Monday, May 28, 2012

sifat durjana lelaki

*pergh tajuk aku bukan main..haha*

inilah adalah antara beberapa sebab yang jadikan aku makin hilang kepercayaan pada manusia yang bernama LELAKI :

1. TAK KONSISTEN. bila baru2 nk usha kalau boleh setiap saat nak mesej.pantang lambat sikit reply,nnt mesti dok miscall atau resent balik msg yang sama.tapi makin lama kenal,nak reply 1 mesej pun berjam..untung2 xreply langsung! lagi jahanam kalau yg bagi reason,'jari penatlah nak menaip' @ 'tengah bz main game ni!'

2. MASA HANYA UNTUK KAWAN. memanglah bosan klu 24/7 asik nk date dgn awek je.tp ko patot tahu betapa menyampahnya bila aku terpaksa dengar kau cakap 'rindu' setiap hari tapi kau xde effort langsung nak dating dengan aku. serious, it was so fucking annoying.

3. MENCARI HANYA BILA PERLU. wahai lelaki,jangan pernah anggap perempuan2 ni patung xbernyawa ea? kitaorang pun sama macam kau,ada rasa suka,sedih,happy,sakit hati! kadang-kadang aku teringin nak balas balik sume kejahatan manusia2 yang bergelar lelaki ni pada aku tau.tapi aku ni jenis yang nampak je keras,sebenarnya hati aku ni lembut.maybe jugak aku terlalu ikutkan cakap mama,"biar orang buat kt,jangan kt buat orang". apa yang dapat aku detect pasal diri aku ni,aku jenis yang akan sabar selagi boleh.tp sekali aku hilang sabar,aku dah benci,cubalah ko call ke mesej ke..jangan harap aku nak respons.silap hari bulan kalau aku nampak orang yg aku benci tu terlantar tepi jalan pun aku biar je...sebab tu aku selalu cakap,'jangan cabar aku.jangan sampai aku hilang sabar'.

4. SUKA MENDUGA. pantang nampak perempuan lalu depan mata,mulalah merenyam! lebih2 lagi kalau perempuan2 yang seksi.memanglah ada yang akan cakap,"lelaki ni diorang kadang saja je buat2 usha perempuan walaupun time tu awek diorang kat sebelah diorang.bkn sebab apa,diorang just suka tgk muka awek diorang bila merajuk.comel tau".kepala abah kaulah! kau patut tahu sebenarnya perempuan akan pikir 1 benda je kalau every time kau buat cmtu -"kalau depan aku pun kau boleh usha perempuan lain,apatah lagi kalau belakang aku!"

5. ULANG SILAP YANG SAMA. Ingat xpenat ke bila asik kena cakap @ luahkan benda yang sama?lepas dah mintak maaf lepas tu esok buat balik! yang paling aku rasa nak bagi penampar bila dah buat silap lepas tu pretends macam xde apa2!

6. PAYAH BEBENOR NAK JUJUR. wei lelaki,kau ingat sikap kau yang misteri tu macho sgt ke pe?mmg lah xsemua benda kt boleh share dgn org lain tp kalau terlalu banyak benda kau nk sorokkan,nampak sangat kot yang kau tu jenis lelaki yang tak jujur.kau patot tahulah yang kejujuran tu adalah asas dalam sesuatu relationship. so kalau tak boleh jujur,kau jangan mimpi layak nak masuk dalam episod kehidupan orang lain.



kenapa bahagia itu hanya sementara?

so far aku rasa ini jelah dulu antara perkara2 yg buatkan aku makin hilang kepercayaan pd seseorang lelaki.
dan aku harap cukuplah ini sahaja sebab aku takut nnt fobia aku makin kritikal. huh!

Wednesday, May 23, 2012

tentang perasaan

aku punya nafsu.aku punya hajat.dan aku punya keinginan.
rindu rasanya tentang perasaan yang satu itu.
tapi dimana bisa aku miliki sang arjuna yang selayaknya mendampingi hati ini?
hati yang telah terluka entah untuk keberapa kalinya-aku sendiri tidak pasti.

adakah semua cinta itu bersifat sementara?
eh tapi adakah ini memang sebenarnya cinta atau hanya sekadar sayang?
aku sendiri kurang pasti tentang perasaan sendiri.
lebih sesuai kalau aku katakan mungkin memang tiada kebahagiaan yang kekal di dunia ini.
kebahagiaan itu hanya akan mendampingi kt di saat permulaan sesebuah perkenalan.

menghadapi saat-saat kehilangan itu sesungguhnya perasaan yang maha perit.
dan aku adalah diantara manusia-manusia yang sudah begitu lelah dengan situasi itu.
sepi?ya,itu sudah pasti.
melalui hari-hari tanpa sang arjuna membuat aku menjadi kuat dimata orang lain.
hakikatnya hanya diri aku sendiri dapat lihat betapa rapuhnya dalaman seorang aku.
masa berlalu begitu pantas sehingga ramai sudah rakan-rakan seumur aku yang sudah punya kebahagiaan abadi.
aku hanya mampu tersenyum bilamana menatap kad jemputan dari beberapa kenalan dan ada juga diantara mereka merupakan lelaki-lelaki yang pernah 'rapat' dengan aku satu ketika dulu.
walaupun hati aku tersentuh,tapi aku yakin,mereka bukan jodoh aku.

aku cuma berdoa agar aku akan temui kebahagiaan aku sebelum maut menjemputku kelak.
semoga Tuhan memberikan aku peluang untuk merasa kebahagiaan hidup bersama sang arjuna si pemilik raga.


Friday, May 4, 2012

luar dugaan

Terkadang jodoh tu datang dalam bentuk yang paling tidak kita sangkakan. Dan bila kita sangkakan dia bukan jodoh kita, mungkin dialah sebenarnye yang tercipta untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Jangan pernah berhenti berdoa. Kerana doa itulah senjata, doa itulah penghubung. Di saat kita rasa Dia takkan tunaikan doa kita, mungkin di saat itulah Dia sebenarnye sedang menguji kita. -terfaktab-

pernah terjadi dalam hidup aku,di mana orang yang pernah aku benci dan menyampah ketika di sekolah dulu kemudiannya menjadi orang yang aku sayang.ye,sayang dan cinta.tapi itu dululah.sekarang tak lagi.dan takkan mungkin sayang lagi.

kemudiannya pernah juga aku bersama dengan orang yang aku boleh katakan lelaki paling jujur yang pernah aku temui,yang mana tidak pernah aku terfikir hubungan itu akan berakhir,menemui titik noktah atas sebab2 yang tidak dapat dielak.

maka,aku tersenyum dan mengakui semahunya tentang kata2 yang dikarang oleh terfaktab itu.memang benar dalam hidup ni kt xboleh nak terlampau yakin dengan sesuatu perkara.sebab semuanya ditentukan oleh Dia.dan apa yang paling penting,sebagai seorang manusia kt jangan lalai dan teruslah berdoa.ingat Dia ketika susah mahupun senang.