Monday, December 17, 2012

KL, Genting, Shah Alam

Alhamdulillah dengan limpah rezeki dari-Nya dapat jugak kaki ni melangkah ke Genting. so masih dengan geng yang sama masa ke Desaru mastu, kitaorang meneruskan misi kedua ni.dari Jb aq gerak berdua ngan Zila naik bus.then sampai di TBS memang ktorang dah sedia maklum memang tak de sape yang akan amik ktorang.so ktorang mulakan treasure hunt naik monorel (for the first time naik monorel tanpa diiringi orang yang arif) . misi pertama shopping dekat Times Square. ok sangat sangat berbaloi coz murah gila baq hang! so malam tu tido umah Fatin dekat Gombak. esok hari nya pagi2 lagi dah gerak ke KL Sentral untuk pergi Genting.act, ktorang dah beli pakej awal2 so senang skit. sangat murah beli pakej dengan GoGenting which is RM58 covers on bus dr KL Sentral-Genting (return) , cable car (return) and ticket Outdoor Theme Park. memang syiok abis sebab dekat sana sejuk so kita xrasa rimas or lepak tau.macam mastu pergi Legoland baru berapa jam dah rasa penat giler sebab panas.huhu so 8.30 malam kitaorang pun berangkat balik KL.yang kelakar our dinner on that night, Meggi Cup dekat KL Sentral you all! hahaha 

hari ke-3,aku dengan Dib pergi Shah Alam.misi untuk jumpa kawan2 uni.so Karno and Hamka amik kitaorang.lepas aku check-in diaorang bawak makan dekat Padang Jawa.for me,makanan dekat situ xdelah sedap giler tp special sebab banyaaaaakkkk giler wei makanan dia! macam xsetimpal dengan standard price dia macam tempat lain.hehehehe

last night dekat Shah Alam was great when 'he' brought me to have our dinner dekat tempat yang quite cantik.then we spent time dekat I-City.btw,this is our second time pergi situ.1st time dulu tak sempat nk capture pictures dekat lampu2 tu sebab banyak habiskan masa dekat Snow Walk.so kali ni memang pusing keliling dekat tempat lampu2 tu.and 'dia' belanja naik Giant Wheel. baru aku tau yang that is very 1st time in his life naik wheel tu! hehe and to be honest, it's so romantic when you saw a very nice place with someone special ;)


esoknya lagi sorang bestfriend datang jumpa aku.Bo treat me a breakfast. after that,kemas2 barang and 'he' treat me a lunch and dapat ticket balik JB kol 3 pm.

so trip kali ni aku spent RM350 included shopping, transport and semua2 lah.kire memang worth it lah! thanks guys for accomplised our mission. oh i can't wait our next year trip! ;)






for him : did u know,u act romantic?
oh i loved when u treat me like that.
miss u! :P


Saturday, December 15, 2012

perbualan panjang bersama kawan

menerusi perbualan panjang dengan seorang rakan semalam, buat aku tertanya-tanya. kenapa kita selalu menjadi hamba cinta? walau petunjuk kecurangan terbentang luas di depan mata,tapi dia juga yang kita pertahankan.walau terang-terang dia menghamba-abdi kan kita,kemahuan dia juga yang kita turuti.walau dia yang selalu menyakiti kita tapi bila bersua,kita sedaya mungkin mencari sedikit kebahagiaan demi menutup segala luka dan parut yang dia dah beri pada kita.KENAPA?

bukan tidak diberi petunjuk. bukan tidak diberi nasihat..tapi kalau kita sendiri yang membutakan hati dan jiwa kita,bermakna kita sendirilah yang mempersiapkan diri kita untuk diperbodohkan.

berkali-kali aku ulang benda yang sama pada dia."tak penat ke dipergunakan?" , "layak ke perempuan macam tu untuk awk?" . dia balas dengan jawapan, "entahlah eira.saya pun tak tahu kenapa". deng!

kawan,aku rasa aku nak amik pisau,cungkil mata kau,beri pada mereka yang tiada penglihatan. dan kalau boleh aku nak hentak kepala kau dekat dinding supaya nantinya kau tersedar akan kebodohan sendiri. boleh tak?!

mungkin secara kasar kita akan menilai bahawa perempuan itu jahat,bodoh sebab mempermainkan lelaki yang benar-benar menyayangi dia.tapi bila difikirkan balik,perempuan ke yang harus disalahkan sepenuhnya bila lelaki yang bangang terus-terusan menghambakan diri sendiri???

wahai lelaki,kau bakal pemimpin.sebagai perempuan terus-terang aku cakap,jangan manjakan kami dengan duit dan barang-barang.bila dari mula kau dah biasakan begitu, kemudian kau cuba ubah, kami sebagai perempuan akan menganggap, "oh lelaki ini sudah punya perempuan lain!" nah! makanya jadi lelaki harus tahu mendidik.oh come on tegaslah sikit bro! 

sebagai perempuan,aku memang agak strict. tapi bukan bermakna aku pijak kepala lelaki, apatah lagi nak mengikis duit. memang tak lah kan. aku cuma harap Allah bukakan hati kawan aku ini dan jumpakan dia dengan perempuan lain yang dapat bahagiakan dia lepas ini.amin.





cinta bukan bergantung pada suatu tempoh masa.
untuk apa menjalin hubungan yang lama tanpa erti sebuah kebahagiaan?

Friday, December 14, 2012

hello

rasanya oklah kot header ni.xpayah nk gempak2 sangat.yang penting 'isi' blog ni kan? kehkehkeh
later,i'll update about my second holiday! see u later!

Wednesday, December 12, 2012

UNDER CONSTRUCTION

mastu sign in google account guna hp.lepastu tetiba sume gambar yang pernah aku upload dekat blog ni and blog lama appear dalam hp aku. dipendekkan cerita sume gambar tu hilang bila aq sign out google account dalam hp tu.TETAPI malangnya bila automatically SEMUA GAMBAR yang pernah aku upload diblog jugak turut hilang. termasuk lah header blog ni sekali!

cipet!

makanya dengan ini aku isytiharkan I'M GONNA START MAKING MY NEW HEADER. cis!

Friday, November 30, 2012

makan hati!

kesialan melanda bila tuduhan dilemparkan sedangkan kau langsung tak terlibat dengan benda tu. bila kau hulur tangan untuk membantu tapi orang pikir negatif pasal kau.lepas tu bila kau ungkit mestilah pertolongan yang kau hulur tu teros jadi x ikhlas kan?

sumpah celaka giler rasa camni.jadi manusia please lah jangan bodoh sangat.orang yang mulut longkang ni memang boleh bebas cakap and reka apa je yang diorang nak.tp kita sebagai pendengar takkanlah nak hadam semua benda???


Friday, November 23, 2012

beda

hati menjadi semakin rapuh.
kau menghulur telinga buat dengar masalah yang paling peribadi dalam hidup aku.
walau cuma 5-10 minit masa kau yang mampu kau luangkan buat aku,aku cukup menghargai nya.

disaat aku paling perlukan kau,kau jugak sedang lagi sibuk mengurus kewajipan kau.
aku harus faham itu.
kadang2 aku lihat skrin handphone,tiada kiriman yang kau titip.
aku buka semua jenis medium laman maya jugak memberi jawapan yang sama.

tidak dapat aku nafikan kadang kala cemburu terbit dalam diri.
lebih-lebih lagi melihat kau masih ada masa untuk berbalas komen di ruang maya,
masih punya masa membuka ruang chatting walau cuma alasan 'buka sekejap' kau beri pada ku.
aku diam.
bilamana hati sebak menanggung rindu,aku tarik nafas dalam-dalam.
aku pujuk hati agar sabar.
aku diam lagi.

aku juga pernah berada di tempat kau.
memegang status yang sama.
cuma aku bukan penuntut yang memegang 'gelaran genius' seperti kau.
bukan harapan universiti.cuma sekadar melengkapkan diri menjadi harapan keluarga.
oh jadi mungkin kerana itulah yang membezakan kita.
membezakan cara kita.
aku masih punya masa menitip khabar.
tapi tidak kau.

sekarang bukan saja hati yang makin rapuh,
malahan keteguhan jati diri juga kian enteng.
entah.
apa yang pasti aku tidak kuat seperti dulu.

