Monday, March 31, 2014

mama part 1

hampir 2 minggu selepas pembedahan mama. syukur alhamdulillah everything goes well.
semua berlaku terlampau pantas. 6 hari mama admitted dekat Puteri Specialist. syukur Tuhan beri aku kudrat teman mama kat hospital sepanjang 6 hari tu. 
18 Mac 2014-- di dalam bilik doktor, aku dan abang setia temankan mama. lab test result was announced. mama 100% confirmed breast cancer. stage 3. doctor bagitau yang mama kena proceed with an operation. dan sedia maklum kitaorang 1 family sebenarnya sudah sedia nak terima berita ni sejak 2 minggu sebelum lab test result keluar. saat doktor bagitau aku jadi terlampau rapuh. airmata terus jatuh. tapi mama kuat. dia mampu tersenyum walau dengan airmata bergenang. 

19 Mac 2014--jam 8.30 pagi mama masuk bilik OT. aku, abang dengan kak yien hantar mama sampai pintu masuk bilik OT. aku terus tak mampu tahan lagi perasaan. terus peluk kak yien dan lepaskan segala tangis aku. kesian papa. dia tak sempat sama2 hantar mama sebab mula2 doktor kata mama 2nd case tapi tiba2 dia buat 1st case. jadi masa dipercepatkan. bila keadaan dah reda. abang ajak aku turun beli air. Kuasa Allah temukan kami dengan seorang kenalan yang pernah operation breast cancer 12 tahan yang lalu. macam-macam tips dia share pada kitaorang. lepas borak kitaorang naik semula. abang pergi solat hajat. aku duduk sorang menanti depan bilik OT. tak lama lepas tu papa datang. dengan mata yang bengkak. aku tahu dia nangis tapi tak ada 1 titik pun airmata dia yang mengalir depan kitaorang. papa memang kuat. sekitar jam 11.30 pagi mama diusung keluar. alhamdulillah pembedahan selamat.

24 Mac 2014--selepas 6 hari mama dibenar keluar. sepanjang di hospital memang bilik mama dipenuhi saudara mara dan kawan. kesian jugak aku tengok mama tak cukup rest. darah mama pun naik nampak gayanya sampai kena ambik ubat darah tinggi. urusan discharged selesai sekitar jam 5.30. mama menangis waktu sampai di rumah. rindu suasana rumah katanya. condition mama alhamdulillah ok.


 27 Mac 2014--mama pergi check up dengan 2 doktor. hari bukak jahitan. alhamdulillah tak sakit kata mama. aku tak dapat teman mama. so mama pergi dengan abang. doktor kata jahitan mama bersih. tak ada nanah dan kering. as a result mama kena kimo. sebab hasil dari ujian yang aku tak pasti namanya, 8 dari 12 sel ada cancer. maka kimo adalah jalan terbaik untuk mematikan cancer. tarikh kimo akan diberitahu kelak. doktor yang kedua (doktor yang monitor darah tinggi) puji mama sebab mama tak macam orang sakit. muka ceria. langsung tak pucat. darah tinggi makin ok. syukur. next week kena datang untuk check up lagi.

sejak mama sakit, baru aku rasa tugas seorang 'ibu' di rumah. baru aku rasa betul-betul tanggungjawab. masuk malam ke 4 kat hospital pinggang aku dah sakit. mungkin sebab 3 hari berturut-turut tidur atas kerusi malas. aku gagahkan keringat yang ada demi pastikan teman dan jaga mama dekat hospital. paling aku bersyukur sebab bila semua ni jadi aku dah tak bekerja di company lama. dekat sini, bila hal-hal emergency macam ni aku cuma perlu message boss untuk inform. bila aku naik kerja pun tak delah boss nak tarik muka ke apa. sebab dia paham condition kita. entah macam mana gaknya kalau masih kerja di company lama...hmmmmmm



