Friday, July 15, 2016

tuhan beri aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


kubertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta



Thursday, June 23, 2016

Ramadhan 2016

Tahun terakhir Ramadhan sebagai bujang, insyaaAllah. Istimewa Ramadhan kali ini sebab beberapa bulan sebelumnya terasa rindu betul untuk terawih. Aneh perasaan tu. tapi aku suka.
Aku sendiri tak sangka perempuan yang pernah tinggal solat bertahun-tahun seperti aku ni, harini begitu rindu menunggu Ramadhan. dan Ramadhan ini alhamdulillah dapat perbaiki terawih. masih aku ingat beberapa tahun lalu aku belajar ke masjid. untuk terawih. berbekalkan ilmu yang sangat cetek aku main ikut je orang solat. tahun pertama kurang dari 5 kali aku ke masjid. Dan Alhamdulillah tahun berganti tahun aku berazam menambahkan lagi bilangan terawih. rasa penat & letih bertukar menjadi rasa seronok. seronok kerana mungkin sebulan je dalam setahun berjumpa Ramadhan. mungkin faktor usia pun ye jugak. sebab 2,3 tahun ni aku lagi excited Ramadhan dari Syawal.

Ramadhan -- indah.
Syawal -- penat.

itu cuma pendapat peribadi aku.
kita mungkin bukan orang yang alim. tapi kalau Ramadhan ini satu-satunya cara untuk kita berubah & menambahkan amal ibadat, mengapa tidak?

Friday, March 25, 2016

chicken pox

chicky chicky pox!
OH MY! almost 26 tahun aku mengelak dari dijangkiti akhirnya memang dah tak boleh gelak dah.
a week before dijangkiti, i felt like macam nak demam. sakit-sakit badan. selalunya symptom badan sakit-sakit ni datang bila time nak period je. tapi masa ni aku baru je abis period. dah lah a few months before aku baru lepas MC sebab demam. bosan betul kalau asik sakit je.

aku dah start demam masa ke Segamat hari Sabtu tu. sakit kepala yang amat. tapi mengenangkan tu wedding partner shift aku, ku gagahkan juga. berhenti dekat petrol station aku pulun beli air badak & 100 plus. sebab masa tu kepala sakit giler. On the way nak balik JB tu aku picit kepala sendiri. aku rasa kat kepala ada 1 jerawat besar. dengan penuh rasa geram aku pun kopek jerawat tu sebab ku pikir jerawat tu lah punca aku sakit kepala. deng!

hari Ahad tu bangun tido dah rasa badan dah tak dedar. tapi masa nak mandi aku tengok dekat badan aku ada 2 bintik merah & ada mata. ok aku belek2 badan macam ada jugak dekat bahagian lain. aku syak memang tanda chicken pox ni. tunjuk mama, mama pun cakap benda yang sama. so aku pun mandi, hantar mama check up dekat KPJ, aku driving sorang ke Horizon Clinic. damn memang 100% confirm chicken pox. redha jelah dapat MC 1 minggu dan dapat bekalan Anti Viral pills, anti histamine pills, Calamine Lotion & standby paracetamol pills kalau demam.

Acyclovir : Anti Viral pills is the best medicine for chicken pox I guess. especially bila kita amik less than 48 hours selepas keluar je tanda-tanda chicken pox tu. yang jenuhnya kena amik 5 kali sehari. almaklum lah seorang Zaneera memang payah nak telan pills +_+

tapi alhamdulillah chicken pox aku ni tak seteruk yang aku bayangkan. tidur malam pun lena. chicken pox aku pun kecik-kecik je. dekat belakang badan agak bersepah lah keluar. dekat muka pun ada. tapi dekat betis & tangan ada satu, dua je. alhamdulillah.

bab makan memang aku jaga. aku tak makan kicap,telur, seafood and mama pun tak masak benda-benda bergoreng. standard lah kan petua orang tua. aku dapat extend MC lagi seminggu sebab ada chicken pox yang tak kering lagi.

