Monday, December 17, 2012

KL, Genting, Shah Alam

Alhamdulillah dengan limpah rezeki dari-Nya dapat jugak kaki ni melangkah ke Genting. so masih dengan geng yang sama masa ke Desaru mastu, kitaorang meneruskan misi kedua ni.dari Jb aq gerak berdua ngan Zila naik bus.then sampai di TBS memang ktorang dah sedia maklum memang tak de sape yang akan amik ktorang.so ktorang mulakan treasure hunt naik monorel (for the first time naik monorel tanpa diiringi orang yang arif) . misi pertama shopping dekat Times Square. ok sangat sangat berbaloi coz murah gila baq hang! so malam tu tido umah Fatin dekat Gombak. esok hari nya pagi2 lagi dah gerak ke KL Sentral untuk pergi Genting.act, ktorang dah beli pakej awal2 so senang skit. sangat murah beli pakej dengan GoGenting which is RM58 covers on bus dr KL Sentral-Genting (return) , cable car (return) and ticket Outdoor Theme Park. memang syiok abis sebab dekat sana sejuk so kita xrasa rimas or lepak tau.macam mastu pergi Legoland baru berapa jam dah rasa penat giler sebab panas.huhu so 8.30 malam kitaorang pun berangkat balik KL.yang kelakar our dinner on that night, Meggi Cup dekat KL Sentral you all! hahaha 

hari ke-3,aku dengan Dib pergi Shah Alam.misi untuk jumpa kawan2 uni.so Karno and Hamka amik kitaorang.lepas aku check-in diaorang bawak makan dekat Padang Jawa.for me,makanan dekat situ xdelah sedap giler tp special sebab banyaaaaakkkk giler wei makanan dia! macam xsetimpal dengan standard price dia macam tempat lain.hehehehe

last night dekat Shah Alam was great when 'he' brought me to have our dinner dekat tempat yang quite cantik.then we spent time dekat I-City.btw,this is our second time pergi situ.1st time dulu tak sempat nk capture pictures dekat lampu2 tu sebab banyak habiskan masa dekat Snow Walk.so kali ni memang pusing keliling dekat tempat lampu2 tu.and 'dia' belanja naik Giant Wheel. baru aku tau yang that is very 1st time in his life naik wheel tu! hehe and to be honest, it's so romantic when you saw a very nice place with someone special ;)


esoknya lagi sorang bestfriend datang jumpa aku.Bo treat me a breakfast. after that,kemas2 barang and 'he' treat me a lunch and dapat ticket balik JB kol 3 pm.

so trip kali ni aku spent RM350 included shopping, transport and semua2 lah.kire memang worth it lah! thanks guys for accomplised our mission. oh i can't wait our next year trip! ;)






for him : did u know,u act romantic?
oh i loved when u treat me like that.
miss u! :P


Saturday, December 15, 2012

perbualan panjang bersama kawan

menerusi perbualan panjang dengan seorang rakan semalam, buat aku tertanya-tanya. kenapa kita selalu menjadi hamba cinta? walau petunjuk kecurangan terbentang luas di depan mata,tapi dia juga yang kita pertahankan.walau terang-terang dia menghamba-abdi kan kita,kemahuan dia juga yang kita turuti.walau dia yang selalu menyakiti kita tapi bila bersua,kita sedaya mungkin mencari sedikit kebahagiaan demi menutup segala luka dan parut yang dia dah beri pada kita.KENAPA?

bukan tidak diberi petunjuk. bukan tidak diberi nasihat..tapi kalau kita sendiri yang membutakan hati dan jiwa kita,bermakna kita sendirilah yang mempersiapkan diri kita untuk diperbodohkan.

berkali-kali aku ulang benda yang sama pada dia."tak penat ke dipergunakan?" , "layak ke perempuan macam tu untuk awk?" . dia balas dengan jawapan, "entahlah eira.saya pun tak tahu kenapa". deng!

kawan,aku rasa aku nak amik pisau,cungkil mata kau,beri pada mereka yang tiada penglihatan. dan kalau boleh aku nak hentak kepala kau dekat dinding supaya nantinya kau tersedar akan kebodohan sendiri. boleh tak?!

mungkin secara kasar kita akan menilai bahawa perempuan itu jahat,bodoh sebab mempermainkan lelaki yang benar-benar menyayangi dia.tapi bila difikirkan balik,perempuan ke yang harus disalahkan sepenuhnya bila lelaki yang bangang terus-terusan menghambakan diri sendiri???

wahai lelaki,kau bakal pemimpin.sebagai perempuan terus-terang aku cakap,jangan manjakan kami dengan duit dan barang-barang.bila dari mula kau dah biasakan begitu, kemudian kau cuba ubah, kami sebagai perempuan akan menganggap, "oh lelaki ini sudah punya perempuan lain!" nah! makanya jadi lelaki harus tahu mendidik.oh come on tegaslah sikit bro! 

sebagai perempuan,aku memang agak strict. tapi bukan bermakna aku pijak kepala lelaki, apatah lagi nak mengikis duit. memang tak lah kan. aku cuma harap Allah bukakan hati kawan aku ini dan jumpakan dia dengan perempuan lain yang dapat bahagiakan dia lepas ini.amin.





cinta bukan bergantung pada suatu tempoh masa.
untuk apa menjalin hubungan yang lama tanpa erti sebuah kebahagiaan?

Friday, December 14, 2012

hello

rasanya oklah kot header ni.xpayah nk gempak2 sangat.yang penting 'isi' blog ni kan? kehkehkeh
later,i'll update about my second holiday! see u later!

Wednesday, December 12, 2012

UNDER CONSTRUCTION

mastu sign in google account guna hp.lepastu tetiba sume gambar yang pernah aku upload dekat blog ni and blog lama appear dalam hp aku. dipendekkan cerita sume gambar tu hilang bila aq sign out google account dalam hp tu.TETAPI malangnya bila automatically SEMUA GAMBAR yang pernah aku upload diblog jugak turut hilang. termasuk lah header blog ni sekali!

cipet!

makanya dengan ini aku isytiharkan I'M GONNA START MAKING MY NEW HEADER. cis!