Showing posts with label cerita cinta lalu. Show all posts
Showing posts with label cerita cinta lalu. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

ikhlas

dalam apa jua perhubungan, ikhlas adalah suatu perkara basic.walau mungkin nantinya kita terpisah,tapi pasti meninggalkan kesan mendalam pada hati.

apa yang lepas sudah pun aku lepaskan sejauh yang mungkin.
sayang sudah lama aku lontar.
rindu pula sudah aku beri pada yang lain.

dendam---tiada guna lagi terus diberi peluang menapak.
maka biarlah ia terus pergi bersama waktu yang bersilih ganti.

buat kau.aku tak tahu.dan tak ingin tahu.
sudah cukup sudah~






walau ada yang kata hati aku sekeras konkrit,
tapi aku tersentuh saat menerima pelukan dan kucupan dari seorang tua.
terima kasih nek.
kami--tidak lagi wujud.
maka belajarlah sayang pada penggantiku.
kerna aku percaya pasti yang baru lebih baik dari ku.
kalau tidak,masakan si dia sanggup mengkhianati ku bukan?
:)

Thursday, January 3, 2013

tiada pengganti

there's no man that sincerely love me, macam you
there's no man called me 'baby', macam you
there's no man who always say 'take care' untuk akhiri tiap hari kita bersama.
there's no man say miss me like you'll always say even though baru sehari tak jumpa i.
there's no man that always plan our date like you do
there's no man willing to call me every day semata-mata nak berborak kosong dengan i.

tak ada.
tak ada seorangpun lelaki yang membahagiakan i macam mana u pernah membahagiakan i dulu.
tak ada.

kalau dapat diulang masa itu, alangkah indah duniaku.
setiap pagi merupakan hari baru yang aku tak sabar untuk melalui,bersama kau.
berilah aku peluang, walau cuma dalam satu mimpi yang singkat.




rasa cinta itu sudah lama aku buang.
aku simpan buat jadi kenangan terindah.
apa yang tinggal kini hanyalah rasa rindu.
bukan rindu pada seseorang yang sudah menjadi kepunyaan orang lain.
tapi rindu dengan suasana seperti dulu.
itu sahaja.

rindu

Rindunya nak rasa dihargai sebagai seorang kekasih
Rindunya nak rasa orang sayangkan kita sebagai seorang kekasih.
Rindunya nak orang cari kita semata-mata nak luahkan betapa dia perlukan kita sebagai seorang kekasih.

kebahagiaan yang cuma dipinjamkan hanya untuk sebulan kadang-kadang menjadi lebih beerti untuk seluruh kehidupan kita.

i miss you.ya i miss to have someone like you.
walau dimana you ada, i hope u meet your happiness.
i still tak dapat orang yang sanggup berkongsi dan membentuk kebahagiaannya dengan i.

Thursday, October 11, 2012

cinta lama

dia pernah menyayangi aku seikhlas hatinya.
menjaga aku saat aku sakit.
tiap hari bersama.
macam macam kenangan yang kita pernah ada bersama.

lelaki paling jujur yang pernah aku kenal-ini gelaran yang pernah aku berikan untuk kau.
tapi aku tahu kau cuma manusia biasa yang memang gampang berubah.
aku tak pernah menyesal kenal kau.
aku tak pernah kesal menyayangi kau satu masa dulu.
sebab aku tahu kau juga pernah punya rasa yang sama pada aku dulu.

kau dah tiada.
ini juga jalan terbaik buat kita sebenarnya.
aku harap kau temu bahagia diluar sana.
dan aku paling harap andai kau dapat menjadi manusia yang lebih baik selepas ini.

segala kenangan suka duka kita bersama sudah aku simpan elok-elok dalam satu sudut hati aku.
biar ianya terpelihara rapi disitu.
tiada lagi rasa cinta dihati kerna aku tahu kau bukan lagi milik ku.

untuk masa akan datang mungkin aku cuma rindu yang namanya sahabat.
kerna aku tak punya siapa di sini. 
terima kasih buat yang indah.
terima kasih juga buat yang sakit.
semoga apa yang telah aku korbankan memberi kebahagiaan yang abadi buat kau kelak.