#tips :
1-wajib mandi. sebab aku pernah terbaca petua orang Cina tak boleh mandi kalau kena chicken pox. aku mandi sehari 2 kali dan guna sabun SebaMed untuk badan. stop dulu guna apa-apa ubat muka yang kita selalu pakai tu. kalau ada consume collagen pun stop dulu.
2-jagalah makan. makan rebus-rebus je dulu. ni dah minggu ketiga lepas kena chicken pox, bila aku cuba makan sambal belacan pun terasa gatal-gatal sikit. so berpantang lah dulu ye.
3-aku pakai Calamine lotion pun seminggu je. yang aku tak suka pasal lotion ni sebab even dah mandi pun nanti bekas lotion tu tak hilang jugak. plus, dia buatkan kulit muka aku jadi kering. tak suka betol :'( so masuk minggu kedua, staff papa buatkan aku traditional cream dari pokok duit-duit dengan apa ntah. officemate aku bagitau dia sapu cream dari pokok cermai dulu. yang aku perasan bekas-bekas chicken pox aku ni tak hitam. dia jadi merah macam bekas kena gigit nyamuk. tapi aku tak pasti lah sama ada ni effect dari traditional cream atau dari anti viral pills yang aku makan.
4-makan ubat ikut time.
5-jaga kebersihan.tukar cadar & tuala mandi 2 hari sekali.asingkan baju yang nak dibasuh. bilas baju dengan Dettol. lepas mandi pun simbah lantai dengan Dettol jugak.

minggu ketiga, aku dah mula amalkan rutin biasa. basuh muka dengan ubat muka biasa. makan collagen dan pergi kerjaaaaa! bosan ok duduk umah 2 minggu. tepuuuu!

doakan aku moga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. lebih-lebih lagi dah nak start buat preparation untuk wedding ni oiii. seram mak!



Tuesday, February 23, 2016

belajar dari pengalaman orang lain

apa yang jadi dekat orang lain boleh dijadikan sebagai pengalaman berharga buat kita.
pengalaman menjadi assistant mak andam tak bertauliah.

kau pikir aku tak gigil ke kena pakaikan veil, crown pengantin dan lebih parah kena alterkan kain baju pengantin yang terbesar. aduhhhh nampak tak apa masalahnya bila time fitting kita tak betul-betul detail? adeh.

moral story yang lain :
---jangan banyak yang tak nak tu, tak nak ni. boleh jadi orangpun malas nak berurusan dengan kita.
---tapi dalam masa yang sama kita juga perlu untuk jadi orang yang detail. means make sure apa yang kita bayar selaras dengan apa yang bakal kita dapat. ingat, bukan senang kita nak kumpul duit. jadi bila kita dah keluarkan duit tu biarlah berbaloi.

di satu sudut yang positif nya, mungkin ini hikmah untuk aku.
hikmah supaya aku dah boleh move on cari bridal lain +__+

sekian.

Thursday, January 14, 2016

Toujours Advanced

A past few months ago, aku consume Toujours Advanced Collagen. 7 bulan lamanya. 1 box ada 30 sachets, RM199 per box. Ini bersamaan :

RM199 x 7 bulan = RM1393 ---dah boleh guna untuk pergi honeymoon!

Personally I would recommend this product for those who want to make their skin be more gebus, putih, and not to forget it helps me on my resdung thing and also hilangkan jerawat dekat belakang badan. rasa sedap dan senang. tak kuasa aku nak consume collagen yang kena bancuh segala! *dasar pemalas* ya, it works! until........7 months after that, i'm getting sick (read : allergic) to all the seafood and belacan! pity me :'( 

aku ni bukanlah seafood lover pun. tapi aku jugak bukanlah orang yang allergic. bayangkanlah bila makan sikit je seafood terus aku menggaru yang tahap badan rasa merenyam, naik bintik-bintik merah. nasib baik tak naik kat muka. bila kena macam tu even aku lumur 1 badan dengan bedak Agnesia pun memang tak kan elok. badan jadi rasa panas. so aku kena mandi dengan Dettol dulu. Lepas mandi baru boleh sapu dengan bedak Agnesia. 

mula-mula aku macam pikir, tak pe kot. aku boleh sabar lagi. aku teruskan jugak consume Toujours. tapi dah hujung-hujung aku consume tu jadi lagi worst. bukan sebab apa, tapi even sambal belacan pun aku tak boleh makan. kalau tak jadi benda yang sama jugak. adoi lahai! dah nama orang Melayu, darah Jawa plak tu, manalah nak selera makan kalau tak ada pedas, tak ada sambal belacan +_+

so aku decide nak habiskan kotak yang terakhir. sebab sayang kot dah beli mahal-mahal kalau nak terus buang. dalam masa nak abiskan kotak yang terakhir tu aku keep on buat online survey apa collagen yang better. dari hasil pencarian aku, betul lah most of the collagen memang ada 1 ingredient yang datang dari sumber Marine (tak ingat pulak nama ingredient tu apa) which is generate consumer untuk jadi allergic. bukan bermakna produk-produk yang ada bahan tu tak bagus. badan kita memang perlukan bahan tu cuma bila dah terlampau banyak masuk dalam badan, tu yang jadi kan orang allergic. so dalam banyak-banyak collagen adalah a few products yang menggantikan ingredient tu kepada ingredient yang lebih better. so lepas habis kotak yang terakhir tu aku stop dulu sebulan sebelum start product baru.

dalam a few product tu aku pilih TerraSkinz by Fyqa Signature .aku pilih product ni based on price, ingredient & populariti dia. you know how popularity of the product & the model can attract consumer, isn't? :P 

so far aku baru 2 bulan consume. harap-harap ok lah sebab harga pun murah. 


