Wednesday, December 17, 2014

hipokrasi

baguslah kalau dah berubah, tapi ayat tu macam tak perlu nak cakap seolah2 dari dulu kau jenis yang paling tersuci.

hipokrit sangattt.

Saturday, November 1, 2014

terima kasih, cinta

minggu paling memenatkan. 
kerja-balik kerja-selesaikan urusan-balik umah-mandi-tidur.
otak penat. badan lagilah penat.
semalam tengah tidur, kaki bisa, tengkuk pun sakit. 

sayu rasanya bila saat sukar, si Dia bersungguh-sungguh menghulur bantuan pada aku.
tetap setia di sebelah seiringan berjalan.
terima kasih cinta.

i love you so much.
moga saya tak pernah lupa jasa awak.


Thursday, October 9, 2014

mama dan kerja

alhamdulillah mama dah melepasi semua recovering stage. dari operation to chemotherapy to radiotherapy. it's done. syukran. so far she's doing so well. cuma lepas raya haji ni ada blister sikit dengan ketiak tu. maybe sebab mama renyah sangat masak raya apa semua tu. but i brought her to hospital. hopefully she's fine.

cerita dekat office.
aku jadi orang yang confius sebab hadap orang yang baru kerja tapi nak conquer almost everything. OMG!!! annoying lah weiiii! haihh cepatlah event tu settle so that aku tak payah nak tahan dengan perangai camtu. bukanlah apa, tak boleh ke just respect sikit kerja orang and discuss dengan orang before kau plan nak take over and jadi minah 'over'. LOL


Tuesday, September 9, 2014

hati patah

hidup tak selalu cerah. tapi kita akan sentiasa punya peluang untuk memilih gelap atau mencari sedikit terang buat penyuluh jalan. 
dalam episod mana-mana kehidupun pelbagai corak yang telah terlakar, kenapa kita cuma menumpukan pada corak yang paling tidak cantik? 
apakah kerana dalam satu lakaran itu hanya corak yang paling tidak cantik sahaja yang memonopoli?

hati patah.
dua tahun tiga bulan berlalu dan masih setia membilang.

Saturday, September 6, 2014

quick update

diam yang tak berapa diam,setahun dah aku makan gaji di sini. alhamdulillah selesa. selesa dalam masa yang sama tak ada perkara yang perfect. normal thing isn't it?

encik Boyprengg sekarang sibuk melampau. kalau time working hours tu jangan mimpilah kau nak bersenda gurau dengan dia dalam phone. balik keje pun kadang-kadang malam. kalau whatsapp pun dia boleh tertido. hahaha but the great things is when we can still spend time on every weekend (at least once per week) sebab dia dah keje jb kan? so kire ok lettuwww!

oh ya, mama dah abis chemo! yeayy! and now she's in the process of radiotherapy. baru start last week and in shaa Allah 'till the end of this month. 

our family is being so excited while waiting our new house's renovation! kalau ikut perancangan awal nak celebrate raya haji kat sana. tapi tak berani cakap sempat siap ke tak. i'll share the photos soon ;)


Wednesday, August 13, 2014

potpetpotpet

lately aku jadi bosan bila TERpaksa dengar orang potpetpotpet dekat telinga aku.
lebih-lebih lagi kalau apa yang orang potpetpotpet kan tu tak de bawak faedah untuk aku.

aku jarang keluar.jadi bila aku nak keluar tu maknanya adalah tu benda aku nak cari.
maka tak payah nak potpetpotpet kat aku ke apa.
i'm a big girl now and i know how to handle myself.

aku balik kerja. aku penat. aku letih. aku ngantuk. aku nak tidur.
jadi aku mohon bagi aku ruang yang besarrrr supaya aku dapat melepek buat benda-benda yang aku suka.




zaman sekarang senang je kau nak jumpa manusia fake.
bukak fb dan lihatlah status-status mereka yang cuma, "masuk bakul angkat sendiri"
gila.

