Monday, July 29, 2013

cerita kahwin

bila diri dilamar, dunia pasti terasa indah.yang muncul cuma rasa bahagia. tapi sedarkah kita, sama ada kita sudah benar-benar bersedia atau tidak? banyak perkara yang perlu ditimbang tara sebelum kaki melangkah ke suatu tahap dalam kehidupan. 

1. KEWANGAN
dalam hidup sekarang semua benda pun nak berbayar kan? pada aku, perkahwinan ini suatu perkara yang sepatutnya membahagiakan. dan untuk meniti hari bahagia itu kita sepatutnya merasa happy. tak salah kalau perasaan itu dah rasa mencanak-canak nak kahwin tapi duit tak cukup lalu buat personal loan.seriously, aku tak rasa benda tu salah.sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan beban family kita.paling penting bagitau pasangan kita yang kita buat personal loan tu.and sila rancang sebaik-baiknya untuk duit tu.jangan nanti dah buat loan pun still tak dapat tanggung cost wedding kita. ramai orang ingat bila kita ni perempuan, kita cuma perlu harapkan duit pihak lelaki semata. sumpah itu bodoh dan sangat menjatuhkan martabat perempuan yang ada kerjaya sendiri zaman ni! sorry lah even lelaki tu anak tan sri, dato or else tapi tak molek lah kalau beban tu cuma dicampak di bahu lelaki semata sedangkan in the future kau nak hidup sama dengan dia kan? kalau dah seksa sangat nak pinang anak dara orang, baik lelaki tu kahwin dengan diri dia sendiri je.bhahahahaha 

2. RESEARCH
dalam erti kata lain, sila buat persediaan yang paling maksimum. kau ingat kita ni robot ke nak prepare semua benda last minute??? research on concept of our wedding, foods, invitations and the most important thing - wajib relevan dengan budget kau orang. jangan sampai budget ciput tapi nak majlis grand taraf anak dato'.uishh mimpi lah kau! research ini sangat penting.walaupun kau mungkin serahkan semua benda pada wedding planner tapi trust me diorang pun sure akan tanya, "tema apa yang u guys suka, colour apa u guys prefer?" jadi jangan malas! persediaan minimum pada aku adalah 6 bulan, at least. 

3. FAMILY
walaupun mungkin kita dijodohkan falling in love at the first sight, tapi restu keluarga adalah sangat penting. jangan gopoh. kenal dulu hati budi orang tu dan keluarga dia. pikir secara waras, "family dia ni boleh layan tak kepala family aku?" , "dia ni pandai amik hati family aku tak ek?" .kau nak ke kahwin dengan orang yang jenis tak reti nak hormat mak bapak kau? yang jenis kalau kita ada family gathering dia akan makan dalam bilik sendiri - benda ni pernah jadi dalam big family aku. pelik bukan spesis manusia macam ni? tapi percayalah spesis ni memang wujud ooooh!

4. DIRI SENDIRI
tanya diri sendiri, sudah bersedia ke pikul tanggungjawab sebagai suami? sudah bersedia ke bangun tengah malam saat anak kau melalak mintak susu? dah sedia ke nak get involve dengan keluarga baru? jangan dek kerana ghairah kau lupa semua tu.

kalau nak kahwin sangat tak mo lah sampai sakit kepala pikir itu ini. and tak bestlah kalau asik bertekak je dengan partner kita. SILA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. itu paling penting! ;)

Saturday, July 13, 2013

anak kecil

walau pada dasar aku dilihat seorang yang tegas, dilabel baran bagi yang tak pernah jumpa manja aku, aku tersentuh saat pulang dari rutin kerja aku disambut mesra oleh pelukan dari anak kecil. pelukan itu begitu telus dan rapat dengan hati aku. ya Allah indah sungguh rasa itu. betapa sebenarnya aku sedang lagi perlu dipeluk sebegitu rupa,dari seorang lelaki yang cukup aku rindu. 

saat tulisan ini dihasilkan benar aku terasa sangat rapuh. seperti ingin berlari mencari kesebuah ketenangan jiwa. ditikar sejadah semalam aku menangis mengenang kenapa rasa pilu itu hadir tika aku cukup perlu rasa bahagia. tangis aku melarat sampai ke waktu sahur awal pagi tadi. boleh dihitung berapa butir saja perkataan yang keluar dari mulut aku. selepas subuh aku tertidur lagi dengan airmata. rindu yang menggunung ini entah bila akan berkesudahan. panggilan telefon aku semalam dibalas dengan message ringkas darinya. sedang lagi sibuk katanya. entah benaran mungkin sibuk sampai tiada masa membalas panggilan aku. 

aku diberi keistimewaan mampu baca isi hati orang lain walau cuma melalui kiriman message. dan kerana tika ini aku lagi dapat merasa hatinya sedang lagi perlu waktu sendiri, makanya aku memilih jalan untuk terus menyepi. biarlah mungkin nantinya kalau masa yang paling aku mahu itu tiba, mungkin dia akan mendepangkan tangan menyambut pelukan aku. menarik tangan aku agar tidak terus rapuh sendirian.