Wednesday, November 21, 2012

nota untuk lelaki

hati manusia lebih-lebih lagi lelaki adalah antara benda yang paling unpredictable.
dilayan penuh mesra, mengambil berat, mengambil tahu tiap hal yang berlaku dikata merimaskan.
didiamkan, diberi sepenuh kepercayaan dibalas dengan mengambil kesempatan untuk berlaku curang.
jadi lelaki2 sekalian sila beritahu aku apa sebenarnya kemahuan seorang lelaki?

aku benci bila ada yang menyorokkan ketidakjujuran hati dengan berkata,
"this is my personal life,so don't you ever touch coz it's my right!"
abis apa kalau kau dah kahwin pun kau still nak stick dengan prinsip bodoh kau tu?
FUCK!

memang aku tak dapat nafikan lagi macammana besarnya impak masa silam and now, surroundings aku buatkan aku makin takut nak hadap masa depan aku sendiri.
masa depan yang mana menerima lelaki dalam kehidupan aku.
sebab hampir kesemua lelaki yang aku kenal semua yang kadang-kadang terlalu ambil mudah soal hati.
kalau dah namanya perempuan ni sekeras mana pun kalau hari2 disogok dengan 'caring' nanti2 cair jugak.

mungkin berlaku curang itu nampak normal dimata orang lain,tp bukan aku.
dan juga bukan pada mata orang yang disakiti.
walau nanti mungkin maaf diterima tapi kesan itu pasti kekal.
meski 10 tahun mahupun lebih, tetap akan diingati.

wahai manusia,jangan pernah ambil kesempatan terhadap kebaikan atau kelemahan seorang insan yang benar-benar cintakan kau.



Wednesday, November 14, 2012

mati

jujur aku sayang.
kerana sebab yang sama sanggup aku tunggu walau tanpa satu tempoh masa yang pasti.
tapi kenapa aku seolah menjadi bahan eksperimen?

dimana letaknya belas ikhsan seorang manusia?
hati yang diberi dicampak merata.
dihempas biar berderai.
puaskah kau melihat ini semua?

wajarkah mengangkat kaki dan pergi?
hati seringkali menjadi benteng pertahanan paling rapuh.
memori bertindak sebagai kenangan.
perlu lagi ke terus dibiar hati ini disakiti?

Saturday, November 10, 2012

sepi

rasanya sudah / hampir seminggu dalam kondisi diri seperti ini.
sepi. kosong.
diam bukan bermakna sudah lupa mahupun benci.
tapi lebih kepada ambil masa memulihkan hati yang sudah hancur.
bukan tidak faham apa ertinya maaf yang diterima hampir setiap hari daripada orang yang bertanggungjawab atas kondisi hari ini...
tapi apa yang aku tidak faham adalah kenapa seolah-olah masih dipertahankan sesuatu yang sebenarnya menjadi penyebab atas masalah yang dihadapi sekarang.
atau mungkin kau tidak sedar bahawa perbezaan diri kau sendiri dulu dan sekarang?

ini ke yang sememangnya kau inginkan?

penat.
sunyi.
kosong.

Wednesday, November 7, 2012

ego

hati dia sudah mati-luaran.
tapi dalaman masih terselit sedikit perasaan sayang.
masih. dan sedang lagi sibuk berusaha membuang perasaan itu.

5 bulan dia hidup dalam harapan.
harapan yang dia simpan elok-elok.
tak dibuka peluang langsung untuk sebarang perkara yang boleh menjejaskan hubungan itu.
kerna hidupnya sudah terlalu biasa berpegang pada kata-kata.

pelbagai cara sudah diusaha untuk sekurang-kurangnya bertahan dengan kerenah manusia bernama lelaki.
ego lelaki adalah penyakit yang boleh membunuh sesuatu hubungan sebenarnya.
membunuh tanpa sedar.

tiba masa,dia pasrah.
terpaksa rebah dek kata-kata yang amat menyakitkan.
hampir 8 tahun masa diambil untuk menjalin suatu hubungan digelar sahabat.
5 bulan masa diperuntuk untuk sesuatu yang pada dia teramat istimewa.
dan cuma 1 perkara yang berjaya mencipta jurang antara mereka.
dan juga 1 mesej yang cukup berjaya menghancurkan hati dia.

dia cuba kuatkan semangat demi melalui hidup yang pasti terasa kosong.
dia cuba mengundang kembali ketakutan yang pernah hadir dalam hidup dia dulu.
namun hanya Tuhan yang mengerti segala tentang dia.
betapa malamnya cuma ditemani airmata dan perasaan rindu.

apabila matahari menjemput siang,
dia kembali mengukir senyuman,
agar yang lainnya tak kan pernah nampak kesedihan yang terpendam.

biarlah masa berlalu pergi.
biarlah apa yang sudah ada hancur dan hilang begitu saja.
dan bila ini gayanya maka ketahuilah bahawa hatinya memang benar-benar hancur.
hancur dan kecewa dengan keegoan seorang lelaki.




"TAKKAN MENGHARGAI APA YANG ADA DI DEPAN MATA"
fitrah manusia yang paling bangsat.
dan jangan pernah cuba meneruskan fitrah ini,
yang kau dah terang2 nampak celakanya. 

Monday, November 5, 2012

the hardest

penat dengan semua permainan ini.
ada kala terasa indah jika hidup dapat berputar semula.
pasti bukan ini jalan yang ku pilih.
aku mula benci semua yang berkaitannya.
kerna lebih banyak sakit dari bahagia.
untuk apa aku belajar menerimanya jika aku seorang yang harus berjuang?
tiba masa ia pergi jauh meninggalkan ku tanpa sedikit belas.
tanpa cuba lihat kebelakang untuk kenang seketika apa yang pernah dilalui bersama.

jatuh cinta itu mungkin dilihat terlalu mudah.
tapi pernah cuba rasa apa yang pernah aku hadap saat ianya pergi berlalu dulu?
pernah ku diberitahu, "bila kt berjumpa org yg pernah melalui kesakitan yg sama seperti kt,kt akan selesa bersama.dan mungkin itulah org yg kt cari selama ini"
aku diam.anggukkan kepala.
tapi sekarang aku tak nampak keselesaan itu.
aku tak rasa.

belajar menerima takdir.
itu aku.
sebab itu aku masih di sini.

tunjukkan aku manusia mana yang sanggup melalui ini semua?
*keluh panjang*

kita cuma teman.tidak lebih.tidak kurang.
itu yang aku belajar dari kau.
yang indah,cuma dalam khayalan.
yang sakit,di alam sebuah realiti.
fobia ku nampaknya bakal muncul semula.
cukuplah ku lihat semua sakit ini.
cukuplah ku sabarkan hati yang sudah lama hancur.

tanya pada hati apa pernah dirasa takut kehilangan ku?
apa mungkin dia kejar jika aku berlari pergi?
apa mungkin dia meminta aku sekurang-kurangnya untuk menunggu dia?
apa dia pasti memilih aku dan meninggalkan apa yang menyakiti ku?

dan jawapan untuk semua persoalan ini adalah TIDAK.




falling in love is easy.
staying in love is a challenge.
letting go is hard
and moving on is the hardest

Friday, November 2, 2012

sahabat

mereka aku panggil sahabat.
sejak dari zaman sekolah sampai lah zaman u dan sekarang 3 orang dari kami berlima sudah bekerja.
syukur persahabatan itu masih kekal walau jarak selalu menjadi batas.
zaman belajar di u masing-masing di tempat yang lain.
bila cuti pun jarang dapat berkumpul.

aku happy bila Zila dapat kerja dekat dengan umah kami.
sebab apa-apa aku boleh roger dia.
last week birthday Sayang.
tapi cuma aku,Zila and Sayang je yang ada kat JB.
so just lepak chill and then i buy a very simple kek utk Sayang.

diorang dah jadi sebahagian dalam hidup aku.
hubungan lebih dari sekadar kawan.
lebih kepada adik beradik.
diorang lah kakak dan adik2 aku.

aku bersyukur zaman sekolah dan u zaman di mana aku jumpa sahabat.
kalau zaman sekolah dengan Sayang,Nana,Zila and Wan,
zaman u pulak aku ada Lin,Dib,Bo and housemates yang lain.
sahabat dimana aku bebas untuk share almost everything.

salah satu wishlist aku,aku mahu sahabat-sahabat aku ni nanti jadi orang penting dalam hari kebesaran aku nanti.
insyaAllah.



birthday woman

Sayang & Zila






dear Siblings,
thanks for every time we've spend together.
thanks for every laughing we've shared.
thanks for every moments we've created.