Monday, July 14, 2014

mama part 3

salam (pertengahan) Ramadhan.
lagi 2 minggu sebelum Syawal. semalam alhamdulillah mama settle chemo kali ke 5 which is the second last time for her chemo--in shaa Allah.

untuk chemo yang keempat mastu mama agak weak compared dengan chemo yang sebelum ni.4 hari pertama selepas chemo yang ke 4 mastu mama ok je. masuk ari ke 5 camtu mama muntah, pening, rashes sampai ada sekali tu mama tak tahan pergi hospital terus refer to Emergency. ambik darah, alhamdulillah result ok. risau betul kitaorang. dahlah dekat nak puasa kan, aku pulak keje. risau nanti siapa nak masak apa semua. masuk seminggu lepas chemo baru mama start balik minum primadona. syukur her condition is getting better.

dipendekkan cerita untuk chemo ke 4 mastu effect nya adalah rashes dan sakit sendi. untuk mama, badan dia tak sakit2 sangat cuma rashes lah agak teruk. lagi satu, dia asik buang2 air. untuk chemo yg ke 5 ni katanya effect sama jugak, so we just get ready but hopefully everything gonna be fine! ;)

mama tak puasa. kitaorang pun tak bagi sebab takut nanti dia lesu.

*************
bercakap pasal puasa, tahun ni banyak benda yang berubah. kalau sebelum ni semua persiapan puasa dari sahur ke berbuka semua mama yang sediakan. kalau time bangun sahur TAK PERNAH aku bangun awal nak tolong dia.dia pun cuma akan kejut aku bila semua dah terhidang dan aku tinggal makan je. untuk berbuka pun macam tu. so since dia tak berapa sihat sekarang, dari hari pertama puasa aku macam automatically terasa tak sampai hati nak susahkan dia. so aku take challenge untuk bangun awal-almost everyday nak sediakan sahur and berbuka. cuma bila time aku shift petang memang tak dapat lah nak tolong dia time waktu berbuka :'(

dekat sini aku bersyukur sebab aku punya experienced duduk bujang masa belajar. boleh lah masak simple2. dan bila aku masak, papa cakap sedap terasa hilang penat aku :')

berdebar pun ada nak celebrate raya tahun ni. moga kesihatan mama makin pulih. next month pun dah last session untuk chemo. in shaa Allah aminn.

doakan mama saya ye? thank you.




oh hampir terlupa nak kongsi.
buah hati aku dah start keje jb since 1st July.
and i'm a happy girlfriend! hahahaha


Wednesday, June 11, 2014

great weekend

hujung minggu yang sangat menyenangkan. alhamdulillah diberi peluang untuk merasa bahagia sebegitu rupa :')

si Dia surprisekan aku dengan kek untuk my becoming birthday dan donut-donut comel sempena our 2nd years anniversary. itu cerita kek. cerita hadiah pulak Dia letakkan paper bag dekat belakang seat keta aku. dan bila dia tunjuk memang hilang semua control ayu ke apa----arhhhhh it's my wishlist. terharu giler kott.






sejujurnya sepanjang hidup, this is the 1st time aku dapat a whole cake dari seorang lelaki (selain dari family). 


7 JUN 2014  --selain dari tarikh kitaorang rapat, kitaorang pilih tarikh ini sebagai tarikh............. jengjengjeng



********************************


sila cari benda tersembunyi :*






it's just our 1st phase.
syukur alhamdulillah.
this is my precious birthday gift.
thank you my love. 


Tuesday, June 3, 2014

cerita seorang kawan

seorang kawan berkongsi cerita tentang kisah cinta dia yang baru berakhir minggu lepas. hampir 2 tahun rasanya dia pendam rasa. terus terang aku memang bukan jenis kawan yang hipokrit. aku jenis yang suarakan pendapat aku dengan seikhlas mungkin. aku memang tak reti nak bagi ayat-ayat poyo macam kalau jantan tu jenis yang tak boleh pakai tapi aku still advise member aku untuk stay.

