Friday, September 27, 2013

cerita impian

aku punya impian yang aku simpan sejak 7 tahun yang lalu.
aku ni kalau bab membeli, apa yang selalunya buatkan aku jatuh cinta pada pandang pertama, benda tulah yang akan aku beli.
7 tahun impian tu aku simpan rapi dalam sanubari aku.
hari-hari aku nampak, aku teliti je dari jauh.
sampai entah berapa banyak versi yang keluar aku pun tak ingat.
dari yang biasa, ke special edition, ladies edition.
kemudian keluar pula design yang baru.
yang biasa, premium, extreme.
kemudian yang special edition.

OMG why u soo smart?!

kerja baru. harta baru.
syukur alhamdulillah :')





aku orang yang sanggup kerja keras semata utk dapatkan benda yang aku impikan.
kerna aku kurang gemar mengharap apalagi meminta belas ihsan papa mama.  
harta yang kita dapat guna duit titik peluh kita adalah harta yang paling bernilai.

syukur Allah tunaikan.

Friday, September 20, 2013

bukan dia, tapi kau

mata bisa melihat sekujur tubuh lelaki lain yang mungkin lebih menarik perhatian.
lidah bisa memuji ciptaan indah sang pencipta.
namun hati mana mungkin dibuka untuk beralih kepada yang lain.

kerna cinta bukan mudah untuk dialih destinasinya.
selagi kau masih ikhlas menyayangiku,
selama itu aku masih disini untuk kau.
menanti detik untuk dijadikan yang halal.

biarkan yang lain cuma terbatas sebagai sahabat semata.
kerna mana mungkin kita mampu menghentikan rasa sayang orang buat kita.


Tuesday, September 17, 2013

kisah bersaudara

memang benarlah, selalunya kawan-kawan yang ikhlas bersahabat dengan kita lebih baik dijadikan saudara, daripada saudara yang sememangnya punya pertalian darah tapi cuma muncul waktu kita senang. waktu kita susah masing-masing hilang entah kemana.

saat kita susah,kita tak semestinya inginkan wang.kadang-kadang kata-kata semangat pun dah cukup buat kita rasa lapang. jadi benarlah kata papa, "siapa yang ikhlas dan sentiasa ada bersama dengan kita,maka dialah saudara kita".

mereka boleh cakap, "bila dah senang sombonglah". -"of courselah sebab kita senang dengan usaha dan titik peluh kita sendiri!".  The right thing is, kita ni sebetolnya tak layak pun nak bersuara kalau kita tak pernah ada dengan orang tu waktu orang tu sedang lagi jatuh. berapa ramai yang menempel, yang datang mengemis waktu kita berada di atas???

dulu aku pun pelik kalau tengok orang yang memilih hidup di samping kawan-kawan,tetapi menyepikan diri dari saudara mara. kenapa??? - sebab mungkin kawan-kawan lagi membahagiakan dia. mungkin jugak kawan-kawan tulah yang tak putus-putus beri semangat pada dia.

aku percaya wujudnya kawan-kawan yang layak diberi gelaran 'sahabat' kerna 23 tahun aku telah saksikannya live depan mata. dan sepanjang tempoh itu juga, aku belum buta untuk memperlihatkan perginya saudara mara di suatu masa lalu....  

terima kasih buat sahabat yang teros ada. terima kasih juga buat saudara mara, kaum kerabat yang 'tiba-tiba' baru muncul seperti 'baru terlahirnya' kalian di dunia kami,kini.

jangan cuma tahu hendak menunding jari berkata itu dan ini. cuba lihat diri kalian adakah kalian saudara yang baik buat kami? adakah kalian layak digelar 'saudara'?

aku sudah cukup dewasa untuk terus membutakan mata dan hati aku - mendiamkan segala layanan kalian pada kami sekeluarga selama ini. "Mereka yang berani / lantang bersuara pasti akan dikecam" .dan disaat kalian sedang seronok bersangka buruk pada kami, ketahuilah kami lagi seronok meneruskan hidup dan terus memajukan hidup kami. *senyum*








bila dah terbiasa susah sendiri, ada makna ke untuk berkongsi senang bersama?

Tuesday, September 10, 2013

ikhlas

dalam apa jua perhubungan, ikhlas adalah suatu perkara basic.walau mungkin nantinya kita terpisah,tapi pasti meninggalkan kesan mendalam pada hati.

apa yang lepas sudah pun aku lepaskan sejauh yang mungkin.
sayang sudah lama aku lontar.
rindu pula sudah aku beri pada yang lain.

dendam---tiada guna lagi terus diberi peluang menapak.
maka biarlah ia terus pergi bersama waktu yang bersilih ganti.

buat kau.aku tak tahu.dan tak ingin tahu.
sudah cukup sudah~






walau ada yang kata hati aku sekeras konkrit,
tapi aku tersentuh saat menerima pelukan dan kucupan dari seorang tua.
terima kasih nek.
kami--tidak lagi wujud.
maka belajarlah sayang pada penggantiku.
kerna aku percaya pasti yang baru lebih baik dari ku.
kalau tidak,masakan si dia sanggup mengkhianati ku bukan?
:)

Saturday, September 7, 2013

dunia kerja kita

Lately ni aku banyak terbaca perihal kawan-kawan yang sama2 menuntut di uni dulu masih belum dapat kerja lagi.dalam batch kitaorang cuma ada beberapa orang je yang x further degree - aku lah salah seorang nya.haha...makanya entri ini cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman macammana aku cari kerja and dapat kerja dulu.