Thursday, October 4, 2012

realiti ini

dulu pernah bahagia. dulu pernah merencana masa depan bersama.
dari pahang ke johor cuma jarak pemisah,bukan bermaksud hati menjauh.
kita bukan senang tika itu.cuma mengharap duit pinjaman dan bantuan mak bapak semata.
demi rindu,apalah sangat masa dan wang ringgit.

kau dan dia.
tiap hari menggunakan kuasa teknologi yang wujud-3G.
walau melihat dari screen,tapi itu sudah cukup jadi penawar pengubat rindu kalian.
segamat-terengganu, segamat-shah alam.

jarak memang bukan punca pemisah sesuatu perhubungan.
bodoh kalau jauh dijadikan alasan untuk berlaku curang.
berapa ramai mereka yang belajar di lain benua tapi berjaya dalam hubungan?
jangan kata long distance relationship was useless.
sebab itu alasan semata bagi mereka yang cuba lari dan menolak takdir Tuhan.

tiada rindu.tiada usaha untuk pulang.tiada daya mencari ruang waktu untuk bersama.
apa maknanya itu semua?
pedih.
menghadap realiti kehidupan.
sakit.
mengharap pada yang tak sudi.

andai punya kekuatan,sudah jauh dihumban rasa rindu yang sentiasa menghuni lubuk hati.
andai punya daya,sudah lama berlalu pergi.
meninggalkan realiti ini.

Thursday, August 9, 2012

kekasih gelap

entri ini menyusul selepas membaca entri ini. 
kira-kira 5 tahun dulu,iaitu around tahun 2007-masa tu aku kerja dengan papa sementara tunggu result SPM keluar.so,to be short adalah seorang customer lelaki ni yang boleh kata every day akan datang breakfast kat kedai kitaorang dengan member-member dia.dia kerja di salah sebuah Majlis Perbandaran di JB.perbezaan umur kitaorang 5 tahun.so,mulanya tak ada apa pun.setakat perkenalan antara customer je.sampailah satu hari ini dia tulis nombor telefon dia dekat tisu and tinggalkan atas meja.oleh kerana masa tu dah bermulanya detik2 bermain mata dan aku adalah satu-satunya perempuan yang kerja kat kedai papa tu,jadi aku tau tisu tu untuk aku.

maka bermulanya perhubungan kami selama lebih kurang 6 bulan.in the first sight,he's very gentle.sebab masa first time dia nak bawak aku keluar,dia siap call papa mintak izin.kebaikan lainnya dia memang sangat pandai ambik hati semua family aku.maybe umur dia yang dah matured tu buatkan sikap dia camtu.kot.so dari atuk nenek sampailah ke sepupu sepapat aku semua dia kenal and mesra.mastu tak usah cakaplah,memang bahagia,lebih-lebih lagi kalau ada family gathering.memang senang kalau bawak dia.

sampailah masa aku dapat offer untuk further study dekat UiTM.mula2 dia tak bagi aku pergi.dia kata nak tunang! oh damn,kenal 3,4 bulan apa kejadahnya aku nak tunang dengan kau kan?! so aku nekad,kata taknak.aku tetap nak belajar dulu.lagipun dia tak pernah bawak aku jumpa family dia lagi.tu antara sebab paling besar yang buat aku curious dengan dia selain dia selalu silent hp or pergi jauh dari aku kalau nak pick-up hp dia...jeng..jeng...jeng... *bermula adegan klimaks di sini*

actually kitaorang tak adalah loving couple sangat.aku je tau apa yang aku tanggung sepanjang hubungan tu.sebalik kebaikan dia tu,sebenarnya dia boleh dikatakan hot tempered jugak.selalu menengking2 aku.kalau contoh aku nangis,dia akan tengking kau sampai airmata kau tak mampu keluar lagi. and kitaorang xdelah all the times message or calling.dalam sehari boleh dikiralah berapa banyak je message2.alasan standard-busy.fine.sepanjang dengan dia,aku ok je dengan perangai dia.aku percaya bila dia kata dia busy.lebih2 lagi time dia balik kampung.kau call ke message ke jangan harap dia respons.mastu aku admit memang aku bodoh giler percaya je bulat2,xde jealous pun.since dari kecik,selalunya apa yang jadi or datang dalam mimpi-mimpi aku adalah petunjuk.seriously.and walaupun Tuhan tu banyak kali bagi petunjuk dekat aku,tapi aku cuma ignore je benda2 tu. *kerana cinta ku butakan mata*