so dari apa yang dia kongsi, aku pun tak tahu macam mana kawan aku tu boleh tahan macam tu sikit punya lama. selalunya kalau sebagai perempuan, boyfriend kita ada perempuan lain selepas kita pada aku itu cliche. tapi beza dengan cerita member aku ni, dimana dia yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan tu. sejujurnya aku pun tak tahu sama ada patut klasifikasikan member aku tu sebagai perampas ataupun tidak. dekat sini aku rasa patut salahkan lelaki tu dulu. sebab utama, aku rasa dia cuma perlukan member aku sebab dia hidup merantau dekat jb ni. dan awek dia yang pertama ada dekat kampung. jadi sebab dia tak nak rasa sunyi hidup kat jb ni that's why dia nak ada perempuan. nak ada someone yang really take care of him. sebab kedua mungkin bila dah terlampau lama dengan awek dia yang pertama jadi dia mungkin dah tak ada feel, cuma dia rasa tak boleh lepas. typically, selalunya ada satu sebab je yang buat lelaki tak boleh lepaskan perempuan. tapi dari apa yang member aku cerita, lelaki tu kata dia tak ada sentuh awek dia yang first tu. Allahu alam.

aku mungkin tak kenal lelaki tu personally. tapi pada aku dia bongkak. sebab dia tak nak hilang dua-dua girlfriends dia. and what the hell kan?! aku cakap kat member aku suruh bagi kata putus kat lelaki tu. pilih salah sorang. member aku cakap dia sayang dua-dua and tak boleh nak lepas dua-dua. even time lelaki tu balik kampung pun, dia akan text and call member aku ni macam biasa. dan member aku tahu dekat kampung dia confirm jumpa perempuan tu. DENG!

member aku dah amik keputusan untuk tinggalkan lelaki tu. dan aku harap keputusan dia tu akan kekal. for me, kita semua berhak untuk bahagia. untuk apa ada pasangan kalau tak membahagiakan isn't it? 



apa yang indah yang dilihat oleh orang luar takkan pernah sama dengan apa yang tuan punya badan rasa.


till then.

Thursday, May 29, 2014

mimpi

belajar dari orang sekeliling itu percuma. lebih-lebih lagi di zaman yang serba perlu dibayar. aku menjadi pembaca setia satu blog yang menceritakan hampir kesemua rutin harian dia. dari penyediaan breakfast, lunch, dinner dan ke aktiviti santai keluarga. kagum melihat seorang career woman, a wife and a mom mampu sediakan hidangan almost every day. ingat senang ke nak masak bila siang hari dah sibuk dengan kerja? mencabar oiii.

*****
terlampau banyak perkara yang sebenarnya boleh dijadikan contoh. aku punya impian nak terus jadi career woman walaupun dah kahwin nanti. cuma mungkin tak adalah kerja 7 hari seminggu bila dah berkeluarga nanti. nampak gayanya si dia pun sekarang dah mula dok perli-perli aku sebab aku dah jarang masak. sepanjang 2 tahun aku dengan dia baru sekali aku bekesempatan masak kan dia heavy food. kalau setakat hi tea tu adalah, cuma less than 10 times lah. hewhewhew aku ni jenis kalau nak masak aku tak berapa gemar kalau tak ada bahan. 

aku selalu berharap aku ada bakat "baking". ramai kawan-kawan dok share picture diorang bake cupcake, muffin, buat birthday cake. ya Allah seronok betol! tapi so far aku memang tak ada bakat dalam bidang tu. a few years ago, aku pernahlah buat kuih raya. aku follow EXACTLY recipe dalam buku tu. guess what, bila dah siap KERAS oii! so macam mana kira tu? buku yang salah or aku yang salah?! start tu aku macam rasa fobia kott nak baking walaupun orang selalu cakap "practice makes perfect." phuiihh. mungkin sebab salah satu faktor, modal untuk buat kuih raya adalah sama mahal macam kita beli yang ready made je. ha sebab tu memang aku berkira lah. adoiii. bukan senang oii nak dapat duit sekarang ni.

mungkin...one fine day i'll start baking again. mungkin impian atau mimpi semata? tungggguuuuuuuuuuu~~~

*****
and one week left.


Wednesday, May 21, 2014

mama part 2

diam tak diam mama dah melalui chemo yang kedua. bermakna tinggal lagi 4 kali  chemo.apa yang buatkan aku terkilan sebab untuk chemo yang kedua ni aku or abang tak dapat teman mama. aku pergi convo, abang pulak ada game dekat shah alam. masa tu dalam otak aku ni asik dok pikirkan mama. risau betul. hari kedua lepas chemo mama kata macam biasa, letih. rasa nak tidur je.bila aku balik rumah, borak dengan mama--doctor ada informed pada dia ubat setiap kali chemo berbeza-beza. aku tak ingat hari keberapa ntah mama ada muntah 2 kali. 

