remaja lagi dulu. Design untuk dress ini datang dari angan-angan aku, dan direalisasikan oleh Cik Tini. terharuuuu itewww! Baju Asrul ni actually kurta. beli terbesar, hantar alter but then tengok macam senteng lak. so aku dapat idea nak change his style, jadilah macam baju melayu not-so-hipster macamni.hahahaha

Papa Mama Abah Mak.


terima kasih semua especially untuk keluarga kecil aku.
Asrullah, semoga Allah setuju dengan setiap perancangan kita.
insyaa Allah, amin.


Thursday, January 22, 2015

luahan perasaan

Entry ni adalah entry mencurah perasaan.
tapi perasaan ni aku kurang pasti patut di kategorikan sebagai marah, suka ataupun menyampah.
dan mungkin juga perasaan ini lebih kepada perasaan geram.
geram kepada rakan sekerja yang punya 1001 alasan bila tiba waktu kerja pagi.
Isnin hantar bini pergi kerja.
Selasa MC
Rabu EL.
Khamis ?
Jumaat ?

dalam sebulan, cuma 2 minggu yang kitaorang kerja pagi. tapi kalau dapat 1,2 hari yang dia sampai awal tu kira macam dah boleh buat sujud syukur lah kot. alasan sebab hantar anak pergi sekolah. so lagi 3,4 tahun kalau kitaorang yang dalam library ni dah kahwin, dah beranak pinak agaknya boleh tak ek guna alasan yang sama untuk TAK datang awal? erh!

sorrylah tapi sabar aku pun ada limit jugak. kadang-kadang ada masa aku pun terbangun lambat, so consider sikitlah. mungkin aku (kitaorang) belum kahwin, belum ada anak tak ada lagi kat situasi dia tapi tak kan lah tak boleh set time bangun awal kalau kau dah tahu kau ada tanggungjawab lain? orang lain pun ada anak jugak kan tapi tak delah sampai kacau waktu kerja. sekali sekala ok je tapi kalau dah sentiasa jadi bosan dan menyusahkan.

but at the same time aku rasa best jugak kerja sorang pagi. sebab selalunya sama je function kalau dia ada tapi madah asik tinggal kaunter je. emmmmmmm

entah lah. aku pun pening. 

by the way, a big congrats to my colleague----on her new position : Library Executive (ehem) Cik Norasikin. honestly, she worth it after what she had done before. keep it up Boss! (ehem lagi). hahaahaha

tapi Eira harap Sikin tak baca post ni sebab ni bukan post untuk mengipas. kahkahkah



hidup ni simple je.
selagi ko buat kerja ko dan tak menyusahkan orang lain,
tak ada reason org nk menyampah dengan ko.
tapi kalau ada org yang TETIBA menyampah gak ngan ko
tu bermakna dia yang busuk hati.

Thursday, January 8, 2015

flashback 2014

tahun 2014 Tuhan bagi dugaan buat kami satu family. mama diagnosed breast cancer stage 2 to 3. time terima berita ni macam nak teragut jiwa raga dari badan aku. kami sekeluarga bertarung hampir 8-9 bulan bersama. dari process chemotherapy pertama hingga process chemotherapy yang terakhir ada aku lakarkan di blog ini di bawah label #mama 

niat aku cuma ingin menyimpan kenangan dan mungkin nanti dapat digunapakai buat sedikit pengetahuan pada orang yang membaca. siapa tahu bukan? :) sekarang alhamdulillah mama makin sihat. rambut pun sudah lebat. 

7 Jun 2014- hari di mana aku mendapat cincin emas pertama dari seorang lelaki. setahun sebelum tarikh ini adalah hari dimana kali pertama kami dating selepas lost contact almost 8 tahun :') si dia datang ke rumah berjumpa papa mama bersama cincin sebagai tanda aku dah tak available untuk orang lain. hehe 
secara kasar, kami plan untuk ke next step setahun dari tarikh ini. ramai yang bertanya kenapa tunggu setahun lagi? alasan aku mudah. 1: kerana si dia baru habis belajar, 2 : kerana kami ingin tarikh yang sama iaitu 7 Jun. ngee~

so arini dah pun 8 Januari 2015. masih berbaki beberapa bulan sebelum 7 Jun. 

moga-moga Allah setuju dengan perancangan kami. amin. wish me luck!