so sampailah detik aku tengah nak study week.tetiba dia kata nak break.aku tanya kenapa,tapi xde jawapan.aku pun balik JB sebab pikir nak settle dengan dia.then jumpa punyalah lama,lepas dah berjam-jam desak baru dia cakap yang dia dah nak tunang.pffffftttt.....! aku pikir dia de couple lain lepas aku sambung study,rupanya dia dah 2 tahun lebih couple dengan perempuan tu.oh yes memang very the fuck! hukhuk mastu jangan cakap lah,memang down tahap gaban! dalam keadaan marah aku lontar gelang jed yang dia bagi pada aku straight kat muka dia.yang paling lahanat bila lepas tu dia hantar aku balik umah,dia boleh lagi stay tengok bola dengan papa and atuk aku,lepastu boleh plak mencekik kat umah aku.argghhhh!

so berakhirlah kisah kami.dan itulah adalah kali pertama aku down dalam relationship ni.mastu aku balik ke UiTM dengan perasaan yang memang hampeh giler.yelah dengan nak final for 1st sem,dengan kena dumped lagi.pergh memang perit.tapi kerana mama papa,aku kuatkan semangat.walaupun belajar-tutup buku jap-nangis-lap airmata-bukak buku balik akhirnya aku dapat jugak lepas final tu dengan pointer 3.35.syukur alhamdulillah... :')

jantan tu pun sekarang dah selamat jadi suami orang.and aku rasa dah jadi bapak orangpun kot.entah,akupun tak pasti.yang pasti aku tak pernah lagi terserempak dengan dia,kalau boleh memang tak nak pun terjumpa.dan walaupun sakit,tapi aku bersyukur Tuhan selamatkan aku dan beri aku kekuatan untuk lalui semua ni :)


mendapat tau kt adalah kekasih sandaran/kekasih gelap memang perit.
sakit yang maha amat.
tapi itu jauh lebih baik dari terus-terusan diperbodohkan.





Monday, July 30, 2012

mengimbau kenangan

arini adalah hari ke 10 Ramadhan.syukur alhamdulillah semakin hampir nampaknya kt semakin dekat dengan Syawal.kalau 3 tahun yang lepas menyambut Syawal dengan 2 keluarga dan orang yang tersayang,tahun ini nampaknya beraya bersama 1 keluarga sahaja.

3 kali kt beraya bersama.kau dengan keluarga kau selalu akan jadi antara tetamu terawal yang datang menziarah kami.bahagia.ya,bohonglah aq jika memori itu tidak membahagiakan buat aq - dulu.semuanya masih segar di ingatan aq.tapi aq cukup waras untuk belajar menerima kenyataan-kau sudah pergi. walaupun pemergian kau amat menyakitkan tapi sekurang2nya aq tahu Allah sayangkan aku.

kadangkala bila aq duduk sendiri,kenangan itu singgah.singgah dibirai mata macam mana kt puasa dan beraya bersama.tahun yang sudah merupakan tahun terakhir kt bersama.hari raya pertama kau bekerja.aku bekalkan kau dengan segala macam juadah untuk kau nikmati di tempat kerja.terasa lain benar perasaan aku masa tu bila kau menghulur tangan dan memohon maaf dari aku.ayat kau masih aku ingat.katanya kau terlalu banyak membuat salah pada aku.dari birai mata kau aku tahu kau sembunyikan sesuatu.tapi kerana dasar sayang,aku cuba tepis firasat yang Allah sudah beri.

akhirnya perbuatan curang kau disaksikan sendiri oleh abang aku.ketika itu masih di dalam bulan Syawal.kecewa,marah,malu hanya Allah yang tahu.aku tersentak.terfikir untuk apa lagi aku ingat segala kejadian yang menyakitkan ini?segalanya berlaku dalam bulan Syawal.bulan yang mana sepatotnya kt gembira dan bahagia bersama.

siapalah aku untuk menyalahkan takdir.aku tidak menghukum kau.entah aku sendiri kurang jelas sama ada ketika ini aku masih lagi benci atau marah atas segala perbuatan kau.cuma apa yang aku pasti,aku tak ingin kau.suara kau,kelibat kau malah jika boleh bayang kau pun aku xnak nampak.kerana cukuplah hati aku disakiti. 

