tahun ni adalah tahun kedua bagi perkara yang menyakitkan tu. sekejap je masa berlalu. kalau masih bersama mungkin kita sudah sedia untuk ke satu peringkat yang lebih tinggi dari sekarang. tapi itu cuma kemungkinan yang lebih kepada perkara paling mustahil sekarang ni.
aku tak tahu sama ada kau bahagia atau tak. dan aku pun tak ingin nak ambik tahu. selepas kita terserempak tempoh hari, kau kembali menitip kiriman buat aku, meminta maaf entah untuk yang keberapa kali. sebetulnya hati ku sudah makin terbuka untuk memberi maaf pada kau atas segala kesakitan yang kau pernah lempar untuk aku dulu. siapa aku untuk menghukum kau? aku juga cuma manusia biasa yang tak mampu nak lari dari salah. cuma beza kau dan aku adalah, cinta yang aku hulur pada kau dulu tulus. tanpa sebab atau niat lain.
bila dikenang balik, mungkin ini silap aku juga. sebab pertama kali kau mahu aku menjadi yang istimewa bagi kau, aku menolak cinta orang lain. dengan alasan "peluang hanya diberi sekali". mungkin kalau pada waktu itu aku menolak cinta kau dan terus menghulur peluang kedua pada orang itu, kami juga mungkin sudah bahagia sekarang. tapi itu semua cuma KEMUNGKINAN. dan aku cuma yakin ini semua adalah TAKDIR yang ditulis Allah untuk hidup aku.
walau hasilnya mengecewakan aku tapi apa lagi daya aku selain terus melangkah demi meneruskan perjuangan hidup sendiri. umur yang semakin meningkat dewasa mungkin membawa aku ke satu peringkat kematangan. setelah difikir, untuk apa aku masih menyimpan amarah ini? tak ada satu keuntungan pun yang aku raih dari rasa ini.
aku maafkan kau. seikhlas hati. terima kasih kerana sekurang-kurangnya aku tahu kau pernah mencintai aku. aku pasti itu. terima kasih juga kerana dengan kesakitan yang kau pernah bagi pada aku dulu buatkan aku jadi perempuan yang tegar pada hari ini. halalkan segalanya termasuk kasih sayang yang pernah kau hulur. maaf untuk segala sakit yang aku beri pada kau dulu, terutama dalam melayan baran dan manja aku. 2 permintaan aku. janganlah kau ulang perangai yang sama pada mana2 perempuan lain lepas ni. cukuplah aku sudah rasa semua tu. kedua, tak perlu lah kau hubungi aku lagi, walau dalam apa juga kaedahnya. anggaplah semua sudah berlalu.
inilah takdir yang mulanya menyakitkan, namun kini mengajar aku tentang kehidupan.
tidak perlu berkawan selepas putus.
tapi bukan bermakna berdendam.
cuma masing2 sudah punya hidup sendiri.
ciptalah bahagia kita sendiri.
semoga Tuhan menemukan jodoh yang paling baik untuk kt berdua.
amin.
paling penting, belajarlah dari kesilapan lepas.
hargailah apa yang sedia ada untuk kt hari ni.