hari ke 5, macam biasa mama perlu datang hospital untuk suntikan darah putih dekat perut. aku tak ingat entry sebelum ni aku ada explain atau tak apa peranan suntikan ini. untuk orang yang chemo, level darah putih dalam badan akan berkurang jadi bila ada bantuan suntikan darah putih ni dapatlah cover dan elakkan badan patient bertambah weak.

one more thing, rambut mama dah mula gugur (drastik) beberapa hari sebelum chemo yang kedua. jadi lepas settled chemo yang kedua, mama decide nak shave. so ikutkan kehendak mama. aku bawak dia pergi shave rambut. sayu je perasaan aku masa tu. tapi mama ok je. dia cool. macam biasa.

masa tu ada seorang customer papa, datang kat kedai. rupanya dia pun breast cancer survivor. dia buat chemo dekat government hospital. dari conversation kitaorang baru aku dapat tahu apa yang membezakan chemotherapy dekat government dengan private hospital.

1--kalau dekat government kalau size ketumbuhan dah agak besar doctor akan decide untuk chemo dulu baru operation. contoh mama punya ketumbuhan 3.6 cm, customer papa tu dah 6 cm masa dia diagnos. so mama terus operation. lepas operation baru chemo. customer papa tu dia kena chemo then dulu baru boleh operation. untuk lebih jelas, process sebenar adalah operation--chemotherapy--radiotherapy.

2--process chemo dekat government sangat murah, which is only RM90 per session. compared dengan private hospital, RM2000 and above per session.

3--tiada suntikan darah putih untuk patient yang buat chemotherapy dekat government hospital. sebab tu kita selalu dengar orang akan cakap masa chemo ni patient akan weak yang amat.

4--tiada consultation session sebelum melalui chemotherapy process. tapi betul jugak apa yang papa cakap. dekat private hospital setiap butir kata dari doctor adalah berbayar. mama kena RM200 untuk consultation session before chemotherapy. consultation tu makan masa dalam half an hour. tapi for me penting sebenarnya untuk doctor acknowledge patient pasal apa effects from chemo. so that patients and their families will become well prepared untuk hadapi masa-masa tu nanti. 

setakat ni mama masih ok.cuma tak boleh terlampau exposed pada matahari. dan dia pun lagi gemar duduk rumah. snack mama sekarang, fresh fruits. selalunya pagi-pagi aku akan potong epal, pear,oren and then letak dalam ice box. bila petang-petang mama lapar ke bolehlah buat kunyah2.

Monday, May 19, 2014

hari graduasi

15 Mei 2014.
hari graduasi si dia.
bangga dengan result dia. alhamdulillah.
2 hari bersama si dia dan keluarga dia.
semoga moment indah terus terlakar.


2 minggu lagi. dupdapdupdap






abang photographer : tu sape tu adik ke sape?
si dia : tu girlfriend saya.





for the first time. kihkihkih

Monday, April 28, 2014

cerita semalam

27 April 2014, AHAD
hujung minggu yang pendek tapi menghiburkan. dan cukup menggembirakan.
langkah pertama. tapi baru bertatih.

sedang duduk melepak di kaki lima dataran, aku dapat friend request di wechat. wechat id 'Berger Jawa'.
--eira . cmne kau skrg? maaf tetiba teringat kau-- 


lalu bantai gelak bersama si dia. dan terus ignore.


moga segalanya dipermudahkan.

Tuesday, April 8, 2014

cerita baru

buat bekas-bekas kawan mahupun bekas-bekas kekasih yang mungkin sedang membaca ini, aku cuma nak bagitau perkembangan terkini tentang diri sendiri.