aku masih disini.sendiri.tanpa kekasih hati.aku cuma punya keluarga dan dia.dia yang aku rasa berharga untuk hidup aku sekarang.tapi segalanya masih awal untuk aku gelar,"he's mine." untuk kau,aku tahu kau masih bersama perempuan itu.perempuan yang aku rasa macam nak ludah2 suatu masa dulu.tapi sekarang aku rasa aku patut berterima kasih jugaklah pada perempuan tu sebab sudi merampas kau dari aku.sbb aku tahu, asshole deserves to a bitch, right? :)

oh ya,sebelum aku terlupa.aku tahu lambat atau cepat kau pasti baca ini bukan?aku sukalah untuk ingatkan kau,just appreciate apa yang ada depan kau sekarang.hargailah masa2 terindah since korang masih ditakdirkan untuk bersama.usah mengharap maaf dari aku,kerana aku tak punya kuasa untuk memaafkan kau.cukuplah sekadar anggap tiada apa yang pernah jadi antara kt selama ni.please biarkan aku move on sendiri?kau hidup kau,aku hidup aku.jangan ganggu aku sepertimana aku tak pernah lagi ganggu hidup kau.


aku harap tiada siapa yang sakit dgn entri ini.kerna ia hanya sekadar kenangan.kenangan walaupun sakit,ia tetap kenangan.yang kelak mengajar kt erti sebuah kematangan dalam kehidupan.dan ini juga bukan bermakna aku rindu.jauh sekali sayang.cuma,mengimbau atau erti kata lain - teringat.



kalau bisa saja aku mampu untuk delete segala tentang kau,
aku buat.
kerna aku sayang hati aku.
dan aku tak mahu terluka lagi. 


Friday, March 16, 2012

41 hari, 28 hari yang terindah

assalammualaikum...
dalam hidup ini kt akan berhadapan dgn byk benda yg kt xjangka.terlalu banyak apa yg kt rancang pasti akan musnah jika Allah tidak mengizinkan ia berlaku.sebagai seorang perempuan,aq masih bersyukur di beri kekuatan sebegini hebat.kekuatan dalam menghadapi perpisahan seperti sudah menjadi satu kelalian pada aq.

aq cuba tersenyum dan ketawa utk melindungi apa yg tersirat di sebalik hati yang rapuh ini.biarlah Allah saja yang melihat betapa aq hanya seorang hamba yg lemah.biarlah Allah saja yg tahu betapa aq sebenarnya sedih dalam menghadapi semua ini.

aq terpaksa menunjukkan seperti tiada apa yg berlaku...kerana apa lagi yg aq mampu lakukan selain redha dgn takdir ini?apa yg aq korbankan ini,Allah tahu.Allah nampak.dan aq hanya yakin di masa hadapan pasti Dia akan memberi ganjaran buat aq.cuma mungkin masa belum tiba.

utk yg lain nya,aq mohon maaf jika aq terpaksa menipu kalian selepas ni.apa yg jd,biarlah terus menjadi rahsia antara kami.cinta dan sayang akan terus berada di hati ni.segala kenangan pasti akan dikenang selagi diri ini masih bernafas.kau adalah lelaki yang jujur dan terbaik yg pernah muncul dalam hidup aq.dan seikhlas hati,semoga Allah memberi yg terbaik utk dia selepas ini.


41 hari mencipta kenangan bersama,
28 hari melakar kebahagian bersama,
dan ianya merupakan antara kenangan paling terindah dalam hidup aku.



cinta bukan bergantung kepada satu tempoh masa.
tp ianya lebih kepada tentang perasaan yg dialami oleh 2 orang yg saling menyayangi.
hanya kt tahu betapa kt masih dan mungkin akan terus menyayangi antara 1 sama lain.
namun,takdir xmengizinkan utk kt terus bersama.


TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA SEKURANG2NYA ENGKAU PERNAH MENEMUKAN AKU DENGAN LELAKI YANG BENAR2 IKHLAS.


