inilah adalah memori2 terakhir kami :
raya kali ketiga kami bersama,2011
I-City,masa malam sebelum aq konvo.
gambar terakhir dia yg aq amik,aq xsempat msukkn dlm laptop.ada kat hp,tp aq dh delete pun.td sebelum aq block dia kat fb,aq tgk wall dia.yes,dia still dgn that girl.lepas apa yg jadi,sumpah aq xpernah langsung berharap yg ktorg akan together balik.sebab benda tu xmungkin jadi.percaya xkalau aq cakap,gambar dia still de dlm purse aq?aq sendiri pun xperasan sbnrnya. cuma dh beberapa hari ni,aq terasa mcm dh sampai masa aq kuarkan gambar tu.mastu aq de bukak blog dia. blog dia mmg dh xpernah update.tp syukurlah dia xdelete blog tu.sebab blog tu adalah kenangan indah yg aq yakin setiap butir perkataannya lahir dr hati dia yg ikhlas.ye,aq yakin tu.dan aq juga tau,dia xmungkin update apa2 lg dalam blog tu.airmata yg mengalir skrg ni cumalah airmata kesyukuran melihat dia bahagia sekarang ni.mungkin aq bodoh sbb aq masih mmbazir airmata utk dia.tp aq bukan malaikat.aq hanya perempuan biasa yg masih terlalu fragile hatinya.aq melangkah pergipun pd mulanya atas desakan dia.dia yg mintak aq tinggalkan dia.ye,mana mungkin aq lupa benda tu.
aq xtau sama ada dia masih ingat blog aq ni ataupun x.aq xharap pun dia akan baca semua ni.apa yg ditulis kat sini adalah ikhlas dari hati aq.terus terang aq cakap,sampai saat aq tulis entry ni,gambar2 ktorg still ada dlm laptop ni.ianya sekadar kenangan.bukanlah bermakna hari2 aq dok tgk gmbr2 tu.aq cuma syukur sekurang2nya kami pernah membahagiakan antara satu sama lain.kadang2 memang btol apa yg org ckp,'melepaskan org yg kt sayang pergi dan kemudian melihat dia bahagia walaupun bersama org lain adalah suatu pengorbanan yg trlalu mulia untuk sesama manusia' :')
ramai org ckp pada aq,"aq deserved someone better".ye aq tahu.tp skrg ni aq sedang pulihkan jiwa aq sendiri.bertahun2 aq hidup dengan mcm2 lelaki.ada yg hanya 'singgah' 2 minggu,ada yg berbulan2,dan dia adalah yg bertahun2 bersama aq.sejak aq belajar bercouple,aq mmg tllu banyak korbankan jiwa aq.aq yg seksa jiwa aq.so sekarang ni masa utk aq belajar sayang diri aq sendiri,sebelum aq buka pintu hati aq balik utk mana2 lelaki.jujurnya,aq berdoa agar selepas ini andai wujud lelaki dalam hidup aq,biarlah lelaki itu yg terakhir buatku.biarlah lelaki tu lelaki yg boleh memimpin ku ke jalan yg diredhai-Mu.
aq terlalu sayang diri aq sekarang ni.sbb tu biarlah aq tutup pintu hati aq buat mana2 lelaki buat masa ni.untuk apa aq menerima lelaki yg cuma mahu aq sementara waktu?aq tidak perlu lelaki mcmtu.bila hidup sorang mcmni betol2 jadikan aq wanita yg kuat.bila penyakit lazim aq dtg,awl2 aq akan telan pain killer n sapu minyak siap2.klu dulu,nk tunggu bersuruh baru buat.klu aq lapar,aq tros buat mknn yg patot or kuar cari mknn.klu aq rasa sunyi,aq dgr lagu kuat2.klu aq rindu,aq pejam mata,selawat,aq menangis and aq doa supaya Allah kuatkan semangat aq.kemudian aq bukak mata,aq istighfar byk2. bila aq kuar bli barang,aq akan amik kesempatan jln sorang2 and bli apa yg akan happy kan aq.sbb klu dulu,aq xboleh kuar sorang.dia xprcaya klu aq merayap sorang2.skrg,aq bebas :)
aq br tau psl bnde ni- KALAU TTBE KT INGATKAN SOMEONE SAMPAI TTBE KT NANGIS,MAKNANYA ORG TU NGAH SEBUT2 KT AND RINDU KAT KT
*melepaskan keluhan*
ya Allah besar sungguh ujian mu.namun besar juga hikmah yg kau sembunyikan.andai takdir hidup aq adalah berseorangan,aq redha.cuma izinkan aq utk membahagiakan kedua org tua ku.izinkan aq utk berbakti pd mereka sebelum kau mengambil ku pulang ke sana.aq bersyukur kerana kau telahpun menunaikan satu impian mereka,iaitu melihat ku belajar di universiti,melihat ku lulus dan menjadi seorang graduan.terima kasih Allah beri aq keluarga ini.kau beri aq kekuatan yg mana mungkin aq beli dimana-mana.
buat dia.walaupun mustahil dia bukak ruangan ini,tp seandainya satu ketika kelak Allah menggerakkan hatinya,aq cuma mahu dia tau,aq senang melihat kebahagian dia.cuma berubah lah utk masa depanmu.sbb cinta yg didorongi nafsu hanya sia-sia.hidup yg menuruti bisikan sang iblis cuma akan memusnahkan kau suatu masa nanti.percayalah.aq sendiri pun bukanlah mulia mana.tp aq bersyukur aq tidak pernah mengambil benda2 yg membuat ku khayal.
aq cinta diri aq.
ikhlas, ZANEERA.