buat lelaki yang paling aku mahu

cinta. cinta tak perlukan syarat.
tak perlukan kesempurnaan kerna sang pencinta sendiripun mana mungkin miliki itu.
tiap kali Tuhan duga dengan pertengkaran, segala yang indah akan dibuang. 
yang buruk akan jadi sehina-hina perkara untuk dijadikan main point bagi lanjutkan pertengkaran. yang baik tentang diri disampah habis. dibiar pergi hilang entah ke mana.
terpikir aku, adakah lelaki yang paling aku mahu ini akan terus bertahan untuk terima tiap inci keburukan yang ada dalam diri aku?
apa mungkin bila Tuhan jumpakan kau dengan bidadari sempurna kau juga akan pergi tinggalkan aku seperti yang lainnya?
aku cuma harap lelaki yang paling aku mahu ini akan bisa terima ketidaksempurnaan aku. tanpa sebarang syarat.

capek

saat dia kata penat untuk mendengar tiap leteran aku, untung saja jika dia mampu rasa penat lagi aku untuk hitung hari kita bersama.
saat dia bilang dia punya impian untuk digapai untung saja jika dia mampu bilang aku juga salah satu dari impiannya.

saat dia pilih untuk menyakiti aku untung saja jika dia tahu aku berusaha keras untuk menjaga hati dia.
teruk sangat ke diri aku sampai yang buruk lagi bersinar dari yang indah?
kalau lah aku mampu rasa penat macam mana yang dia rasa...
kalau lah aku pun rasa letih menunggu selama ini...

kalau lah dia boleh terima belajar aku apa adanya...
kalau lah dia bersedia untuk terus pimpin tangan aku disaat aku paling buruk, paling rapuh dan paling mahukan dia..............

Friday, July 12, 2013

bahasa indah

sahabat kenal kerna kejujuran
kawan kenal kerna kepuraan

sahabat kekal kerna hormatkan
kawan kekal kerna perlukan

sahabat tegur kerna sayang
kawan tegur takkan pulang



subhanaAllah indah sungguh bahasa diatas. aku jumpa saat aku baca coretan lama dari fynn jamal di sini. dihampir setiap ruangan komen insan itu pasti tinggalkan jejak nya dengan kata2 yang indah (HANAFIAH).sampai fynn sendiri pun nak kenal dengan lelaki tu.

Tuesday, July 2, 2013

crush yang bukan candy crush

zaman sekolah,zaman uni even mungkin zaman kerja sekalipun masing-masing confirm ada crush kan?oh come on,apalah makna hidup kau kalau tak ada crush  +_+ 

ehem-ehem.bagi bunyi violin sikit please.
masa zaman uni di Segamat dulu aku pun dah lupa dah berapa ramai crush aku ada. banyak faktor yang memungkinkan kita untuk admire kat seseorang. dia mungkin seorang yang genius, famous, yang bila dia dekat dengan kita je kita dah rasa 'aura' dia - misalnya.
but for me, majoriti crush aku jenis lelaki yang cool. yang opposite aku.
yang takkan sendawa kuat macam geng-geng aku (termasuk diri sendiri), yang ketawa dia pun cover handsome and paling penting senyuman dia yang macam boleh buat kita dupdap, gituwww.

kalau time tengah dok pompang pompang lunch dengan geng, tengah cuba kumpul angin nak lawan sendawa Bo yang memang lejen habis, tetiba crush datang lalu makan di kedai yang sama. 
ok terus cuba cover suara. 
bila tengah on the way nak pergi class lalu nampak crush di depan mata, terus cuba jalan seberapa sopan.
kalau boleh terus tak nak cakap dengan member-member sebab tak nak dia dengar suara kasar kita ni. hahahaha


*bab lain*

ehem-ehem.bagi bunyi drumrolls sekarang.sebab ini klimaks cerita barangkali.
aku pernah jadi classmate dengan dia. dipendekkan cerita aku yang add dia dekat fb.itupun selepas aku tengok wall pic dia. "eh ini bukan **** ke? perghh handsome jugak mamat ni sekarang"
mastu that guy tengah berbunga-bunga, aku pun sama dengan je. hewhewhew
jadi tak ada sebarang komunikasi yang terjalin.

beberapa bulan atau mungkin beberapa tahun kemudian, disatu malam yang indah kitaorang chatting di fb.
lalu pertukaran nombor berlaku.
dan komunikasi berlaku sampailah ke hari ni. *senyum simpul*

makanya.....
seronok jugak bila kau pernah ter'ADMIRE' dekat seseorang dan kemudian kau rapat dengan dia.
and jarak itu bukan sesuatu yang mustahil untuk kita memulakan langkah kita rapat dengan seseorang yang kita tak pernah rapat langsung.

dan semua crush2 yang aku pernah puja waktu uni dulu biarlah terus jadi crush - dalam kenangan semata.
aku ni setia tahu? mana mungkin berpaling tadah. kehkehkeh



amboi....cik abang aku mesti tersenyum baca ni kan?
suka lettuww sebab kita sebenarnya pernah admire dekat dia dalam diamkan? :P