Monday, February 20, 2012

18 FEBRUARI 2012

sesungguhnya apa yg terjadi sekarang ini terlalu pantas.segalanya bermula bilamana aq bekerja di sini.mulanya aq sendiri pun tak tahu kenapa semangat aq kuat untuk bekerja di sini.dan yes,aq berjaya kerja kat sini.hari pertama aq masuk kerja rupanya ada 2 org lagi budak baru masuk.

hari keberapa kerja ktorg dah ngam.dari rajin bertweet sampailah hari dia mintak no hp aq.mmg pelik sebab ktorg kerja satu tempat and akan mesej lepas balik kerja.like seriously, aq sendiri pun macam pelik,knp mamat ni kata,"kalau free nnt,msg2lah aq.aq bosan ni". bukan aq xtahu dia dah de girl.tp niat aq ikhlas cuma berkawan.sama mcm mana aq ikhlas kawan dgn yg lain.

dalam masa 2 minggu ktorg kenal banyak sgt dh cerita yg ktorg shared.and baru aq tahu apa problem dia dengan girl dia.sebagai kawan,aq sentiasa cuba bg nasihat yg terbaik utk dia.lps tu our company buat family day dekat Felda Residence.and aq pergi naik keta dia,tp bkn berdua je,de lagi member ktorg dgn wife dia sekali.time bdk2 office tahu aq pergi dengan dia,time tu diorg dh mula pikir yg ktorg ni scandal! tp pada aq senang je.ktorg kawan n xbuat pe2 pun yg melibatkan kerja.so lantak diorg lah kan nk ckp pe.itulah yg payahnya persepsi orang kita ni.bila rapat sikit je dah kata scandal lah,couple lah...pdhl ktorg kawan je.

ok,satu mlm masa dekat family day tu dia cakap yg dia mula suka aq.and yes aq admit yg aq pun sukakan dia.sbb aq selesa kawan dgn dia.esoknya dia cakap dia dh lepaskan girl dia.mmg aq terkejut tp itu keputusan dia.and pd aq semua org berhak buat keputusan sendiri.yang penting buat apa2 kena ikhlas.

starting on that day,mmg ktorg makin rapat.sepanjang family day tu benda paling bermakna bila ktorg lepak tepi pantai sama2.berborak.time tu mmg aq rasa tenang sangat.dia hormat aq sama mcm mana member2 lelaki aq hormat aq.

18 FEBRUARI 2012 adalah hari di mana dia declared aq as a couple.memang apa yg berlaku ni sukar nak ditafsirkan dgn kata2.mungkin orang pelik psl ktorg baru je kenal tp dah boleh falling in love.aq sendiri pun xjangka yg aq bleh accept lelaki lain sekarang ni.tp aq yakin ini adalah takdir Allah.takdir yg dah temukan ktorg kat sini.

aq tak minta banyak dari perhubungan ini.aq tak pasang harapan terlalu tinggi utk hubungan ini.cuma aq berharap dia ikhlas menyayangi aq dan dia akan jujur dan setia dgn aq sepanjang perhubungan ini.yang lain tu biarlah Allah yg tentukan.


love, if u read this i want u to know that 
i'll love u as long as you'll love me.
terima kasih Allah utk segala perasaan indah ini :')

Wednesday, January 25, 2012

ikhlas dari hati

inilah adalah memori2 terakhir kami :

raya kali ketiga kami bersama,2011

I-City,masa malam sebelum aq konvo.

gambar terakhir dia yg aq amik,aq xsempat msukkn dlm laptop.ada kat hp,tp aq dh delete pun.td sebelum aq block dia kat fb,aq tgk wall dia.yes,dia still dgn that girl.lepas apa yg jadi,sumpah aq xpernah langsung berharap yg ktorg akan together balik.sebab benda tu xmungkin jadi.percaya xkalau aq cakap,gambar dia still de dlm purse aq?aq sendiri pun xperasan sbnrnya. cuma dh beberapa hari ni,aq terasa mcm dh sampai masa aq kuarkan gambar tu.mastu aq de bukak blog dia. blog dia mmg dh xpernah update.tp syukurlah dia xdelete blog tu.sebab blog tu adalah kenangan indah yg aq yakin setiap butir perkataannya lahir dr hati dia yg ikhlas.ye,aq yakin tu.dan aq juga tau,dia xmungkin update apa2 lg dalam blog tu.airmata yg mengalir skrg ni cumalah airmata kesyukuran melihat dia bahagia sekarang ni.mungkin aq bodoh sbb aq masih mmbazir airmata utk dia.tp aq bukan malaikat.aq hanya perempuan biasa yg masih terlalu fragile hatinya.aq melangkah pergipun pd mulanya atas desakan dia.dia yg mintak aq tinggalkan dia.ye,mana mungkin aq lupa benda tu.

