"MAAFKANLAH."
dalam menjalani kehidupan seharian,pasti akan ada yang menyakiti hati kt sebagaimana kt selalu menyakiti hati orang lain.itu lumrah dan hakikat.jadi tak ada siapa boleh nafikan.lepas membaca artikel itu,terus terang aku katakan terdetik dalam hati aku tentang sesuatu kejadian.
bulan November ni genap lah setahun kejadian tu berlalu dalam hidup aku.kejadian yang mana terlalu sakit untuk diingati.jiwa aku kosong.aku tak pasti dengan kondisi diri aku sendiri.ya aku tahu bila kt asik teringat dengan kesakitan yang orang buat dekat kita,kita sebenarnya sedang mencipta kebencian dalam hati kita sendiri.sebab tu aku ambil jalan mudah untuk melupakan.
dan bila aku baca article tu,terus banyak persoalan yang timbul dalam hati aku.
aku : adakah hati aku masih sakit? -ya.
aku : adakah aku masih mengharap? -tidak sama sekali.
aku : adakah aku merindui dia? -tidak.
aku : adakah aku membenci? -kurang pasti.
aku : andai sesuatu buruk berlaku pd dia adakah aku akan sedih? -kurang pasti.
aku : andai ia berlaku,adakah aku datang melawat? -tidak perlu.cukup mendoakan.
aku : adakah ingin berjumpa walaupun utk terakhir kali? -tidak sama sekali.
kemudian aku tanya diri aku, adakah aku sudah bersedia untuk memaafkan? aku tidak pasti.dan sejujurnya apa yang terlintas difikiran aku,adakah kerana aku belum memaafkan dia,aku seolah2 susah nak mengejar bahagia aku...?
disaat bahagia sudah aku temui ada dugaan yang datang sehingga terpaksa dikorbankan hati dan perasaan.dan bilamana aku sudah menyayangi seseorang masa nya mungkin belum tepat...ya Allah,payah rupanya nak mengecapi bahagia.
Allahu ya Rabbi,bantulah aku mencari jawapan yang tepat.
bukakanlah pintu hati aku untuk memaafkan mereka2 yang telah menyakitiku.
temukanlah aku dengan sinar kebahagiaan yang ku cari selama hayat masih ada.