seorang kawan berkongsi cerita tentang kisah cinta dia yang baru berakhir minggu lepas. hampir 2 tahun rasanya dia pendam rasa. terus terang aku memang bukan jenis kawan yang hipokrit. aku jenis yang suarakan pendapat aku dengan seikhlas mungkin. aku memang tak reti nak bagi ayat-ayat poyo macam kalau jantan tu jenis yang tak boleh pakai tapi aku still advise member aku untuk stay.
so dari apa yang dia kongsi, aku pun tak tahu macam mana kawan aku tu boleh tahan macam tu sikit punya lama. selalunya kalau sebagai perempuan, boyfriend kita ada perempuan lain selepas kita pada aku itu cliche. tapi beza dengan cerita member aku ni, dimana dia yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan tu. sejujurnya aku pun tak tahu sama ada patut klasifikasikan member aku tu sebagai perampas ataupun tidak. dekat sini aku rasa patut salahkan lelaki tu dulu. sebab utama, aku rasa dia cuma perlukan member aku sebab dia hidup merantau dekat jb ni. dan awek dia yang pertama ada dekat kampung. jadi sebab dia tak nak rasa sunyi hidup kat jb ni that's why dia nak ada perempuan. nak ada someone yang really take care of him. sebab kedua mungkin bila dah terlampau lama dengan awek dia yang pertama jadi dia mungkin dah tak ada feel, cuma dia rasa tak boleh lepas. typically, selalunya ada satu sebab je yang buat lelaki tak boleh lepaskan perempuan. tapi dari apa yang member aku cerita, lelaki tu kata dia tak ada sentuh awek dia yang first tu. Allahu alam.
aku mungkin tak kenal lelaki tu personally. tapi pada aku dia bongkak. sebab dia tak nak hilang dua-dua girlfriends dia. and what the hell kan?! aku cakap kat member aku suruh bagi kata putus kat lelaki tu. pilih salah sorang. member aku cakap dia sayang dua-dua and tak boleh nak lepas dua-dua. even time lelaki tu balik kampung pun, dia akan text and call member aku ni macam biasa. dan member aku tahu dekat kampung dia confirm jumpa perempuan tu. DENG!
member aku dah amik keputusan untuk tinggalkan lelaki tu. dan aku harap keputusan dia tu akan kekal. for me, kita semua berhak untuk bahagia. untuk apa ada pasangan kalau tak membahagiakan isn't it?
apa yang indah yang dilihat oleh orang luar takkan pernah sama dengan apa yang tuan punya badan rasa.
till then.