Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

mama dan kerja

alhamdulillah mama dah melepasi semua recovering stage. dari operation to chemotherapy to radiotherapy. it's done. syukran. so far she's doing so well. cuma lepas raya haji ni ada blister sikit dengan ketiak tu. maybe sebab mama renyah sangat masak raya apa semua tu. but i brought her to hospital. hopefully she's fine.

cerita dekat office.
aku jadi orang yang confius sebab hadap orang yang baru kerja tapi nak conquer almost everything. OMG!!! annoying lah weiiii! haihh cepatlah event tu settle so that aku tak payah nak tahan dengan perangai camtu. bukanlah apa, tak boleh ke just respect sikit kerja orang and discuss dengan orang before kau plan nak take over and jadi minah 'over'. LOL


Monday, July 14, 2014

mama part 3

salam (pertengahan) Ramadhan.
lagi 2 minggu sebelum Syawal. semalam alhamdulillah mama settle chemo kali ke 5 which is the second last time for her chemo--in shaa Allah.

untuk chemo yang keempat mastu mama agak weak compared dengan chemo yang sebelum ni.4 hari pertama selepas chemo yang ke 4 mastu mama ok je. masuk ari ke 5 camtu mama muntah, pening, rashes sampai ada sekali tu mama tak tahan pergi hospital terus refer to Emergency. ambik darah, alhamdulillah result ok. risau betul kitaorang. dahlah dekat nak puasa kan, aku pulak keje. risau nanti siapa nak masak apa semua. masuk seminggu lepas chemo baru mama start balik minum primadona. syukur her condition is getting better.

dipendekkan cerita untuk chemo ke 4 mastu effect nya adalah rashes dan sakit sendi. untuk mama, badan dia tak sakit2 sangat cuma rashes lah agak teruk. lagi satu, dia asik buang2 air. untuk chemo yg ke 5 ni katanya effect sama jugak, so we just get ready but hopefully everything gonna be fine! ;)

mama tak puasa. kitaorang pun tak bagi sebab takut nanti dia lesu.

*************
bercakap pasal puasa, tahun ni banyak benda yang berubah. kalau sebelum ni semua persiapan puasa dari sahur ke berbuka semua mama yang sediakan. kalau time bangun sahur TAK PERNAH aku bangun awal nak tolong dia.dia pun cuma akan kejut aku bila semua dah terhidang dan aku tinggal makan je. untuk berbuka pun macam tu. so since dia tak berapa sihat sekarang, dari hari pertama puasa aku macam automatically terasa tak sampai hati nak susahkan dia. so aku take challenge untuk bangun awal-almost everyday nak sediakan sahur and berbuka. cuma bila time aku shift petang memang tak dapat lah nak tolong dia time waktu berbuka :'(

dekat sini aku bersyukur sebab aku punya experienced duduk bujang masa belajar. boleh lah masak simple2. dan bila aku masak, papa cakap sedap terasa hilang penat aku :')

berdebar pun ada nak celebrate raya tahun ni. moga kesihatan mama makin pulih. next month pun dah last session untuk chemo. in shaa Allah aminn.

doakan mama saya ye? thank you.




oh hampir terlupa nak kongsi.
buah hati aku dah start keje jb since 1st July.
and i'm a happy girlfriend! hahahaha


Wednesday, May 21, 2014

mama part 2

diam tak diam mama dah melalui chemo yang kedua. bermakna tinggal lagi 4 kali  chemo.apa yang buatkan aku terkilan sebab untuk chemo yang kedua ni aku or abang tak dapat teman mama. aku pergi convo, abang pulak ada game dekat shah alam. masa tu dalam otak aku ni asik dok pikirkan mama. risau betul. hari kedua lepas chemo mama kata macam biasa, letih. rasa nak tidur je.bila aku balik rumah, borak dengan mama--doctor ada informed pada dia ubat setiap kali chemo berbeza-beza. aku tak ingat hari keberapa ntah mama ada muntah 2 kali. 

hari ke 5, macam biasa mama perlu datang hospital untuk suntikan darah putih dekat perut. aku tak ingat entry sebelum ni aku ada explain atau tak apa peranan suntikan ini. untuk orang yang chemo, level darah putih dalam badan akan berkurang jadi bila ada bantuan suntikan darah putih ni dapatlah cover dan elakkan badan patient bertambah weak.

one more thing, rambut mama dah mula gugur (drastik) beberapa hari sebelum chemo yang kedua. jadi lepas settled chemo yang kedua, mama decide nak shave. so ikutkan kehendak mama. aku bawak dia pergi shave rambut. sayu je perasaan aku masa tu. tapi mama ok je. dia cool. macam biasa.

masa tu ada seorang customer papa, datang kat kedai. rupanya dia pun breast cancer survivor. dia buat chemo dekat government hospital. dari conversation kitaorang baru aku dapat tahu apa yang membezakan chemotherapy dekat government dengan private hospital.

1--kalau dekat government kalau size ketumbuhan dah agak besar doctor akan decide untuk chemo dulu baru operation. contoh mama punya ketumbuhan 3.6 cm, customer papa tu dah 6 cm masa dia diagnos. so mama terus operation. lepas operation baru chemo. customer papa tu dia kena chemo then dulu baru boleh operation. untuk lebih jelas, process sebenar adalah operation--chemotherapy--radiotherapy.

2--process chemo dekat government sangat murah, which is only RM90 per session. compared dengan private hospital, RM2000 and above per session.