aq xtau sama ada dia masih ingat blog aq ni ataupun x.aq xharap pun dia akan baca semua ni.apa yg ditulis kat sini adalah ikhlas dari hati aq.terus terang aq cakap,sampai saat aq tulis entry ni,gambar2 ktorg still ada dlm laptop ni.ianya sekadar kenangan.bukanlah bermakna hari2 aq dok tgk gmbr2 tu.aq cuma syukur sekurang2nya kami pernah membahagiakan antara satu sama lain.kadang2 memang btol apa yg org ckp,'melepaskan org yg kt sayang pergi dan kemudian melihat dia bahagia walaupun bersama org lain adalah suatu pengorbanan yg trlalu mulia untuk sesama manusia' :')

ramai org ckp pada aq,"aq deserved someone better".ye aq tahu.tp skrg ni aq sedang pulihkan jiwa aq sendiri.bertahun2 aq hidup dengan mcm2 lelaki.ada yg hanya 'singgah' 2 minggu,ada yg berbulan2,dan dia adalah yg bertahun2 bersama aq.sejak aq belajar bercouple,aq mmg tllu banyak korbankan jiwa aq.aq yg seksa jiwa aq.so sekarang ni masa utk aq belajar sayang diri aq sendiri,sebelum aq buka pintu hati aq balik utk mana2 lelaki.jujurnya,aq berdoa agar selepas ini andai wujud lelaki dalam hidup aq,biarlah lelaki itu yg terakhir buatku.biarlah lelaki tu lelaki yg boleh memimpin ku ke jalan yg diredhai-Mu.

aq terlalu sayang diri aq sekarang ni.sbb tu biarlah aq tutup pintu hati aq buat mana2 lelaki buat masa ni.untuk apa aq menerima lelaki yg cuma mahu aq sementara waktu?aq tidak perlu lelaki mcmtu.bila hidup sorang mcmni betol2 jadikan aq wanita yg kuat.bila penyakit lazim aq dtg,awl2 aq akan telan pain killer n sapu minyak siap2.klu dulu,nk tunggu bersuruh baru buat.klu aq lapar,aq tros buat mknn yg patot or kuar cari mknn.klu aq rasa sunyi,aq dgr lagu kuat2.klu aq rindu,aq pejam mata,selawat,aq menangis and aq doa supaya Allah kuatkan semangat aq.kemudian aq bukak mata,aq istighfar byk2. bila aq kuar bli barang,aq akan amik kesempatan jln sorang2 and bli apa yg akan happy kan aq.sbb klu dulu,aq xboleh kuar sorang.dia xprcaya klu aq merayap sorang2.skrg,aq bebas :)

aq br tau psl bnde ni- KALAU TTBE KT INGATKAN SOMEONE SAMPAI TTBE KT NANGIS,MAKNANYA ORG TU NGAH SEBUT2 KT AND RINDU KAT KT

*melepaskan keluhan*
ya Allah besar sungguh ujian mu.namun besar juga hikmah yg kau sembunyikan.andai takdir hidup aq adalah berseorangan,aq redha.cuma izinkan aq utk membahagiakan kedua org tua ku.izinkan aq utk berbakti pd mereka sebelum kau mengambil ku pulang ke sana.aq bersyukur kerana kau telahpun menunaikan satu impian mereka,iaitu melihat ku belajar di universiti,melihat ku lulus dan menjadi seorang graduan.terima kasih Allah beri aq keluarga ini.kau beri aq kekuatan yg mana mungkin aq beli dimana-mana.

buat dia.walaupun mustahil dia bukak ruangan ini,tp seandainya satu ketika kelak Allah menggerakkan hatinya,aq cuma mahu dia tau,aq senang melihat kebahagian dia.cuma berubah lah utk masa depanmu.sbb cinta yg didorongi nafsu hanya sia-sia.hidup yg menuruti bisikan sang iblis cuma akan memusnahkan kau suatu masa nanti.percayalah.aq sendiri pun bukanlah mulia mana.tp aq bersyukur aq tidak pernah mengambil benda2 yg membuat ku khayal.



aq cinta diri aq.
ikhlas, ZANEERA.

