banyak dah petunjuk yang Allah dah kurniakan aku melalui cara yang satu ni.
solat istikharah?aku belum cuba kaedah yang ini.
aku pasti buat bila tiba waktunya nanti.
tentang mimpi semalam,aku tak sangka dia yang muncul.
terus terang hati aku inginkan orang lain.bukan dia.
dan tak pernah hati aku terdetik pada dia.
bangkit dari tidur,hati aku berdebar-debar.
entah kenapa.
tapi aku terfikir seperti ingin berkongsi.
tapi entah pada siapa harus aku mengadu.
beberapa hari lepas,mama bertanya tentang kehidupan peribadi aku.
dan bilamana hati kt sedang lagi hancur, aku menjawab seego yang mungkin.
kataku, aku terima siapa saja yang datang padaku selepas ini.
kerna hati ku kosong. harapan yang aku cuba pupuk seolah sudah hilang sekelip mata.
dapat aku kesan reaksi mama tika itu.
tapi aku sembunyikan nada ku yang bergetar dengan alih pandangan pada yang lainnya.
mungkin jawapan aku tempoh hari akan mengubah kehidupan aku selepas ini.
mungkin.
aku cuma takot kehilangan.
aku serik dengan sakit.
sudah terlalu penat menghadapi ujian yang hampir sama setiap kalinya.
antara mimpi yang sering menjadi realiti dan kenyataan yang sedang menyakitkan,mana yang perlu aku pilih?
andai saja aku punya mereka.
mereka yang ku gelar sahabat.
pasti kalian yang aku kejar tika ini.
