Monday, January 20, 2014

kematian

15 JANUARI 2014.
perginya seorang lagi atuk. dan kini aku cuma punya 2 orang nenek.
kematian memang tidak dijangka.
dan aku tidak diberi kesempatan untuk bersama dengannya sewaktu dia nazak. atau mungkin waktu-waktu yang ada sebelum malaikat maut mengambilnya aku sendiri yang mengelak untuk meluangkan sedikit waktu buat dia?

waktu kecil ku memang banyak dirumah arwah dan nenek. kadang-kadang lagi betah duduk di rumah nenek berbanding di rumah sendiri. kerna dirumah nenek aku punya adik2 sepupu. aku rasa bangga jadi Kakak sedara paling sulung. *ceh padahal bila mama tanya nak adik ke tak aku confirm jawab tak nak :P*

dengan modal sebanyak RM2000 yang atuk bagi pada papa, bisnes mereka bermula. dan papa berjaya kekalkan produk dia sampai sekarang. syukur. jika dibanding dengan sesetengah orang yang sampai berhutang berpuluh ribu untuk running bisness dan end up kecundang sbb tak ada killer food.

berbalik cerita arwah atok. masa aku sekolah tadika dulu atuklah yang akan hantar aku pergi sekolah. hari-hari. banyak sebenarnya kenangan. pahit manis. suka duka.aku bukanlah cucu yang baik. juga bukan cucu yang akan mendengar segala nasihat-nasihat dia. dan saat kaki aku melangkah ke dalam hospital dan melihat sekujur tumbuh tua itu terbaring kaku,aku tak dapat tahan lagi airmata aku. benar,aku silap. aku berdosa.

sesungguhnya segala kenangan lampau yang pahit sudah aku buang jauh dari ingatan aku. perkara yang aku terapkan dalam hati, "sejahat mana pun seseorang itu pasti ada kebaikan dalam diri mereka walaupun mungkin cuma sebesar zahrah" . maka benarlah kata Kak Fynn. cubalah cari kebaikan dalam diri orang yang kita tak suka mahupun pada orang yang kita benci.

nenek akan menjadi tanggungjawab papa. apa yang aku harap hubungan kami semua bertambah erat selepas ini. apa yang lepas biarkan berlalu. untuk apa dikenang perkara yang buat kita sakit jika perkara-perkara manis juga tak kurang banyak untuk kita hargai.

apa yang berlaku semua ada hikmah.moga roh atuk aman di sana. sorry for all my mistakes.and thanks for being the good atuk for me during my childhood.

Saturday, January 4, 2014

imbas balik

4 JANUARI 2014. 1.51 pm.

disini.tempat kerja.
nampaknya 2013 sudahpun tamat. syukur Tuhan aturkan perkara-perkara yang indah sepanjang tahun lepas.
bulan 9. dapat kereta baru. kerja baru. terima kasih Tuhan.
jika Allah beri ujian dalam bentuk kesenangan moga aku tak lalai menikmatinya.
dan sepanjang tahun lepas bukan tiada kesedihan dalam hari-hari yang aku lalui.
tapi aku pilih untuk lebih menghargai dan kenang apa yang indah.

bulan 12. hampir sebulan lebih tidak ketemu sama kekasih hati.
malam itu pertama kali sepanjang satu tahun setengah aku rapat dengan dia, kita berbicara tentang masa depan.
indahnya perasaan kau berikan Tuhan.
moga apa yang kita rancang Tuhan izinkan.
in shaa Allah.

umur sudah menjengah 24 tahun.
tahun yang aku akan mula (lebih) serious soal duit.
semoga diberi kesihatan. buat diri sendiri, keluarga serta si dia.

dipenghujung bulan 1 ini si dia bakal menamatkan pengajian.
doa aku panjangkan agar selempang miliknya nanti.
aku mau turut serta merai hari itu nanti.
mungkin bulan 6 kan? oh bulan kelahiran aku.
sempena itu juga, aku cuma mahu berada bersamanya meraikan hari graduasinya nanti.

24 tahun.
abang. terima kasih atas pandangan dan nasihat kau.
aku untung punya abang macam kau.
walau kau pernah buat aku nangis hari-hari masa aku kecik dulu. hahaha
desakan kau,akan kami laksanakan dalam tempoh setahun lagi. mungkin?