Sunday, December 11, 2011

pengakhiran kisah cinta aku dan dia

assalammualaikum.
sudah terlalu lama tidak menulis di ruangan sendiri.sebenarnya terasa malu utk bercerita,untuk berkongsi sebuah kesakitan yang aq sedang tanggung ni.rakan2 yang mengikuti perkembangan aq di facebook sumenya pasti sudah tahu apa yg berlaku antara aku dan dia.kenapa aq katakan malu adalah kerana cinta yg sepatotnya berakhir dgn perkahwinan akhirnya berkecai macam tu saja.terlalu lama aq menyemai cinta itu.menyayangi dan mencintai dia.mungkin apalah sangat tempoh 2 thn 3 bulan itu pada orang lain,tp itu adalah tempoh paling lama aq berhubungan dengan seorang lelaki.

tentang apa yg aq cakap td,'akhirnya berkecai macam tu saja'--ia sebenarnya tidaklah macam tu saja.sebab setiap apa yg berlaku dalam hidup kt ada puncanya.ok first sebab pengaruh sesuatu benda yg haram.bila benda haram masuk dalam badan kt,setan jadi semakin senang nk pengaruh kt.bila mula amik benda bkn2,kepala dh high,nk fikir secara waras pun payah kan?then ditambah pula berkawan dan rapat dgn manusia2 yg sama line.mulalah seronok sampai lupa syurga neraka.

kedua,dalam hidup ni mmg macam2 perangai manusia kt akan jumpa.termasuklah sebilangan mereka2 yg gemar mengambil hak orang lain.ok,aq sendiri ramai bestfriends lelaki.rapat jenis yg boleh bertepuk tampar,share air,share makanan, yg boleh gurau 'blue' tp xde sampai niat nak lebih.sekadar kat mulut je.lebih2 lagi klu kwn2 aq tu dh de girl.mmg aq tau jaga batas2.tp bila kepala dah high,dapat lak perempuan2 murah yg sampai tahap boleh berkawan sangat rapat dan bergadai body,mmg peluang untuk menjadi syaitan bertopengkan manusia tersangatlah cerah.

ketiga,manusia memang terlalu mudah lupa diri.xpayah nk hipokrit lah.aq sendiri pun mengaku kadang2 aq seolah2 terlupa tunaikan 5 waktu tu...and dia jadi manusia yg lupa diri sebab dia dh mula melangkah ke satu tahap kehadapan dalam kehidupan dia .yelah dari xde pe2 dalam hidup,then dapat kerja,beli kereta.jadi dia mula lupa masa2 susah dia.lupa masa2 sakit dia.

aq jadi manusia yg bongkak kalau aq kata aq x ingat dia lagi sekarang ni.aq ingat.aq masih ingat semua2 kenangan ktorang.tp terus terang,dalam setiap sujud,aq merayu agar Allah luputkan dia dr hati dan ingatan aq.sebab setiap kali aq teringat apa saja berkenaan dia,aq sedih.aq sedih sbb org yg aq syg sepenuh hati aq tiba2 boleh berubah mendadak sebegitu rupa.bukan aq xcuba utk lupakan dia.tp benda tu mcm tiba2 je muncul dalam otak aq.kdg tengah aq kerja,terlintas perkara2 yg ada kena mengena dgn dia.aq cuba utk kuatkan semangat aq.tp bukan mudah.aq belom lagi berputus asa,dan aq harap,aq xkan berputus asa.

untuk dia,semoga satu hari nnt dia bertaubat.ye,aq harap dia sempat bertaubat sebelum Allah menjemputnya.bukan utk hubungan ktorang,jauh sekali utk aq.kerana seandainya dia berubah sekalipun mana mungkin family aq dapat terima balik lelaki mcm tu.tp aq mohon agar dia berubah utk diri dia sendiri.sampai bila mahu menjadi macam tu?

