girangnya rasa hati bila nak balik kampung. dah terbayang suasana sawah padi. masakan sedap dari nenek. rumah yang halamannya mampu tampung 20-30 kereta. dah tak sabar ni nak peluk atuk nenek yang menyambut anak, menantu, cucu,cicit dengan perasaan paling seronok dan rindu.
*****************
tapi semua itu cuma mimpi.
mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan sama sekali.
aku tak punya kampung yang ada sawah padi.
dan yang paling sedih aku tak punya atuk nenek yang akan sambut aku & keluarga aku dengan perasaan yang menggembirakan. entah dah berapa lama aku tak pulang ke kampung, aku sendiri tak ada rasa nak hitung. apa yang masih jelas, aku masih ingat adegan kali terakhir aku pulang ke sana.
hari Sabtu.hari yang sepatutnya aku kerja.tapi aku ambik cuti sebab rindu pada nenek ku di kampung. dan aku dijemput dengan kata-kata yang menyakitkan telinga, juga hati. katanya dia hendak berbuka puasa di luar dengan anak kesayangannya. yang kelakar seorang nenek bertanya kepada anak dan cucu dia sendiri, "apa tujuan balik?" like what the hell?! macam lah kitaorang dah 10 tahun tak balik kan.padahal mama selalu je berhubung kat telefon dan bila ada kenduri pun mama mesti akan balik.
dan semenjak itu aku rasa no point aku bazir waktu pulang ke sana. hidup aku sejak lahir memang di sini. sekolah, universiti sampailah punca rezeki aku juga di sini. aku diajar kenal saudara bukan kerana pertalian darah tetapi lebih merujuk kepada rakan-rakan yang ikhlas bersama kita susah dan senang. itulah saudara yang hakiki.
bukan aku tak rindu kenangan waktu arwah atuk masih hidup. memori bila kaki melangkah dalam rumah pusaka itu - pasti terasa macam dia masih ada.yang akan menunggu kami dengan senyuman manis, yang akan buat kami tersedar bila enjin vespa nya bergema tiap subuh. dan dia jugalah yang tidak pernah putus mendoakan anak cucunya. semenjak dia dijemput Tuhan, rumah pusaka itu hilang seri.segalanya berubah. totally. dan hubungan saudara cuma tinggal atas kertas, semata.
sepanjang hidup aku, aku tak pernah lagi tengok jenazah yang begitu manis dan bersih macam jenazah arwah atuk aku. Allahuakbar.
jangan kerana kita lebih tua dari yang muda kita lupa cara nak jaga pertuturan kita.
yang tua tak semestinya benar.
yang tua tak semestinya boleh cakap tanpa fikir soal penerimaan yang muda.
ALFATIHAH BUAT ATUK KESAYANGAN KU.