--lagi 2 bulan birthday aku. 24 tahun. in shaa Allah moga Allah terus pinjamkan nyawa ini buat aku.
--kerja ok dan kewangan cun.
--aku tak punya kekasih. tapi aku punya calon suami. dan sudah hampir 2 tahun bersama. alhamdulillah bahagia. setakat gaduh pasal dia bawak keta slow sangat...pasal dia selalu terlepas simpang dan macam-macamlah kitaorang bertekak pasal hal2 kecik yang bangang tu.normal lah kan? ;)
--aku ok je bila kawan-kawan baik aku macam korang yang jenis tak reti nak keep in touch bila tahu aku tengah ada problem. ------------------ok aku tipu. aku langsung tak ok! sebab aku rasa aku patut bengang. aku patut ungkit kot yang aku tak pernah tinggalkan bff aku bila diorang tengah ada problem. nak aku bagi contoh? no hal. bila kau orang tweet something yang show off korang get into trouble aku boleh je tros immediately reply tweet, whatsapp. aku nampak tweet kau dapat keje yang paling kau idamkan, aku teros call kau and nangis terharu sama2 dengan kau. dan hari kau nak bertunang, walaupun kau cuma inform aku 2 minggu sebelum aku siap bertekak dengan bapak aku lagi. sebab aku seboleh-boleh nak pergi majlis kau sedangkan bapak aku pun tetiba plan nak ajak family vacation. dan aku pilih untuk attend engagement kau dan family vacation aku---- was canceled!

now?mak aku sakit apa effort kau nak amik tahu pasal aku? you do nothing my beloved friend forever (kononnya). apa orang yang dah bertunang memang tak boleh dah nak amik tahu hal kawan-kawan2 walaupun aku nampak kau muncul di media sosial 24/7? taik lah. 

after all, aku rasa aku dah tak perlu kot nak buang masa aku untuk ingat kau. cuma yelah, kawan dari sekolah. kawan yang kau selalu sebut "adikberadik". kau ingat senang ke nak lupa? tapi aku rasa memang patut pun aku delete sikit memory aku dengan kau supaya otak aku ada banyak space untuk simpan memory dengan kawan-kawan baru yang lebih menyenangkan. kalau nak ikutkan memang aku rindu nak lepak dengan kau. tapi cukuplah kot aku terhegeh-hegeh dengan kau. sebab aku bukannya tak ada kawan lain selain dari kau. dari aku cari kau, baik aku duduk dalam bilik dan habiskan hari aku dengan bual dekat group whatsapp Kak Long.

kalau nak tau aku memang selalu stalk ex boyfriends aku. alhamdulillah ada 2 orang yang aku nampak dah berisi. tu tandanya diorang dah tinggalkan benda-benda haram. great. 

aku nak kongsi benda best ni. 


i'm getting married.





















dan aku tipu! hahahaahaahahahahahahaaha

Monday, April 7, 2014

alasan untuk bahagia


ALASAN UNTUK BAHAGIA
Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

dan percayalah kalau pasangan kita mintak break up dengan gunakan alasan, "i akan tinggalkan you coz you are just too nice. i love you so i'll let you go sayang" ----itu satu pembohongan yang paling bangang. dalam kes ni korang boleh gunakan #inisemuapoyo . cinta tu harus bersama. bukan melepaskan, kecuali kematian.

Friday, April 4, 2014

video sedih

klip yang dekat dengan hati aku. sampai tak sanggup aku nak tengok sampai habis. orang luar takkan pernah tahu selagi mana tak duduk dalam situasi kita. macam-macam benda aku pikir bila dapat tahu mama sakit. antaranya perkara yang sama dengan apa yang budak ni pikir dalam video ni. setiap anak pasti mahukan parents ada sekali waktu hari paling happy dalam hidup kita. 

semoga Allah mengizinkan kita untuk meraikan hari bahagia kita nanti dengan ibu bapa yang kita sayang. semoga mereka diberi kesihatan yang baik. in shaa Allah amin...


Monday, March 31, 2014

mama part 1

hampir 2 minggu selepas pembedahan mama. syukur alhamdulillah everything goes well.
semua berlaku terlampau pantas. 6 hari mama admitted dekat Puteri Specialist. syukur Tuhan beri aku kudrat teman mama kat hospital sepanjang 6 hari tu. 
18 Mac 2014-- di dalam bilik doktor, aku dan abang setia temankan mama. lab test result was announced. mama 100% confirmed breast cancer. stage 3. doctor bagitau yang mama kena proceed with an operation. dan sedia maklum kitaorang 1 family sebenarnya sudah sedia nak terima berita ni sejak 2 minggu sebelum lab test result keluar. saat doktor bagitau aku jadi terlampau rapuh. airmata terus jatuh. tapi mama kuat. dia mampu tersenyum walau dengan airmata bergenang. 