bg diri aq,secara peribadi,jujur aq katakan sekarang ni aq fobia.aq takut untuk mengenali lelaki.ape ntah lagi untuk membuka hati untuk lelaki.dalam fikiran aq sentiasa berfikir,lelaki yg sudah rapat dgn keluarga aq,yg sudah sama2 korbankan pelajaran masing2 konon2nya untuk mengejar suatu masa depan..sanggup berubah sebegini rupa,apa ntah lelaki yg aq belom tahu hati budinya.aq takot berhadapan kegagalan lagi.bukan aq cuba lari tp aq rasa,biarlah masa yg tentukan segalanya.aq tidak mahu terlalu berharap pada lelaki.jika sudah tertulis,kelak aq akan berjumpa lelaki yg benar2 menyayangi ku,aq terima.tp bukan dalam masa terdekat ni.
aq penat berharap.penat memasang impian.

aq redha dengan ujian ini.aq sangat yakin Allah sayangkan aq,kerana itulah dia selamatkan aq.utk kawan2 yg tidak putus2 memberi semangat,nasihat,terima kasih sangat2 aq ucapkan.semoga Allah sayang kamu juga :')

Saturday, November 19, 2011

sejenak ku teringat

lelaki : please bg masa dekat abg.abg sygkan awk.tp abg perlukan masa.
perempuan : means kt breaklah?
lelaki : kt xbreak.tp klu dalam masa kt xcontact,ada lelaki yg lebih baik dr abg,awk pergilah dekat dia.
perempuan : berapa lama abg perlukan masa?
lelaki : itu abg xberani janji.mungkin a few days,mungkin berminggu,tp paling lama 3 bulan.kt still couple tp xpyh lah kt call or msg each other.

hari demi hari aku nanti.aku tunggu ko di sini.setia.yes,SETIA.sampai lah hampir berlalu tempoh 3 bulan.dalam masa 3 bulan tu hanya Allah tahu macam mana aku merana.pernah juga beberapa kali aku gagal mengawal perasaan.aku call dia.dia angkat.tp dingin.paling 'best',dia tetiba letak and off terus hp.hmm,airmata ajalah teman aku time tu.3 bulan tu kebetulan tengah cuti sem,so aku berharap cepatlah cuti aku berakhir supaya cepat aku boleh jumpa dia dekat u.so,naik je sem ktorang jumpa dekat library.masih aku ingat time tu betapa aku gembira dia nk jumpa aku.dalam otak aku hanya terpikir,BAHAGIA.

dipendekkan cerita,aku check hp dia.adalah beberapa messages dengan satu nama yg aku xpernah tahu.'papa' 'mama' lagi beb.gempak ayat2 cinta mereka! aku mintak penjelasan.yes,diorang dah couple.'best' kan reward yg aku dapat lepas 3 bulan aku bodoh2 tunggu jantan tu?tibe masa aku kena tinggal.memang BODOH lah aku tunggu dia! bila aku nangis,dia cakap aku deserve utk somebody else.and paling aku xboleh lupa dia kata,"kan dah cakap jangan tunggu i?" sial bukan?


**************************************

percaya x kalau aku cakap benda ni jadi balik dekat aku? ntah lah,aku jadi fobia.bohong lah kalau aku tak sedih.kalau bab2 ni aku memang hipokrit.sebolehnya aku takkan nampakkan kesedihan aku,especially time waktu kerja and depan family aku.aku cuba tersenyum utk mereka2 walaupun kat hati hanya Allah tahu betapa aku sedang terluka.aku tak tahu apa takdir aku.aku tak tahu sama ada aku kuat atau xtanggung semua ni.yang aku tahu,aku KENA jadi kuat!

mungkin perkara yang sama akan berulang.DIA mungkin akan pergi tinggalkan aku jugak.aku tahu tu.




sesungguhnya aku masih cinta.

Saturday, August 13, 2011

bila makin lama couple mcm2 dugaan yg kt kena hadap.yelah bukannya sikit2 cerita aq dgr,couple bertahun2 tapi last2 putus jugak.2 tahun hampir berlalu.cepat betol masa berlalu.dan setiap hari yg aq lalui sekarang aq harap aq akan dapat 'rasa' perasaan yg aq pnh rasa masa mula2 ktorg nk couple dulu.



perasaan indah itu memang cepat berlalu
perasaan suram ni entah bila akan berakhir.
LISA.satu nama yg mungkin akan jd pghancur kami.