Monday, October 29, 2012

mimpi atau kenyataan?

mimpi aku bukan mainan tidur semata.
banyak dah petunjuk yang Allah dah kurniakan aku melalui cara yang satu ni.
solat istikharah?aku belum cuba kaedah yang ini.
aku pasti buat bila tiba waktunya nanti.

tentang mimpi semalam,aku tak sangka dia yang muncul.
terus terang hati aku inginkan orang lain.bukan dia.
dan tak pernah hati aku terdetik pada dia.

bangkit dari tidur,hati aku berdebar-debar.
entah kenapa.
tapi aku terfikir seperti ingin berkongsi.
tapi entah pada siapa harus aku mengadu.

beberapa hari lepas,mama bertanya tentang kehidupan peribadi aku.
dan bilamana hati kt sedang lagi hancur, aku menjawab seego yang mungkin.
kataku, aku terima siapa saja yang datang padaku selepas ini.
kerna hati ku kosong. harapan yang aku cuba pupuk seolah sudah hilang sekelip mata.
dapat aku kesan reaksi mama tika itu.
tapi aku sembunyikan nada ku yang bergetar dengan alih pandangan pada yang lainnya.

mungkin jawapan aku tempoh hari akan mengubah kehidupan aku selepas ini.
mungkin.
aku cuma takot kehilangan.
aku serik dengan sakit.
sudah terlalu penat menghadapi ujian yang hampir sama setiap kalinya.

antara mimpi yang sering menjadi realiti dan kenyataan yang sedang menyakitkan,mana yang perlu aku pilih?





andai saja aku punya mereka.
mereka yang ku gelar sahabat.
pasti kalian yang aku kejar tika ini.

Friday, October 26, 2012

perkara paling bangsat

kau hulur belaian manja, diherdik kemas.
kau hulur kata-kata manis, dijawab kata-kata rimas.
kau hulur sepenuh kejujuran dibalas perbuatan curang.
kau hulur kesetiaan diperlakukan kau seperti gundik.

ini ke yang dinamakan cinta?
ini ke yang dinamakan takdir yang diagungkan setelah bertahun terpisah?
ini ke doa yang termakbul setelah tidak pernah putus menyebut namanya dalam setiap doa?








harapan sudah mati.
yang tinggal cuma kesakitan.

Thursday, October 25, 2012

puisi sepanjang zaman


Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri






dari filem Ada Apa Dengan Cinta.
puisi terindah 
dari cerita cinta terindah.

Tuesday, October 23, 2012

kosong

lagu Babak Cinta tu cukup bermakna untuk aku.
aku-iaitu HANYA aku.bukan dia.bukan kami.

tapi selepas semalam (22 Oktober 2012),
selepas ayat berkenaan suatu 'harapan' diberikan percuma segalanya menjadi kosong.
harapan yang sememangnya aku simpan seperti hilang dibawa pergi.
aku sembunyikan segala perasaan sedih.
aku baca berulang-ulang kali pesanan yang diterima.
aku luah dengan menangisi segala yang terucap.

hari semakin hampir.
sepatotnya disambut dengan perasaan yang penuh suka.
aku jaga kesihatan diri agar nantinya tika kita bersua aku sihat.
aku tidak suka melalui saat-saat bahagia dalam hidup ku dalam keadaan sakit.
kerna aku bukan jenis yang mencari simpati dengan kesakitan aku.
kesakitan dan keperitan diri aku telan sendiri.
itu lebih baik bukan?

hari ini (23 Oktober 2012),
aku terjaga dari tidur ku segalanya aku pandang sepi.
aku pejam mata sedetik dua untuk meniupkan sedikit semangat buat diri sendiri.
aku bangkit dari ruang yang paling aku sayang dengan perasaan tanpa harapan.
perasaan yang mana aku rasa seperti orang yang terbaring tanpa daya tapi masih disuap dengan segala jenis ubat.
bukan untuk pulih tp cuma melengkapkan syarat untuk sekurang2nya meneruskan hidup yang masih berbaki.
dan inilah aku.

masih disini.setia.mengambil berat pada orang yg aku masih sayang.
tapi tiada lagi harapan yang aku simpan.
biarlah nanti bila tiba waktu dia berjumpa dengan yang selayaknya,aku pasti pergi.

aku datang tanpa diundang.
aku juga akan pergi tanpa disuruh.
kerna aku tahu jika ketiadaan aku nanti pastinya tiada yang menangisi.



Babak Cinta mungkin tidak lagi sesuai dgn kondisi diri.
perlu diganti dengan Harapan.


babak cinta


Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...


Monday, October 15, 2012

peluang

bila ada perkara dalam hidup yang buatkan kita terasa bosan,terasa macam nak beralih suasana.
tapi itu cuma perancangan.aku cuma percaya tak akan ada yang lebih baik kalau kita cuma duduk diam di kepompong kita.dan aku pasti jika peluang yang lebih baik sudah terbentang di depan mata mengapa lagi kita perlu tunggu?

peluang yang baik takkan terus menerus menanti kita.jadi,ambil langkah untuk terus menggunakan kelebihan yang ada.

Friday, October 12, 2012

kawan makan kawan

dah 22 tahun aku hidup inilah pertama kali dan aku harap kali terakhir juga aku jumpa manusia macamni.
kau boleh putar cerita 360 darjah untuk tutup kebiasaan yang kau dah buat.
tapi Tuhan tu adil.
ye memang aku pun manusia biasa yang tak lari dari buat salah.
tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah makan duit kawan sendiri.
terus terang setakat nilai sebegitu aku tak jatuh miskin pun.
tapi adakah kau terus jadi kaya?
dan adakah hari esok cerah buat kau?
*diam*

aku percaya semuanya berlaku ada hikmah yang besar buat diri aku jugak.
arini mungkin kau hilang RM100 tapi aku percaya esok2 Tuhan gantikan balik berkali ganda.
*senyum*

selama ini aku kawan kau ikhlas.
kadang2 sisa makanan aku yang xhabis pun aku hulur pada kau.
tapi kalau dah persis anjing tu mana boleh ubah jadi kucing ye tak?

terpulanglah kawan.
lepas ni aku mohon agar aku jangan pernah nampak kau lagi.
hiduplah kau dengan tipu daya kalau itu memang bahagia pada kau.





now i'll stop kesian kat orang.
kalau ada yang nak mati kelaparan,
atau hidup merempatpun aku tolong tengok je.

Thursday, October 11, 2012

menyendiri

aku rindukan kau.banyak yang ingin dikongsikan bersama.
aku rindukan kau.suara kau.senyuman kau.
kau kata kau nak menyendiri.
sejak dari itu tak ada satu pesanan pun aku balas.
aku diam.hati aku sakit saat terima mesej kau tu.
aku cuma mampu menangis dan berdoa.
agar nantinya kau sedar kata-kata kau menyakitkan.

kau kirim pesanan pada aku.
semuanya aku baca.syukur rupanya kau masih ingat aku.
dan alangkah lebih aku syukuri andai kau tahu aku manusia yang punya hati.
aku manusia dan bukannya alat untuk kau cari bila perlu,buang bila tak perlu.

andai kau mengerti apa itu 'hargai'.
andai kau rasa sakit apa yang aku sedang pendam pada kau.
kau mahu menyendiri.
kau yang buang aku.
aku ikutkan rentak kau.
mungkin ini caranya kau menghargai sebuah perasaan.
mungkin.

cinta lama

dia pernah menyayangi aku seikhlas hatinya.
menjaga aku saat aku sakit.
tiap hari bersama.
macam macam kenangan yang kita pernah ada bersama.

lelaki paling jujur yang pernah aku kenal-ini gelaran yang pernah aku berikan untuk kau.
tapi aku tahu kau cuma manusia biasa yang memang gampang berubah.
aku tak pernah menyesal kenal kau.
aku tak pernah kesal menyayangi kau satu masa dulu.
sebab aku tahu kau juga pernah punya rasa yang sama pada aku dulu.

kau dah tiada.
ini juga jalan terbaik buat kita sebenarnya.
aku harap kau temu bahagia diluar sana.
dan aku paling harap andai kau dapat menjadi manusia yang lebih baik selepas ini.

segala kenangan suka duka kita bersama sudah aku simpan elok-elok dalam satu sudut hati aku.
biar ianya terpelihara rapi disitu.
tiada lagi rasa cinta dihati kerna aku tahu kau bukan lagi milik ku.

untuk masa akan datang mungkin aku cuma rindu yang namanya sahabat.
kerna aku tak punya siapa di sini. 
terima kasih buat yang indah.
terima kasih juga buat yang sakit.
semoga apa yang telah aku korbankan memberi kebahagiaan yang abadi buat kau kelak.