19 Mac 2014--jam 8.30 pagi mama masuk bilik OT. aku, abang dengan kak yien hantar mama sampai pintu masuk bilik OT. aku terus tak mampu tahan lagi perasaan. terus peluk kak yien dan lepaskan segala tangis aku. kesian papa. dia tak sempat sama2 hantar mama sebab mula2 doktor kata mama 2nd case tapi tiba2 dia buat 1st case. jadi masa dipercepatkan. bila keadaan dah reda. abang ajak aku turun beli air. Kuasa Allah temukan kami dengan seorang kenalan yang pernah operation breast cancer 12 tahan yang lalu. macam-macam tips dia share pada kitaorang. lepas borak kitaorang naik semula. abang pergi solat hajat. aku duduk sorang menanti depan bilik OT. tak lama lepas tu papa datang. dengan mata yang bengkak. aku tahu dia nangis tapi tak ada 1 titik pun airmata dia yang mengalir depan kitaorang. papa memang kuat. sekitar jam 11.30 pagi mama diusung keluar. alhamdulillah pembedahan selamat.

24 Mac 2014--selepas 6 hari mama dibenar keluar. sepanjang di hospital memang bilik mama dipenuhi saudara mara dan kawan. kesian jugak aku tengok mama tak cukup rest. darah mama pun naik nampak gayanya sampai kena ambik ubat darah tinggi. urusan discharged selesai sekitar jam 5.30. mama menangis waktu sampai di rumah. rindu suasana rumah katanya. condition mama alhamdulillah ok.


 27 Mac 2014--mama pergi check up dengan 2 doktor. hari bukak jahitan. alhamdulillah tak sakit kata mama. aku tak dapat teman mama. so mama pergi dengan abang. doktor kata jahitan mama bersih. tak ada nanah dan kering. as a result mama kena kimo. sebab hasil dari ujian yang aku tak pasti namanya, 8 dari 12 sel ada cancer. maka kimo adalah jalan terbaik untuk mematikan cancer. tarikh kimo akan diberitahu kelak. doktor yang kedua (doktor yang monitor darah tinggi) puji mama sebab mama tak macam orang sakit. muka ceria. langsung tak pucat. darah tinggi makin ok. syukur. next week kena datang untuk check up lagi.

sejak mama sakit, baru aku rasa tugas seorang 'ibu' di rumah. baru aku rasa betul-betul tanggungjawab. masuk malam ke 4 kat hospital pinggang aku dah sakit. mungkin sebab 3 hari berturut-turut tidur atas kerusi malas. aku gagahkan keringat yang ada demi pastikan teman dan jaga mama dekat hospital. paling aku bersyukur sebab bila semua ni jadi aku dah tak bekerja di company lama. dekat sini, bila hal-hal emergency macam ni aku cuma perlu message boss untuk inform. bila aku naik kerja pun tak delah boss nak tarik muka ke apa. sebab dia paham condition kita. entah macam mana gaknya kalau masih kerja di company lama...hmmmmmm



terima kasih buat mereka-mereka yang sudi memanjangkan doa buat kami sekeluarga.
terima kasih buat yang datang berkunjung. yang called menanya khabar.
walaupun ada perasaan terkilan bilamana ada seorang dua kawan yang cukup rapat langsung tak menitip khabar. walhal rumah cuma tak sampai 5 minit dari rumah aku. dan aku percaya di zaman internet, kita boleh guna macam2 application untuk sekurang2nya text. tapi??? *senyum* tak apalah. ada ramai lagi kawan-kawan yang aku perlu jaga hati mereka. aku rasa terharu sebab aku ada 'Geng Budak Joho & Kak Long' yang selalu ada dengan aku walaupun mereka jauh dari aku.
terima kasih ya Allah.