As a fresh graduate sukalah aku nak cakap jangan demand ye kawan-kawan.just grab apa yang ada dulu.sebab nak dapat kerja tu senang tapi nak dapat kerja yang based on our field tu yang payah.ok so sila mulakan dengan membeli harian metro.buka ruangan iklan.untuk mereka2 yang ada Diploma and Degree btw potensi agak besar nak dapat kerja compared to those yang cuma ada direct Degree.
sila jangan malu nak starting kerja as a Clerk. seriously walaupun nama tak glamour dan sering dipandang sepi tapi kerja ni penting sebab will teach us on the basic things of office management.kadang2 kita ni nama je budak2 uni, tapi guna photostate machine pun tak reti kan? standard lah tu,aku pun dulu sama jugak. 

untuk penghantaran resume tu kalau boleh make sure memang tempat tu memang ada vacancy.sebab based on experienced,mana2 company kalau tak ada bukak vacancy then orang anto resume,selalunya kitaorang tak take note pun.serious aku tak tipuuuu oiiii.lagi kuang ajo kadang2 budak2 office ada yang campak entah mana ntah resume and borang yang kt isi tu.jahatkan?? :( tapi tak salahlah kalau mencuba.cuma utamakan send resume dekat tempat yang memang ada vacancy.

selalunya mana2 tempatpun memang firstly akan tanya academic qualification kita then dia akan tanya our  working experienced.so kalau kita yang fresh graduate time tu memang soalan tu rasa macam mintak maki je kan?hahaha so macam aku cakap tadilah,kalau boleh even kau orang ada degree cubalah mintak jawatan yang biasa2 je.so kalau interviewer tanya,"kenapa awak degree holder mintak jawatan as a clerk?", kauorang boleh bagi jawapan,"sebab saya fresh graduate cik,dan saya tahu kelayakan akademik saja tak cukup jika tiada pengalaman kerja.jadi saya tak ada masalah untuk bermula dari bawah". 

ada certain orang yang gemar menganggur dulu before dapat kerja yang sesuai dengan level diorang. for me,tak mo lah gitu.kerja je weiiii apa-apa je,even salesgirl or promoter sekalipun.trusttt meeeeee ! sebab pernah aku terdengar masa de satu interview dekat mana ntah, interviewer tu tanya ""sekarang (sebelum interview disitu) awak bekerja di mana? , kemudian candidate tu jawab,"oh saya tak bekerja cik." kau tau x,dia kena sound direct je dengan interviewer, "kalau macamtu mesti awak ni mesti jenis yang memilih kerja.saya tengok bersepah2 kerja untuk jadi promoter,ha petrol station dekat depan tu pun dah berbulan2 cari cashier." +___+

and adalah satu bank ni kalau diorang buat interview,diaorang akan separatekan between mereka2 yang ada diploma & ke atas kemudian kepada 2 kumpulan lagi iaitu with working experienced and without working experienced. so hanya sorang je yang dari group without working experienced tu yang diterima bekerja,selebihnya semua muka2 yang memang dah ada experienced. 

untuk mereka2 yang ada 'orang dalam' pada aku itu privilege diorang.but so far alhamdulillah sejak aku ceburkan diri dalam alam pekerjaan ni semua kerja aku cari sendiri,tak ada pun guna cabel.ha paling penting jangan terlalu berharap dapat government dalam masa terdekat.sebab kerja government ni sebenarnya bukan depends sama ada ko perform masa interview ke tak.tapi depends pada rezeki.ramai je budak2 yang lengai pergi interview tak prepare apa2 info sangat tapi dapat government.tu dah biasa sangat.normal.

urm...let's say korang dah dapat kerja yang cuma biasa2 je tu,korang kena set target.maksud aku berapa tahun kau akan stay kat position tu.at least korang kena stay for 1 year so after that baru senang nak apply keja mana2...

contoh korang baru lepas pergi interview untuk 2 tempat kerja (atau mungkin lebih) berdoalah dalam setiap solat.niat dalam hati moga Allah permudahkan urusan kita dan tunjukkan jalan terbaik buat kita.in shaa Allah, Allah pasti bantu tetapkan hati kita untuk pilih mana yang terbaik :)

so far aku rasa itu jelah kot aku boleh share.aku sendiri pun masih bertatih lagi dalam dunia pekerjaan ni.
good luck geng! :)