Tuesday, December 15, 2015

end of the year 2015

bismillah.
a few weeks before we end this colorful 2015. a quick update for the most memorable date for this year :

30th May 2015 : bergelar Cik Tunang kepada Encik Tunang ku. ehem.

dan inshaaAllah kalau tak ada aral melintang aku bakal bergelar Puan pada next christmas :)

tahun 2016 yang bakal menyusul ni aku harap berjalan lancar, plus ada sesuatu yang excited selain dari wedding aku. hihi 

till the next update,
doakan yang baik-baik ;)


Thursday, September 17, 2015

kids nowadays

terbaca 1 artikel yang di share di facebook.
berkenaan kanak-kanak yang diajar untuk membeza-bezakan tentang perkara-perkara materialistik. 

"abah stroller siapa lagi mahal?"
"emas awak pakai ni emas betul ke Zhulian? sebab mak saya kata Zhulian tak bagus"
"abah awak pakai kereta apa?"

teringat aku tentang pengalaman waktu sekolah rendah. aku sekolah di sekolah yang semuanya perempuan dan sekolah aku antara sekolah yang famous di JB. most of the students memang anak-anak orang berada. aku tak nafikan kawan-kawan aku pun semua bapak diorang berkereta besar. Zaman 1999-2002 siapa yang mampu pakai Kia Carnival, Honda, Toyota tu memang dah kira wow lah! tu belum lagi yang jenis balik sekolah driver datang amik naik Mercedes. pergh pergh pergh! kita tak boleh sangkal kalau orang cakap pergaulan ni akan membentuk peribadi seseorang.

masa tu adalah timbul rasa iri hati dan malu bila mengenangkan pakaian kawan-kawan jenama Canggih, aku cuma Falcon. diorang bawak beg Deuter, aku masih Swan gambar cartoon. bila diorang bawak beg roda, aku pun ngecek mama mintak dibelikan beg yang sama jugak. paling aku benci bila permulaan penggal baru, tiap kali cikgu yang masuk kelas akan mintak kitaorang kenalkan diri. bukan setakat bagitau nama tapi kena bagitau parents kerja apa. Teacher, don't you think tanpa sedar awak dah wujudkan 1 jurang or cluster dalam diri pelajar??? bila students yang pandai bagitau kelas ,bapak or mak dia kerja bagus2, nanti budak-budak yang lain mulalah "oh patut lah dia pandai" , "oh patotlah dia loaded" apa budak-budak yang pandai tu memang guarantee mak bapak dia doktor / lawyer / engineer ke??? macam mana pulak best students yang bapak mereka cuma penoreh getah / pengangkat sampah? aku tak tahu apa significant nya bila cikgu-cikgu suka betei tanya soalan camtu pada students. pernah satu masa aku rasa macam malu nak bagitau orang mak bapak aku cuma penjual roti canai tepi jalan. 

bila nak masuk sekolah menengah Papa tak bagi aku continue sekolah tu lagi. so dia masukkan aku sekolah kampung. maybe dia dah nampak kot ciri-ciri anak tak kenang budi mula terbit di hati aku :P so bila sekolah biasa-biasa dan majoritinya students yang datang dari kalangan anak orang biasa-biasa, aku pun dah tak kisah dah tentang family background kawan-kawan aku. kira aku tak adalah rasa rendah diri sangat. dan aku mula bersaing dalam pelajaran secara sihat. yang paling bermakna bila kawan-kawan zaman sekolah menengah lah yang kekal sampai hari ni. yang ada dengan aku waktu susah dan senang aku. alhamdulillah :') .mungkin inilah salah 1 sebab yang buatkan aku rasa jauh hati nak rapatkan balik hubungan aku dengan budak-budak sekolah rendah. 

aku selalu bercakap hal ni dengan tunang aku. aku nak didik anak-anak kami dengan sederhana. kalau boleh biarlah kita didik diorang guna kaedah dulu-dulu. sebab sometimes aku takut tengok budak-budak sekarang yang terlampau leka dengan benda-benda moden-gadjet especially. sampai ada yang 1 tahap datang rumah orang tak reti nak angkat kepala sebab mata asyik sangat dekat tab. it's really annoyed me. moga-moga kami dikurniakan anak-anak yang mendengar kata. Aminn.