Monday, October 8, 2012

4 bulan

7 OKTOBER 2012
9 tahun perkenalan.
4 bulan persahatan yang rapat.
terima kasih kerana menjadi kawan yang terbaik buat aku,so far.
terima kasih kerana sanggup balik dari jauh.
terima kasih kerana menjaga aku walau dari jauh menitip khabar.
maaf kesihatan tak berapa baik tika kita bersua.

aku sayang kau lebih dari yang kau tahu.



sincerely,
ZANEERA
DISTANCE MEANS NOTHING WHEN SOMEONE MEANS EVERYTHING

Friday, October 5, 2012

harapan

segala yang dirancang mungkin takkan pernah direalisasi oleh satu bentuk realiti.
istilah 'kita' tak pernah wujud.
perlahan-lahan dicuba membuang rasa walau payah dirasa.
banyak persoalan yang bermain dibenak fikiran.
walau dilafaz dengan sejuta kata,
walau seolah ditagih simpati dengan airmata tiada apa yang berubah.
tiada apa juga dapat diubah.

cuma bila rasa sayang melebihi yang lain susah...
susah untuk berkata 'tidak' dan 'jangan'
harapan tinggal harapan.
walau seribu tahun menanti tiada apa dapat merubah takdir jika tiada daya.

biarlah.
sudah lelah berharap.
sudah penat menanti.
sudah letih berkata.

sakit dirasa eloklah dipendam.
biar tiada yang tahu kerna tiada siapa yang cuba mengerti.

Thursday, October 4, 2012

diri

wahai diri,bangunlah dari mimpi indah.
kau tidak dimiliki sesiapa.
kau sudah tidak punya insan bergelar,"kekasih".
kau berhentilah merindu.
kau berhentilah berharap.
7 Oktober 2012.
kau menghitung hari untuk sekurang-kurangnya memberi ucapan.
tapi ada dia peduli?
tidak pernah pun dia ingat.
kau berharap berjumpa dia.agar nantinya kau dapat meluah rasa rindu yang menggunung.
tapi ada dia ingin balik semata-mata untuk kau?
tidak.
kau risau bila dia senyap.
tapi ada dia ingatkan kau?
tidak.kawan lebih menjadi keutamaan.
kau selalu menjadikan dia yang utama untuk berkongsi segala cerita.
tapi adakah kau orang pertama yang dia cari untuk meluah rasa?
tidak.
selalu benar kau berkata rindu.
tapi pernahkah dia yang pertama kali mengucap rindu pada kau?
tidak.
kau pernah berkata sayang pada dia.
tapi adakah dia berkata sayang pada kau terlebih dahulu?
tidak.

wahai diri,kau tidak punya siapa disini.
kawan-kawan jauh.
kau cuma ada kau-diri sendiri.
tiada siapa pun yang tahu masalah kau dan dia.
semua kau simpan elok-elok dalam hati.
bila kau menangis,tangan sendiri yang menyeka airmata.
bila kau sakit,diri sendiri yang memujuk.
bila kau perlu kekuatan,kau berdiri di atas keberanian sendiri.

wahai diri,maaf malam ini aku tewas lagi.
aku membuat kau sakit.
aku membuat kau jatuh.
esok bila pagi menyambut hari kau,pasti kau kan letih.
letih kerana tidur bertemankan airmata.
maaf.

realiti ini

dulu pernah bahagia. dulu pernah merencana masa depan bersama.
dari pahang ke johor cuma jarak pemisah,bukan bermaksud hati menjauh.
kita bukan senang tika itu.cuma mengharap duit pinjaman dan bantuan mak bapak semata.
demi rindu,apalah sangat masa dan wang ringgit.

kau dan dia.
tiap hari menggunakan kuasa teknologi yang wujud-3G.
walau melihat dari screen,tapi itu sudah cukup jadi penawar pengubat rindu kalian.
segamat-terengganu, segamat-shah alam.

jarak memang bukan punca pemisah sesuatu perhubungan.
bodoh kalau jauh dijadikan alasan untuk berlaku curang.
berapa ramai mereka yang belajar di lain benua tapi berjaya dalam hubungan?
jangan kata long distance relationship was useless.
sebab itu alasan semata bagi mereka yang cuba lari dan menolak takdir Tuhan.

tiada rindu.tiada usaha untuk pulang.tiada daya mencari ruang waktu untuk bersama.
apa maknanya itu semua?
pedih.
menghadap realiti kehidupan.
sakit.
mengharap pada yang tak sudi.

andai punya kekuatan,sudah jauh dihumban rasa rindu yang sentiasa menghuni lubuk hati.
andai punya daya,sudah lama berlalu pergi.
meninggalkan realiti ini.

Monday, October 1, 2012

bulan baru,perasaan sama

adanya cinta mungkin bertepuk sebelah tangan.
perasaan sayang mungkin cuma imaginasi yang datang singgah dalam kotak fikiran.
mana mungkin wujudnya rindu jika hati xberkongsi erti kasih yang sama.

berubah menjadi orang yang berbeda bukan mudah.
kadang kada terlepas laku dan kata.
walhal sudah berjanji pada diri sendiri tidak akan berkongsi perasaan lagi.
niat ikhlas cuma meluah apa yang tersirat di balik hati.
tapi bila jawapan diterima mengecewakan,terjatuh lagi dan lagi.
rapuh sungguh ciptaan Tuhan yang satu ini-hati.

seringkali berpesan pada hati,jangan dikongsi rasa pada yang tak sudi.
tapi mulut selalu ingkar pada janji.
jari juga selalu terpantas bertindak.
saat perasaan itu wujud,cepat sangat meluah.

hati ini bukan batu.
hati ini fragile.
hati ini berkata rindu.
hati ini berkata sayang.
walau dia tahu,tak mungkin ini semua untuk yang di sana.




ahad menuju isnin.
12 lewat malam.
permulaan bulan baru yang tidak indah.

Thursday, September 27, 2012

persoalan

aku terbaca sesuatu di blog iluvislam.tapi malangnya aku terlupa nama article tu.tapi masih aku ingat tentang isi penting yang disampaikan dalam article tu.

"MAAFKANLAH."
dalam menjalani kehidupan seharian,pasti akan ada yang menyakiti hati kt sebagaimana kt selalu menyakiti hati orang lain.itu lumrah dan hakikat.jadi tak ada siapa boleh nafikan.lepas membaca artikel itu,terus terang aku katakan terdetik dalam hati aku tentang sesuatu kejadian.

bulan November ni genap lah setahun kejadian tu berlalu dalam hidup aku.kejadian yang mana terlalu sakit untuk diingati.jiwa aku kosong.aku tak pasti dengan kondisi diri aku sendiri.ya aku tahu bila kt asik teringat dengan kesakitan yang orang buat dekat kita,kita sebenarnya sedang mencipta kebencian dalam hati kita sendiri.sebab tu aku ambil jalan mudah untuk melupakan.

dan bila aku baca article tu,terus banyak persoalan yang timbul dalam hati aku.

aku : adakah hati aku masih sakit? -ya.
aku : adakah aku masih mengharap? -tidak sama sekali.
aku : adakah aku merindui dia? -tidak.
aku : adakah aku membenci? -kurang pasti.
aku : andai sesuatu buruk berlaku pd dia adakah aku akan sedih? -kurang pasti.
aku : andai ia berlaku,adakah aku datang melawat? -tidak perlu.cukup mendoakan.
aku : adakah ingin berjumpa walaupun utk terakhir kali? -tidak sama sekali.

kemudian aku tanya diri aku, adakah aku sudah bersedia untuk memaafkan? aku tidak pasti.dan sejujurnya apa yang terlintas difikiran aku,adakah kerana aku belum memaafkan dia,aku seolah2 susah nak mengejar bahagia aku...?

disaat bahagia sudah aku temui ada dugaan yang datang sehingga terpaksa dikorbankan hati dan perasaan.dan bilamana aku sudah menyayangi seseorang masa nya mungkin belum tepat...ya Allah,payah rupanya nak mengecapi bahagia.