Friday, March 14, 2014

cuak


pernah dengar iklan pasal cerita ini? aku sendiri pun kurang pasti cerita ni filem ke atau telemovie. aku sebenarnya tertengok cerita ni.
CUAK-- berkisar tentang perasaan takut nak berkahwin dan kehidupan selepas berkahwin. ini sebab ada kawan-kawan yang tak percaya pada perkahwinan.story line yang best pada aku. cuma ada certain plot yang macam agak slow dan dull.

bercakap pasal perkahwinan kadang-kadang memang gerun. lebih-lebih lagi kalau kita kaitkan dengan hilangnya perasaan suwit muwit selepas beberapa tahun perkahwinan. for me, tak kiralah hidup berumahtangga ke hidup bujang ke akan ada masanya kita rasa macam bapak bosan dengan rutin. tapi apalah sangat kan choice yang kita ada? tapi bukan bermakna kita kena terus hidup dalam kebosanan. semua orang dalam dunia ni berhak untuk rasa bahagia. cuma kadang-kadang bila kita stress kita jadi buntu nak cari jalan bahagia.

memilih hidup dengan orang yang kita sayang pada aku adalah klimaks dalam sebuah kehidupan.kenapa? sebab masa tulah kita decide nak berkongsi almost everything dengan orang lain. dari benda remeh sampailah benda yang serious. contohnya lah kan,macam aku dah biasa dari kecik tidur sorang.kadang-kadang bila nenek tidur dengan aku pun aku dah rasa macam tak bebas. lagi-lagi aku ni jenis yang suka tukar-tukar posisi tidur.hari ini kepala belah lain.esok belah lain pulak.dan terpikir jugak aku,"nanti dah kahwin tak rasa sempit ke ek?" dan aku pun dah bagitau awal-awal dengan si Dia, "i ni kalau tido memang akan tukar-tukar posisi tau" .lepastu dia pun rasa pelik dengan aku. +____+

dalam cerita Cuak ni jugak ada ketengahkan isu kenapa lepas kahwin je mesti perempuan dari hot terus jadi selebet? yang lelaki pulak terus jadi macam lembu cucuk hidung. sampaikan masa dengan kawan-kawan pun dah tak happy macam sebelum kahwin. is that marriage thought us to changed our personality?? dan atas sebab macam ni ke yang buatkan marriage life tu membosankan????
oleh sebab cerita ni dah timbulkan isu ni,jadi dia huraikan---sebagai orang luar kita cuma nampak luaran.mungkin pada kita hidup macam tu 'membosankan' tapi pada tuan empunya diri sebenarnya diorang rasa, "it's ok and like seriously i'm just happy with my marriage life".
sebab tu aku rasa pelik kalau ada orang yang jenis dah kahwin,dah ada anak tapi masih lepak kat mamak sampai lewat malam almost every night.jangan ingat lelaki je macam tu.perempuan pun ada je.ada pulak yang laki bini syok pergi honeymoon berdua tapi anak tinggal kat umah mak bapak. well hello,kau rasa anak kau tu membebankan sangat ke sampai kau seronok bersukaria sampai sanggup tinggalkan anak??! kalau rasa belum ready nak ada anak kau tak payah lah beranak dulu. 

kesimpulannya, marriage life tu bukan something yang kita perlu takutkan. just chill. and love your partner as much as you can! ;)

Saturday, February 15, 2014

nota ringkas

it's a long time since my last entry kan? a past few weeks agak full dengan kerja. macam-macam hal jadi kat office. tapi bukan tu yang aku nak share arini.

pejam celik pejam celik Si Dia dah pun habis study. alhamdulillah doa kami dimakbulkan. he's got ANC award. dan apa yang aku boleh cakap, i'm really proud of him. fast track degree and every sem DL itu sudah cukup membanggakan. aku cuma mampu tumpang happy je untuk dia. so in shaa Allah bulan 6 dia konvo. mastu dia ada tanya, what i want for my birthday this year. so i think he's already gave me a present :)

mudah-mudahan apa yang kita rancangkan tercapai. aminn...

