Monday, May 2, 2011

untuk mereka yang bergelar sahabat

arini malam terakhir aq di sini.di rumah yg mengajar aq erti sebuah kedewasaan.aq mula kenal apa itu sikap berkongsi,bertolak ansur dan bertanggungjawab.walaupun hanya lebih kurang 8 bulan menginap di sini,tp cukup meninggalkan kesan yg mendalam bagi diri seorang aq.pelbagai kisah telah terlakar di sini.mana mungkin aq lupakan semua yg pernah terjadi di sini.

esk bakal menjadi hari sedih bg aq.itu pasti.berpisah dengan mereka2 yg sudah menjadi sebahagian dari diri kt,bukanlah perkara yg mudah untuk aq.honestly,aq takut.takut menghadapi hari esok.aq sayang setiap sorang dari mereka.sedih yg aq rasakan sama seperti orang kehilangan cinta.

tak semua kenangan berkaitan Segamat akan aq ingat.3 tahun di sini,terlakar sebuah luka yg terlalu mendalam.luka yg amat pedih untuk aq kenang selepas ini.biarlah ia menjadi sebuah sejarah dalam kehidupan aq.akan aq lepaskan kenangan itu sama seperti aq pernah lepaskan perasaan sayang dan kasih aq pada dia hampir 2 tahun lalu.aq yakin dia bahagia dengan kehidupan baru dia,sama macam mana kebahagiaan yg aq miliki tika ini.kisah yg pernah kt cipta,biarlah seperti mimpi,yg hilang tika fajar menjengah perut bumi.

sesungguhnya perasaan sayang dan kasih banyak bezanya.apa yg kt rasa,hanya kt yg tahu.hanya kt yg mengerti.kt bukan ditakdirkan untuk bersama sebagai lebih dari seorang kawan.kt kawan.kawan yg aq harap tiada penghujungnya.tapi....bila ingat2 balik,aq rasa aq macam manusia bodoh! bodoh sebab terlalu baik dengan orang.and bila mana ada diantara mereka yg macam tidak kenal erti 'appreciate' aq jadi bengang.aq tak pernah minta dibalas balik ataupun diumpan pujian bila aq menabur secebis budi.tapi tidak boleh ke sekadar menghulur ucapan,"terima kasih"? payah ke meluahkan kata,"maaf" untuk apa yg pernah kt lalui sebagai seorang sahabat?mana perginya rasional fikiran seorang manusia macam kau?aq sudah penat benci orang.dan mana,aq harap kau bukan orang seterusnya utk aq benci.aq harap suatu hari nanti kau sedar sahabat bukan hanya bererti bila bersama.kerana sahabat sepatutnya untuk sepanjang hayat,dan juga bukan diperbatas dengan jarak dan masa.



untuk sahabat sejati di sini--- alin and dib : 
korang the best.dah terlalu banyak kt hadapi sama2 kan...dari umah,ke kelas,assignment...sumelah....sumpah aq sayang korang.please jangan lupa kenangan kt?

untuk housemates---- nana,wanie,diya,tiara,cemah and yg lain :
aq happy dapat hidup ngn korang walaupun tak lama.kt sume dah jadi anak dara high class sebab pandai hidup berdikari and pandai buat kerja umah...hehe

untuk classmates---3 tahun aq belajar dengan korang.macam2 aq dapat.aq harap semua akan jadi manusia berjaya.

untuk group members---alin,dib,kie,bo,ain and fatin :
thanks a lot.takkan aq boleh lupa jasa korang.setakat stay up buat assignment,apaadahal kan?korang sume ada skills masing2,so gunakan betul2 k?aq yakin,lambat atau cepat,korang pasti akan jadi 'somebody' satu hari nanti.


IKHLAS DARI HATI: 
NUR ZANEERA BINTI AFFANDI,
TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA SETIAP SEORANG DARI KALIAN.
MAAF AQ MOHON ANDAI SELAMA PERSAHABATAN KT AQ ADA BUAT SALAH.
HALALKAN SETIAP DARI APA YG PERNAH KALIAN BAGI UNTUK AQ.
AQ SAYANG KALIAN SEMUA.
GOOD LUCK FOR YOUR FUTURE.
PLEASE JANGAN PUTUS KAWAN =')