Allahu ya Rabbi,bantulah aku mencari jawapan yang tepat.
bukakanlah pintu hati aku untuk memaafkan mereka2 yang telah menyakitiku.
temukanlah aku dengan sinar kebahagiaan yang ku cari selama hayat masih ada.

Tuesday, September 25, 2012

kepulangan yang dinanti

aku tak sabar sebenarnya nak tunggu kepulangan kau.tapi sejak semalam buat aku berfikir tentang banyak benda.
orang kata kalau berjauhan kita akan tahu rindu.dan bila rindu kita akan tahu kepentingan orang itu dalam kehidupan seharian kita.
selalu juga aku berfikir,andai aku pergi adakah dia akan datang mencari?
andai aku menjauh adakah dia akan bertanya?
andai nantinya ajal maut menjemput ku adakah dia akan menangisi pemergian aku?

adakah wujud perasaan rindu dalam diri kau?
adakah ruang dalam hati kau buat cinta aku?
tepuk dada.tanyalah selera.

kepulangan kau masih dinanti.
tapi mungkin semuanya akan berubah.
cara aku.baran aku.manja aku.



perubahan ini perlu.
jika itu saja jalan buat kau buka mata dan nampak kewujudan aku dalam hidup kau.

mungkin


"Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau salahnya saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kt berdua
Saya kenal sayang saya."

"........Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kt berdua…"


Mungkin terlalu banyak yang aku kongsikan.
Mungkin terlalu banyak aku meminta.
Mungkin juga terlalu banyak aku menyusahkan.
Kau jauh,jadi pada fikiran aku cuma mahu berkongsi rasa.
Kau hidup bersama kawan,jadi aku sentiasa mahu mencuri masa kau sebentar.
Apa yang kau fikir memang takkan sama apa yang aku fikir jika kau tak cuba luahkan.
Vice versa.


 Rindu itu indah sebenarnya. Itupun jika kita dapat berkongsi rasa yang sama.

hati


Aku tahu perasaan tak boleh dipaksa.
Sebab itu walau berjuta kali rindu diucap akan dibalas dengan diam.
Apalah sangat jarak jika dibanding dengan kepentingan teknologi yang terbentang luas di depan mata.
Untung kita-kita yang hidup di zaman ini.
Bila dipersoalkan tentang benda yang sama,kau jawab kau tak nak menabur kata-kata manis.
Tapi pernah tak kau terpikir bahawa apa saja tentang perasaan itu perlu diucapkan bkn sahaja dengan perbuatan,tapi harus juga disertakan dengan bait kata-kata ikhlas?
Bila sudah penat berkata,ada baiknya jika aku cuba berdiam.
Bila sudah abis daya,ada baiknya aku duduk.menanti dan terus menanti.
Hampir tiap hari aku rindukan kau.menanti hari demi hari.tanpa jemu.
Walau rindu,aku kuatkan semangat.aku meluahkan kerna aku ingin berkongsi rasa indah itu dengan kau.
Tapi lepas apa jadi mungkin aku mengerti bahawa perasaan perlu dipendam.
Cukuplah perbuatan semata tanpa perlu dilafaz dengan sebaris kata.
Itu kemahuan kau.



Hari esok belum tentu akan serupa dengan hari ini.
Aku sayang.aku rindu.
Biarlah segalanya disimpan rapi dalam sebentuk hati yang telah dinyahkan rasa.

Friday, September 21, 2012

LEGOLAND

lepas balik dari Desaru mastu,esoknya walaupun penat still xhilang lagi tapi aku gigihkan diri pergi Legoland dengan Dia ;) but............percaya tak kalau aku cakap yang Legoland ni indah khabar dari rupa??? oh anda wajiblah percaya sebab untuk apa aku tipu...?!

first masuk macam rasa xsabar nk explore sume benda.so the only best part adalah kawasan yang mana diaorang build buildings guna Lego tu.ok itu memang serious cantik and unique.dekat situlah pada aku art of Legoland yang sebenarnya...memang diorang buat buildings tu sume exactly-sama sebijik macam buildings yang betol tau.so 5 stars on that area.

then dengan cuaca yang maha panas,kitaorang tercari2 games apa yg boleh ktorang main.so our first game adalah mini roller coaster yang de gambar naga tu.alahai alangkah sedih sebab just 2 rounds and sangatlah tidak mencabar sampaikan Dia boleh gelak2 lagi.hukhuk

our 3rd game aku tak ingat nama game tu apa tapi dia de 2 seat.tgh2 ada tali.so kt kena naikkan and guna kenderat yang ada (tangan) untuk naikkan diri sampai kat atas.benda tu takdelah tinggi sangat so boleh je kalau nak sampai atas tu.and game ni bagus untuk boyfriend2 yang nak tengok kekuatan girlfriend dia.sebab aku yang kecik ni pun boleh je gerakkan seat tu walaupun ada rasa macam nak terberak :P

lepas tu adalah satu house yang sediakan Lego and track.so kt boleh buat vehicles mcm keta,bus,van ke atau apa saja bendalah yang penting gunakan tayar.sebab lepas dah siap kt boleh 'test' our vehicles tu kat track yang disediakan.untuk orang2 yang datang tanpa children macam ktorang ni silalah buat muka tak tahu malu,race jelah dengan budak2 kat situ.tapi kena make surelah yang korang akan menang.sebab kalau masa kat track tu korang kalah dengan budak2 kecik tu malulah wei! haha

lepas dah melayan Dia race keta dia dengan bdk2 kecik kat situ,ktorang pun pusing2 and ktorang antara orang yg terawal naik roller coaster kat situ.sebab mastu benda tu mmg baru je bukak.so rezekilah.and ini jelah aku rasa game yang agak mencabar sikit.terasalah adventure sikit.

then adalah 1 bangunan ni yang mana kat luar tu ada patung macam zaman Firaun tu dulu.ha ini adalah game paling sadis aku rasa kat Legoland ni.sebab before kt masuk mesti kt pikir,game ni jenis yg train ride lepas tu mcm ada mumia or hantu2 yang scary kat sepanjang our ride tu nanti.tapi hasilnya..............it is a train ride and then we need to compete with our partner-sape yang banyak dapat points (game main tembak2 rupanya)...alahai sangatlah dissapointed game ni.

lepas tu ktorang pun macam blur tak tahu nk pergi mana sebab xsampai pun sehari abis dah 1 Legoland ktorang round.actually ada lagi 1 game yang available tp ktorang xmain,water racer.sebab aku rasa game tu lagilah sengal,just pusing2 and kena control steering untuk elak dari kena air yang meletup2....hukhuk

tak de 1 pun souvenir yg ktorang beli.sebab nothing specials.cari notepad pun xde.yang ada keychain Lego yang kecik cinonet pun dah RM10 @ RM14.so macam xworth it lah kan?? ha tapi ada 1 benda yang aku tak boleh lupa.ktorang ni masuklah 1 food court sebab nak cari air mineral.then masa kat counter tu betol2 kat hujung kaki Dia ada duit manusia dari mana ntah,tercicir.RM20 pulak tu.so dengan pantas dan efficient nya Dia terus amik.then ktorang dah tergelak2 dah.

