Thursday, June 23, 2016

Ramadhan 2016

Tahun terakhir Ramadhan sebagai bujang, insyaaAllah. Istimewa Ramadhan kali ini sebab beberapa bulan sebelumnya terasa rindu betul untuk terawih. Aneh perasaan tu. tapi aku suka.
Aku sendiri tak sangka perempuan yang pernah tinggal solat bertahun-tahun seperti aku ni, harini begitu rindu menunggu Ramadhan. dan Ramadhan ini alhamdulillah dapat perbaiki terawih. masih aku ingat beberapa tahun lalu aku belajar ke masjid. untuk terawih. berbekalkan ilmu yang sangat cetek aku main ikut je orang solat. tahun pertama kurang dari 5 kali aku ke masjid. Dan Alhamdulillah tahun berganti tahun aku berazam menambahkan lagi bilangan terawih. rasa penat & letih bertukar menjadi rasa seronok. seronok kerana mungkin sebulan je dalam setahun berjumpa Ramadhan. mungkin faktor usia pun ye jugak. sebab 2,3 tahun ni aku lagi excited Ramadhan dari Syawal.

Ramadhan -- indah.
Syawal -- penat.

itu cuma pendapat peribadi aku.
kita mungkin bukan orang yang alim. tapi kalau Ramadhan ini satu-satunya cara untuk kita berubah & menambahkan amal ibadat, mengapa tidak?