Hidup yang sunyi bagai syurga tanpa bidadari,
Kini gemersik dengan nyanyian cinta dari unggas yang terjaga saat kau mula mengatur langkah di taman hatiku.
dunia bagaikan terpaku apabila kau tersenyum,
dan dedaun luruh dari tangkai dek manja renungan matamu.
Tenang air laut kembali bergelora menampar pantai mendengar gelak tawamu.
Sesungguhnya Dahlia, laut yang selama ini berbaur hanyir kini mewangi sepanjang hari menemaniku, kerana harumnya nafasmu.
Dan janjiku padamu, engkaulah isteriku dunia dan akhirat.
puisi indah ini dari telemovie Mawar Putih Tanda Perpisahan.