balik dari Legoland terus g melantak MCD.haha rezeki terpijak ni kalau dapat memang seronok lah kan?;)
to be honest kalau sesapa yang ada rezeki,lebih baik pergi USS dari pergi sini.sebab lagi berbaloi.ye,trust me.for me,even though Legoland ni xberapa best tapi jadi special bila pergi dengan Dia.hehehe

kereta juara berlap2...haha
nilah benda alah yang cantik tu ;)

kereta nombor dua dari kiri


Saturday, September 15, 2012

DESARU

dari awal tahun ada plan dengan dib macam nak pergi USS tapi since belum ada waktu jadi postpone dulu.so for our first holiday kitaorang pergi Desaru je dulu.since dalam bulan raya so sambil beraya sambil berjimba.yang bestnya bila 3 orang member dr KL turun.Dib,Fatin and Karno.tapi Karno, Ijat and Hamka just join kitaorang untuk BBQ je.

so dari rumah aq,ktorang gerak g umah Dia.tapi sayang xdapat jumpa parents Dia.then berangkat to Desaru untuk beraya kat umah Lin.lepas dah makan,snap sana,snap sini terus gerak Pulai Beach Resort to check-in.petang tu aktiviti kitaorang BBQ.

hari kedua lepas take our big breakfast,kitaorang mandi2 dekat pool.then teman diorang mandi2 pantai.around kol 1 lebih camtu check out.pergi beraya umah Ain.lepak2 makan2 then gerak JB.sampai Jusco konon2 nak tengok movie tapi semua movie time lambat plus x ada cite best.so terus beraya umah akak Lin.

lepas tu aku bawak Dib and Fatin tunaikan hajat diorang nak makan kacang pool.lepas dah mengisi perut,pergi karaoke.lepas karaoke aku pun bawak Dib and Fatin balik umah.memang terasa lepak giler bila sampai umah tu.

and so far,our first holiday ini memang fun.so next holiday,insyaAllah will be USS ;)



aku tidak punya apa

sepatotnya aku menulis entri tentang perkara-perkara yang menggembirakan malam ini.
tapi terhasilnya entri yang tidak sepatotnya ini.itupun selepas aku berjaya tenangkan hati sendiri.

aku tak punya apa untuk dibanggakan.
apa yang ada pada aku hanyalah kejujuran dan kesetiaan.
aku tak punya pelajaran tinggi.cuma setakat diploma.
apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan engkau mahupun dia.
aku tak punya rupa secantik dia.

dia terlalu bertuah kerana pernah memiliki kau,cinta kau,kejujuran kau.
bukan aku tak ingat kau pernah kata pada aku,
ketika kau masih bersama dia,setiap waktu kau menghantar report.
bila aku sangsi tentang kata-kata kau, aku terasa mahu bersuara.
tapi mujur aku tersedar.
aku dan kau bukan seperti kau dan dia.
kita masih terlalu baru.

malam ini aku bertanya.sebab aku penat mengharap penjelasan dari kau.
sebab aku jenis manusia yang sangat perlukan penjelasan untuk setiap perkara yang berlaku.
tapi pertanyaan aku dijawab sedemikian rupa.
sakit.
lantas aku putuskan untuk senyap.
setiap pesanan kau hantar,aku baca.
aku baring.merenung segala kenangan lalu yang menyakitkan.
payah rupanya jadi manusia ya?
lebih2 lagi bila kita pernah dicurangi.
sampai matipun kita akan ingat benda tu.
benda tu akan jadi macam magnet yang terlekat dalam fikiran kita.

kau menitip ucapan maaf.tapi aku masih diam.
sebab aku masih mencari jawapan kenapa aku dikasari dengan kata2 sebegitu rupa?
aku fikir bila kau pernah melalui pengalaman yang sama kau akan faham rasa 'curiga' tu.
rupanya aku silap.
apa yang masih buatkan aku sedih adalah bila terpikir adakah patut aku diamkan segala keraguan selepas ini?
adakah aku perlu pekakkan telinga dan butakan mata serta hati aku untuk segala perkara selepas ini?
dan jika kelak andai sudah terbukti sebuah kecurangan siapakah yang perlu aku salahkan?
diri sendiri atau dia?

aku memang tidak punya apa.
walau sudah aku cuba beri dan jadi yang terbaik,namun aku masih tak berjaya memiliki dia.
aku selalu berharap dia akan belajar meminati kesukaan aku sepertimana aku sentiasa cuba mencintai perkara2 yang dia suka.
sudah berpuluh kali aku luahkan,tapi masih tidak menampakkan perubahan.
jadi apalagi daya aku?

maaf jika aku masih tidak berjaya menjadi yang terbaik.
sudah ku lafazkan,"aku memang tidak punya apa".
dan jika aku tiada dalam hidup kau,mungkin tiada beza buat kau.
buktinya jika aku senyap dari memberi perkhabaran apa usaha kau untuk mencari aku?
tanya hati kau sendiri.

Tuhan,malam ini aku sakit.terasa macam diracik2 hati ini.
mata sudah bengkak tapi nampaknya airmata tidak juga mahu berhenti.
tolong pinjamkan aku kekuatan agar aku bisa bernafas,walau dalam lelah.

terima kasih buat jawapan yang cukup menyakitkan aku.

Tuesday, August 14, 2012

hari ini

dalam hidup ini tiada apa yang lebih bermakna selain dapat berkongsi saat-saat manis bersama mereka yang tulus ikhlas menyayangi diri kita.
tapi hidup juga tak selalunya indah.
mereka yang bersama dengan kita hari ni,belum tentu bersama lagi pada esok hari.
mereka yang memerlukan kita hari ini,belum tentu perlukan kita esok hari.
percaya atau tak,tapi manusia memang bisa berubah.sekelip mata.
kadang kala tanpa satu sebab yang pasti.

redhakan sajalah pemergiannya.
iringilah dia dengan doa yang ikhlas.
itu adalah lebih baik dari terus memaksa.
menagih sebuah belas kasih dari seseorang yang sudah membuang kau.

saat memori indah menjengah ruang fikiran hanya lagu-lagu kita yang aku putarkan.
walaupun nantinya ia akan menyakitkan tapi apa lagi yang mampu aku buat?
kerna itu sajalah yang ada untuk aku.

kenangan tetap akan terus jadi kenangan.
masa sekarang adalah realiti untuk menempuh sebuah masa depan.
aku bersyukur sekurang-kurangnya Tuhan beri aku sesuatu yang lebih berharga.

hari raya ini pasti berbeza.
tapi aku tau aku kuat.

Friday, August 10, 2012

sepi

andai saja aku bisa lari dari sini,aku buat.
akan aku turutkan kemana saja langkah kaki ini asal saja aku bisa lupakan segala kepahitan.
kepahitan ini terus menerus terpampang selagi aku masih di sini.
aku rindu kita.kawan yang bisa saja berkongsi segala rasa.
tapi kau bukan lagi dia.
lari dari masalah adalah jalan paling bodoh yang manusia cipta.
tapi apa lagi daya lain yang mampu aku buat?
aku sudah penat mengalah.
aku sudah penat meminta.
aku ingin sekali pergi.


9 hari lagi menuju Syawal.
hidup terasa sepi.
segala memori terimbas dibalik fikiran.
saat meratapi proses rabak,aku kuat.
cukup kuat.kalau tak,masakkan aku masih bisa bertahan sehingga ke hari ini?
tapi bila tibanya hari-hari special macam ni,aku terasa macam down.
aku tak nak hiporkit,memang itu yang aku rasakan saat ini.

tahun ini aku dulukan persiapan papa mama dulu.
masih banyak barang untuk diri sendiri yang masih belum lengkap.
salah satu sebabnya aku menunggu seseorang yang sudah berjanji untuk membawa aku.

Tuhan bawa pergi seorang sahabat yang cukup aku sayang.
tapi Tuhan juga telah kurniakan aku seseorang yang cukup bermakna buat aku.
untuk sahabat yang telah pergi,aku pohon agar dibukakan pintu hati dia untuk kembali kepada-Mu.
untuk sahabat yang masih setia menemani hari-hari aku,aku pohon agar hubungan ini kekal selama hayat.




selagi hidup terus dibayangi kenangan,selagi itu aku akan sakit.
jalan terbaik adalah angkat kaki dan terus pergi.
berjumpa tika senyuman terukir di wajah kau.
lalu akan ku tinggalkan kau dengan senyuman itu juga.
dan aku tahu itulah perkara paling mulia yang akan aku buat.
bukan untuk aku.
bukan juga untuk kau.
tapi untuk kita.