3--tiada suntikan darah putih untuk patient yang buat chemotherapy dekat government hospital. sebab tu kita selalu dengar orang akan cakap masa chemo ni patient akan weak yang amat.

4--tiada consultation session sebelum melalui chemotherapy process. tapi betul jugak apa yang papa cakap. dekat private hospital setiap butir kata dari doctor adalah berbayar. mama kena RM200 untuk consultation session before chemotherapy. consultation tu makan masa dalam half an hour. tapi for me penting sebenarnya untuk doctor acknowledge patient pasal apa effects from chemo. so that patients and their families will become well prepared untuk hadapi masa-masa tu nanti. 

setakat ni mama masih ok.cuma tak boleh terlampau exposed pada matahari. dan dia pun lagi gemar duduk rumah. snack mama sekarang, fresh fruits. selalunya pagi-pagi aku akan potong epal, pear,oren and then letak dalam ice box. bila petang-petang mama lapar ke bolehlah buat kunyah2.

Monday, March 31, 2014

mama part 1

hampir 2 minggu selepas pembedahan mama. syukur alhamdulillah everything goes well.
semua berlaku terlampau pantas. 6 hari mama admitted dekat Puteri Specialist. syukur Tuhan beri aku kudrat teman mama kat hospital sepanjang 6 hari tu. 
18 Mac 2014-- di dalam bilik doktor, aku dan abang setia temankan mama. lab test result was announced. mama 100% confirmed breast cancer. stage 3. doctor bagitau yang mama kena proceed with an operation. dan sedia maklum kitaorang 1 family sebenarnya sudah sedia nak terima berita ni sejak 2 minggu sebelum lab test result keluar. saat doktor bagitau aku jadi terlampau rapuh. airmata terus jatuh. tapi mama kuat. dia mampu tersenyum walau dengan airmata bergenang. 

19 Mac 2014--jam 8.30 pagi mama masuk bilik OT. aku, abang dengan kak yien hantar mama sampai pintu masuk bilik OT. aku terus tak mampu tahan lagi perasaan. terus peluk kak yien dan lepaskan segala tangis aku. kesian papa. dia tak sempat sama2 hantar mama sebab mula2 doktor kata mama 2nd case tapi tiba2 dia buat 1st case. jadi masa dipercepatkan. bila keadaan dah reda. abang ajak aku turun beli air. Kuasa Allah temukan kami dengan seorang kenalan yang pernah operation breast cancer 12 tahan yang lalu. macam-macam tips dia share pada kitaorang. lepas borak kitaorang naik semula. abang pergi solat hajat. aku duduk sorang menanti depan bilik OT. tak lama lepas tu papa datang. dengan mata yang bengkak. aku tahu dia nangis tapi tak ada 1 titik pun airmata dia yang mengalir depan kitaorang. papa memang kuat. sekitar jam 11.30 pagi mama diusung keluar. alhamdulillah pembedahan selamat.

24 Mac 2014--selepas 6 hari mama dibenar keluar. sepanjang di hospital memang bilik mama dipenuhi saudara mara dan kawan. kesian jugak aku tengok mama tak cukup rest. darah mama pun naik nampak gayanya sampai kena ambik ubat darah tinggi. urusan discharged selesai sekitar jam 5.30. mama menangis waktu sampai di rumah. rindu suasana rumah katanya. condition mama alhamdulillah ok.


 27 Mac 2014--mama pergi check up dengan 2 doktor. hari bukak jahitan. alhamdulillah tak sakit kata mama. aku tak dapat teman mama. so mama pergi dengan abang. doktor kata jahitan mama bersih. tak ada nanah dan kering. as a result mama kena kimo. sebab hasil dari ujian yang aku tak pasti namanya, 8 dari 12 sel ada cancer. maka kimo adalah jalan terbaik untuk mematikan cancer. tarikh kimo akan diberitahu kelak. doktor yang kedua (doktor yang monitor darah tinggi) puji mama sebab mama tak macam orang sakit. muka ceria. langsung tak pucat. darah tinggi makin ok. syukur. next week kena datang untuk check up lagi.

sejak mama sakit, baru aku rasa tugas seorang 'ibu' di rumah. baru aku rasa betul-betul tanggungjawab. masuk malam ke 4 kat hospital pinggang aku dah sakit. mungkin sebab 3 hari berturut-turut tidur atas kerusi malas. aku gagahkan keringat yang ada demi pastikan teman dan jaga mama dekat hospital. paling aku bersyukur sebab bila semua ni jadi aku dah tak bekerja di company lama. dekat sini, bila hal-hal emergency macam ni aku cuma perlu message boss untuk inform. bila aku naik kerja pun tak delah boss nak tarik muka ke apa. sebab dia paham condition kita. entah macam mana gaknya kalau masih kerja di company lama...hmmmmmm



terima kasih buat mereka-mereka yang sudi memanjangkan doa buat kami sekeluarga.
terima kasih buat yang datang berkunjung. yang called menanya khabar.
walaupun ada perasaan terkilan bilamana ada seorang dua kawan yang cukup rapat langsung tak menitip khabar. walhal rumah cuma tak sampai 5 minit dari rumah aku. dan aku percaya di zaman internet, kita boleh guna macam2 application untuk sekurang2nya text. tapi??? *senyum* tak apalah. ada ramai lagi kawan-kawan yang aku perlu jaga hati mereka. aku rasa terharu sebab aku ada 'Geng Budak Joho & Kak Long' yang selalu ada dengan aku walaupun mereka jauh dari aku.
terima kasih ya Allah.