Monday, January 20, 2014

kematian

15 JANUARI 2014.
perginya seorang lagi atuk. dan kini aku cuma punya 2 orang nenek.
kematian memang tidak dijangka.
dan aku tidak diberi kesempatan untuk bersama dengannya sewaktu dia nazak. atau mungkin waktu-waktu yang ada sebelum malaikat maut mengambilnya aku sendiri yang mengelak untuk meluangkan sedikit waktu buat dia?

waktu kecil ku memang banyak dirumah arwah dan nenek. kadang-kadang lagi betah duduk di rumah nenek berbanding di rumah sendiri. kerna dirumah nenek aku punya adik2 sepupu. aku rasa bangga jadi Kakak sedara paling sulung. *ceh padahal bila mama tanya nak adik ke tak aku confirm jawab tak nak :P*

dengan modal sebanyak RM2000 yang atuk bagi pada papa, bisnes mereka bermula. dan papa berjaya kekalkan produk dia sampai sekarang. syukur. jika dibanding dengan sesetengah orang yang sampai berhutang berpuluh ribu untuk running bisness dan end up kecundang sbb tak ada killer food.

berbalik cerita arwah atok. masa aku sekolah tadika dulu atuklah yang akan hantar aku pergi sekolah. hari-hari. banyak sebenarnya kenangan. pahit manis. suka duka.aku bukanlah cucu yang baik. juga bukan cucu yang akan mendengar segala nasihat-nasihat dia. dan saat kaki aku melangkah ke dalam hospital dan melihat sekujur tumbuh tua itu terbaring kaku,aku tak dapat tahan lagi airmata aku. benar,aku silap. aku berdosa.

sesungguhnya segala kenangan lampau yang pahit sudah aku buang jauh dari ingatan aku. perkara yang aku terapkan dalam hati, "sejahat mana pun seseorang itu pasti ada kebaikan dalam diri mereka walaupun mungkin cuma sebesar zahrah" . maka benarlah kata Kak Fynn. cubalah cari kebaikan dalam diri orang yang kita tak suka mahupun pada orang yang kita benci.

nenek akan menjadi tanggungjawab papa. apa yang aku harap hubungan kami semua bertambah erat selepas ini. apa yang lepas biarkan berlalu. untuk apa dikenang perkara yang buat kita sakit jika perkara-perkara manis juga tak kurang banyak untuk kita hargai.

apa yang berlaku semua ada hikmah.moga roh atuk aman di sana. sorry for all my mistakes.and thanks for being the good atuk for me during my childhood.

Saturday, January 4, 2014

imbas balik

4 JANUARI 2014. 1.51 pm.

disini.tempat kerja.
nampaknya 2013 sudahpun tamat. syukur Tuhan aturkan perkara-perkara yang indah sepanjang tahun lepas.
bulan 9. dapat kereta baru. kerja baru. terima kasih Tuhan.
jika Allah beri ujian dalam bentuk kesenangan moga aku tak lalai menikmatinya.
dan sepanjang tahun lepas bukan tiada kesedihan dalam hari-hari yang aku lalui.
tapi aku pilih untuk lebih menghargai dan kenang apa yang indah.

bulan 12. hampir sebulan lebih tidak ketemu sama kekasih hati.
malam itu pertama kali sepanjang satu tahun setengah aku rapat dengan dia, kita berbicara tentang masa depan.
indahnya perasaan kau berikan Tuhan.
moga apa yang kita rancang Tuhan izinkan.
in shaa Allah.

umur sudah menjengah 24 tahun.
tahun yang aku akan mula (lebih) serious soal duit.
semoga diberi kesihatan. buat diri sendiri, keluarga serta si dia.

dipenghujung bulan 1 ini si dia bakal menamatkan pengajian.
doa aku panjangkan agar selempang miliknya nanti.
aku mau turut serta merai hari itu nanti.
mungkin bulan 6 kan? oh bulan kelahiran aku.
sempena itu juga, aku cuma mahu berada bersamanya meraikan hari graduasinya nanti.

24 tahun.
abang. terima kasih atas pandangan dan nasihat kau.
aku untung punya abang macam kau.
walau kau pernah buat aku nangis hari-hari masa aku kecik dulu. hahaha
desakan kau,akan kami laksanakan dalam tempoh setahun lagi. mungkin?