Thursday, August 9, 2012

kekasih gelap

entri ini menyusul selepas membaca entri ini. 
kira-kira 5 tahun dulu,iaitu around tahun 2007-masa tu aku kerja dengan papa sementara tunggu result SPM keluar.so,to be short adalah seorang customer lelaki ni yang boleh kata every day akan datang breakfast kat kedai kitaorang dengan member-member dia.dia kerja di salah sebuah Majlis Perbandaran di JB.perbezaan umur kitaorang 5 tahun.so,mulanya tak ada apa pun.setakat perkenalan antara customer je.sampailah satu hari ini dia tulis nombor telefon dia dekat tisu and tinggalkan atas meja.oleh kerana masa tu dah bermulanya detik2 bermain mata dan aku adalah satu-satunya perempuan yang kerja kat kedai papa tu,jadi aku tau tisu tu untuk aku.

maka bermulanya perhubungan kami selama lebih kurang 6 bulan.in the first sight,he's very gentle.sebab masa first time dia nak bawak aku keluar,dia siap call papa mintak izin.kebaikan lainnya dia memang sangat pandai ambik hati semua family aku.maybe umur dia yang dah matured tu buatkan sikap dia camtu.kot.so dari atuk nenek sampailah ke sepupu sepapat aku semua dia kenal and mesra.mastu tak usah cakaplah,memang bahagia,lebih-lebih lagi kalau ada family gathering.memang senang kalau bawak dia.

sampailah masa aku dapat offer untuk further study dekat UiTM.mula2 dia tak bagi aku pergi.dia kata nak tunang! oh damn,kenal 3,4 bulan apa kejadahnya aku nak tunang dengan kau kan?! so aku nekad,kata taknak.aku tetap nak belajar dulu.lagipun dia tak pernah bawak aku jumpa family dia lagi.tu antara sebab paling besar yang buat aku curious dengan dia selain dia selalu silent hp or pergi jauh dari aku kalau nak pick-up hp dia...jeng..jeng...jeng... *bermula adegan klimaks di sini*

actually kitaorang tak adalah loving couple sangat.aku je tau apa yang aku tanggung sepanjang hubungan tu.sebalik kebaikan dia tu,sebenarnya dia boleh dikatakan hot tempered jugak.selalu menengking2 aku.kalau contoh aku nangis,dia akan tengking kau sampai airmata kau tak mampu keluar lagi. and kitaorang xdelah all the times message or calling.dalam sehari boleh dikiralah berapa banyak je message2.alasan standard-busy.fine.sepanjang dengan dia,aku ok je dengan perangai dia.aku percaya bila dia kata dia busy.lebih2 lagi time dia balik kampung.kau call ke message ke jangan harap dia respons.mastu aku admit memang aku bodoh giler percaya je bulat2,xde jealous pun.since dari kecik,selalunya apa yang jadi or datang dalam mimpi-mimpi aku adalah petunjuk.seriously.and walaupun Tuhan tu banyak kali bagi petunjuk dekat aku,tapi aku cuma ignore je benda2 tu. *kerana cinta ku butakan mata*

so sampailah detik aku tengah nak study week.tetiba dia kata nak break.aku tanya kenapa,tapi xde jawapan.aku pun balik JB sebab pikir nak settle dengan dia.then jumpa punyalah lama,lepas dah berjam-jam desak baru dia cakap yang dia dah nak tunang.pffffftttt.....! aku pikir dia de couple lain lepas aku sambung study,rupanya dia dah 2 tahun lebih couple dengan perempuan tu.oh yes memang very the fuck! hukhuk mastu jangan cakap lah,memang down tahap gaban! dalam keadaan marah aku lontar gelang jed yang dia bagi pada aku straight kat muka dia.yang paling lahanat bila lepas tu dia hantar aku balik umah,dia boleh lagi stay tengok bola dengan papa and atuk aku,lepastu boleh plak mencekik kat umah aku.argghhhh!

so berakhirlah kisah kami.dan itulah adalah kali pertama aku down dalam relationship ni.mastu aku balik ke UiTM dengan perasaan yang memang hampeh giler.yelah dengan nak final for 1st sem,dengan kena dumped lagi.pergh memang perit.tapi kerana mama papa,aku kuatkan semangat.walaupun belajar-tutup buku jap-nangis-lap airmata-bukak buku balik akhirnya aku dapat jugak lepas final tu dengan pointer 3.35.syukur alhamdulillah... :')

jantan tu pun sekarang dah selamat jadi suami orang.and aku rasa dah jadi bapak orangpun kot.entah,akupun tak pasti.yang pasti aku tak pernah lagi terserempak dengan dia,kalau boleh memang tak nak pun terjumpa.dan walaupun sakit,tapi aku bersyukur Tuhan selamatkan aku dan beri aku kekuatan untuk lalui semua ni :)


mendapat tau kt adalah kekasih sandaran/kekasih gelap memang perit.
sakit yang maha amat.
tapi itu jauh lebih baik dari terus-terusan diperbodohkan.





Saturday, August 4, 2012

penantian

selalu aku berharap kau akan luahkan segala isi hati kau pada aku.
bila bersama aku ternanti-nanti kapan kau akan katakan cinta pada aku.
meraih aku ke satu lagi step dalam perhubungan ini.

aku berharap kau nampak aku bukan hanya sebagai sahabat.
aku selalu berpesan agar kau hargai apa yang telah Tuhan pinjamkan buat kita tika ini.
dan hampir tiap kalinya kau memberi jawapan yang sama.
dalam hidup,bila kita jumpa orang yang salah,waktunya jadi tepat.
tapi apabila kita sudah berjumpa orang yang tepat,waktunya jadi salah-pada sesetengah orang.
payah bukan dalam pencarian sebuah cinta?
penantian memang adalah perkara paling jelik yang perlu kita hadap tiap kalinya.

hampir tiada satu perkara pun yang pasti dalam hidup ini.
tapi kenapa kita seolah-olah payah benar meraih apa yang sudah ada di depan mata?
oh lupa.kerna manusia takkan menghargai apa yang ada di depan mata.
sebaliknya lebih enak mengenang masa-masa lalu.
mengejar sesuatu yang sudah jauh pergi.



Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin engkau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku
Hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/r/romance/ku_ingin_kamu.html ]
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Di setiap alir darahku
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas



bait-bait indah ini sudah cukup menjelaskan segala apa yang tersirat dibalik hati aku.
dan semoga saat kau dibukakan hati nanti,
aku masih lagi disini.
menanti dan terus berharap esok yang indah.





Tuesday, July 31, 2012

untuk kedua kali

saat perginya cinta, aku rebah.
rebah dalam pengakhiran sebuah cinta yang aku butuh.
saat aku korbankan kebahagiaan diri untuk buat yang lainnya tersenyum, aku ikhlas.
tidak aku pinta kita dipertemukan, bercinta dan berakhir di sini.
aku perlu kau walaupun cuma sebagai sahabat sejati.
tapi kau bukan lagi dia.
dia yang sentiasa butuh aku saat susah mahupun senang.
kau menjauh.
dan kini aku lepaskan kau pergi, buat kali kedua.
bisik hati berkata jangan.
tapi aku tahu ini sahaja jalannya.
aku tidak mahu kau menangis lagi.
aku mahu senyuman itu terus kekal di situ.

selamat tinggal wahai kekasih masa lalu.
izinkan aku mengejar bahagia aku sendiri.

Monday, July 30, 2012

mengimbau kenangan

arini adalah hari ke 10 Ramadhan.syukur alhamdulillah semakin hampir nampaknya kt semakin dekat dengan Syawal.kalau 3 tahun yang lepas menyambut Syawal dengan 2 keluarga dan orang yang tersayang,tahun ini nampaknya beraya bersama 1 keluarga sahaja.