terima kasih buat mereka-mereka yang sudi memanjangkan doa buat kami sekeluarga.
terima kasih buat yang datang berkunjung. yang called menanya khabar.
walaupun ada perasaan terkilan bilamana ada seorang dua kawan yang cukup rapat langsung tak menitip khabar. walhal rumah cuma tak sampai 5 minit dari rumah aku. dan aku percaya di zaman internet, kita boleh guna macam2 application untuk sekurang2nya text. tapi??? *senyum* tak apalah. ada ramai lagi kawan-kawan yang aku perlu jaga hati mereka. aku rasa terharu sebab aku ada 'Geng Budak Joho & Kak Long' yang selalu ada dengan aku walaupun mereka jauh dari aku.
terima kasih ya Allah.

Friday, March 14, 2014

cuak


pernah dengar iklan pasal cerita ini? aku sendiri pun kurang pasti cerita ni filem ke atau telemovie. aku sebenarnya tertengok cerita ni.
CUAK-- berkisar tentang perasaan takut nak berkahwin dan kehidupan selepas berkahwin. ini sebab ada kawan-kawan yang tak percaya pada perkahwinan.story line yang best pada aku. cuma ada certain plot yang macam agak slow dan dull.

bercakap pasal perkahwinan kadang-kadang memang gerun. lebih-lebih lagi kalau kita kaitkan dengan hilangnya perasaan suwit muwit selepas beberapa tahun perkahwinan. for me, tak kiralah hidup berumahtangga ke hidup bujang ke akan ada masanya kita rasa macam bapak bosan dengan rutin. tapi apalah sangat kan choice yang kita ada? tapi bukan bermakna kita kena terus hidup dalam kebosanan. semua orang dalam dunia ni berhak untuk rasa bahagia. cuma kadang-kadang bila kita stress kita jadi buntu nak cari jalan bahagia.

memilih hidup dengan orang yang kita sayang pada aku adalah klimaks dalam sebuah kehidupan.kenapa? sebab masa tulah kita decide nak berkongsi almost everything dengan orang lain. dari benda remeh sampailah benda yang serious. contohnya lah kan,macam aku dah biasa dari kecik tidur sorang.kadang-kadang bila nenek tidur dengan aku pun aku dah rasa macam tak bebas. lagi-lagi aku ni jenis yang suka tukar-tukar posisi tidur.hari ini kepala belah lain.esok belah lain pulak.dan terpikir jugak aku,"nanti dah kahwin tak rasa sempit ke ek?" dan aku pun dah bagitau awal-awal dengan si Dia, "i ni kalau tido memang akan tukar-tukar posisi tau" .lepastu dia pun rasa pelik dengan aku. +____+

dalam cerita Cuak ni jugak ada ketengahkan isu kenapa lepas kahwin je mesti perempuan dari hot terus jadi selebet? yang lelaki pulak terus jadi macam lembu cucuk hidung. sampaikan masa dengan kawan-kawan pun dah tak happy macam sebelum kahwin. is that marriage thought us to changed our personality?? dan atas sebab macam ni ke yang buatkan marriage life tu membosankan????
oleh sebab cerita ni dah timbulkan isu ni,jadi dia huraikan---sebagai orang luar kita cuma nampak luaran.mungkin pada kita hidup macam tu 'membosankan' tapi pada tuan empunya diri sebenarnya diorang rasa, "it's ok and like seriously i'm just happy with my marriage life".
sebab tu aku rasa pelik kalau ada orang yang jenis dah kahwin,dah ada anak tapi masih lepak kat mamak sampai lewat malam almost every night.jangan ingat lelaki je macam tu.perempuan pun ada je.ada pulak yang laki bini syok pergi honeymoon berdua tapi anak tinggal kat umah mak bapak. well hello,kau rasa anak kau tu membebankan sangat ke sampai kau seronok bersukaria sampai sanggup tinggalkan anak??! kalau rasa belum ready nak ada anak kau tak payah lah beranak dulu. 

kesimpulannya, marriage life tu bukan something yang kita perlu takutkan. just chill. and love your partner as much as you can! ;)