3 kali kt beraya bersama.kau dengan keluarga kau selalu akan jadi antara tetamu terawal yang datang menziarah kami.bahagia.ya,bohonglah aq jika memori itu tidak membahagiakan buat aq - dulu.semuanya masih segar di ingatan aq.tapi aq cukup waras untuk belajar menerima kenyataan-kau sudah pergi. walaupun pemergian kau amat menyakitkan tapi sekurang2nya aq tahu Allah sayangkan aku.

kadangkala bila aq duduk sendiri,kenangan itu singgah.singgah dibirai mata macam mana kt puasa dan beraya bersama.tahun yang sudah merupakan tahun terakhir kt bersama.hari raya pertama kau bekerja.aku bekalkan kau dengan segala macam juadah untuk kau nikmati di tempat kerja.terasa lain benar perasaan aku masa tu bila kau menghulur tangan dan memohon maaf dari aku.ayat kau masih aku ingat.katanya kau terlalu banyak membuat salah pada aku.dari birai mata kau aku tahu kau sembunyikan sesuatu.tapi kerana dasar sayang,aku cuba tepis firasat yang Allah sudah beri.

akhirnya perbuatan curang kau disaksikan sendiri oleh abang aku.ketika itu masih di dalam bulan Syawal.kecewa,marah,malu hanya Allah yang tahu.aku tersentak.terfikir untuk apa lagi aku ingat segala kejadian yang menyakitkan ini?segalanya berlaku dalam bulan Syawal.bulan yang mana sepatotnya kt gembira dan bahagia bersama.

siapalah aku untuk menyalahkan takdir.aku tidak menghukum kau.entah aku sendiri kurang jelas sama ada ketika ini aku masih lagi benci atau marah atas segala perbuatan kau.cuma apa yang aku pasti,aku tak ingin kau.suara kau,kelibat kau malah jika boleh bayang kau pun aku xnak nampak.kerana cukuplah hati aku disakiti. 

aku masih disini.sendiri.tanpa kekasih hati.aku cuma punya keluarga dan dia.dia yang aku rasa berharga untuk hidup aku sekarang.tapi segalanya masih awal untuk aku gelar,"he's mine." untuk kau,aku tahu kau masih bersama perempuan itu.perempuan yang aku rasa macam nak ludah2 suatu masa dulu.tapi sekarang aku rasa aku patut berterima kasih jugaklah pada perempuan tu sebab sudi merampas kau dari aku.sbb aku tahu, asshole deserves to a bitch, right? :)

oh ya,sebelum aku terlupa.aku tahu lambat atau cepat kau pasti baca ini bukan?aku sukalah untuk ingatkan kau,just appreciate apa yang ada depan kau sekarang.hargailah masa2 terindah since korang masih ditakdirkan untuk bersama.usah mengharap maaf dari aku,kerana aku tak punya kuasa untuk memaafkan kau.cukuplah sekadar anggap tiada apa yang pernah jadi antara kt selama ni.please biarkan aku move on sendiri?kau hidup kau,aku hidup aku.jangan ganggu aku sepertimana aku tak pernah lagi ganggu hidup kau.


aku harap tiada siapa yang sakit dgn entri ini.kerna ia hanya sekadar kenangan.kenangan walaupun sakit,ia tetap kenangan.yang kelak mengajar kt erti sebuah kematangan dalam kehidupan.dan ini juga bukan bermakna aku rindu.jauh sekali sayang.cuma,mengimbau atau erti kata lain - teringat.



kalau bisa saja aku mampu untuk delete segala tentang kau,
aku buat.
kerna aku sayang hati aku.
dan aku tak mahu terluka lagi. 


Friday, July 27, 2012

7 jun

7 Jun 2012-tarikh dimana kt mulai rapat. Tuhan pertemukan kt balik dalam keadaan yang aq pikir sesuai. ini semua selepas Tuhan bukakan mata dan hati aq bahawa sahabat yg pernah berjanji kononnya nak berkongsi segala  rasa bersama,adalah manusia yang tak tetap hatinya.

kt bersahabat dan kau sememangnya menyenangkan.pernah satu ketika ketika aq bercakap mengenai soal hati dan perasaan,kau kata kau perlu masa.aq ngerti sebab kt berada di situasi yang paling hampir sama.kau kata kau mahu kenal aq sedalam-dalamnya sebelum kt pikir lebih lanjut.sebagaimana kau,aq juga takut kehilangan perhubungan ini.ah cukuplah aq dah lalui dari sahabat-kekasih-bekas kekasih-kawan.

masa dan keadaan membuatkan kt jadi terlalu rapat.kt mulai bina memori kt yang tersendiri.indah.kerana terakamnya satu kenangan yang tak pernah aq lalui selama 22 tahun aq menumpang di bumi Allah ini. secara peribadi,kau layak menjadi pemimpin  untuk satu institusi kelak. 

aq tak pasti andai apa yang aq rasakan saat ini sama dengan apa yang tersembunyi di balik hati kau.tapi aq sayang dan takut kalau bahagia yang kt rasa sekarang hanya sementara sebelum kau pergi tinggalkan aq kelak.dan bagaimana kalau kerisauan aq ini menjadi nyata?entah mampu atau tidak aq teruskan hidup tanpa kau yang dah bukakan kembali angan-angan aq tentang masa depan.

adakah wujud 'kita' dikemudian hari?kata kau - kau belum bersedia,long-distance relationship useless. kadang aq terasa jugak macam nak pekik kat telinga kau agar kau sedar tentang takdir yang Tuhan sedang beri ni. tapi.... "siapa aq disisi kau?" - ini juga adalah ayat aq yang selalu buat dia bengang dengan aq.hehe

*tariknafaspanjang* jika satu hari kelak,pintu hati kau terbuka untuk cipta sesuatu tentang 'kita', aq mahu kau tahu,aq disini.untuk kau,untuk kita. tapi jika 'kita' hanya impian aq sorang, aq lepaskan kau pergi seperti mana aq lepaskan yang sudah-sudah.memang walaupun aq rasa bodoh tp aq terpaksa terima realiti ayat ni,"cinta tak seharusnya memiliki". oh damn!



terima kasih buat terawih yang kt performed bersama dirumah Allah tempoh hari.
damai perasaan itu.

Tuesday, July 24, 2012

rabak

beberapa minggu lepas, terfaktab adalah organized minggu rabak. yang mana open utk readers and writers dia create entry pasal rabak atau erti kata lainnya-frust menonggeng. 

dalam hidup ni xthrill lah kalau korang xpernah frust in certain relationship.untuk aq,adalah beberapa kali aq dah laluinya.ye,memang sakit.sangat.tapi sekurang2nya aq banggalah dengan diri aq sendiri sebab aq dh pun berjaya melalui masa2 tu dengan tabahnya! *tepuktangan*

aq akui memang bukan mudah untuk kt facing dugaan camni tp xmustahil kan?seteruk mana kt kena dump,kt kena sentiasa ingat kt still ada family.family yang dah jaga,dah besarkan,dah berhabis berjuta2 semata2 nak tengok kt semua jadi manusia excellent. so xkanlah korang tergamak nak amik jalan mudah dengan bunuh diri semata2 sebab kena dump dengan couple memasing? lagi bangang kalau ada manusia2 yang bahlol pergi buat benda bukan2 konon2nya nak tarik perhatian ex dia balik.uish tolonglah ye,itu kerja paling bodoh! sudahlah ex ko dump ko,lepas tu ko sanggup nak rendahkan maruah sendiri dengan buat benda2 tu.dahlah dosa dapat,maruah pun jatuh.apa kejadahnya lah kan? kalau dengan buat benda2 tu sume kau xsusahkan mak bapak kau dgn kawan2 kau xpelah jugak.even though kau mungkin mati terus dengan minum 1001 jenis macam racun/ubat,kau still akan buat family kau malu seumur hidup diorang.lebih menyusahkan kalau xmati pun tp just pengsan/admitted to hospital for a few days! phuiiih! memalukan sungguh tahu?

aq bercakap berdasarkan experience sendiri.xsalah kalau kau nak bengkakkan mata kau dengan menangis sepuas2 hati.nangislah selagi kau punya airmata.tapi janganlah kau seksa diri sendiri,family and orang2 sekeliling kau.diorang pun ada tanggungjawab memasing.katakanlah kau dah buat benda2 bodoh tu,lepas tu kau xmati,kau xrasa ke malu dengan sendiri??? alahai. hidup ni jangan pikir ikut kepala otak sendiri je.ingat kt ni ada Tuhan.sudahlah amalan kt ciput,xkanlah nak jadi murtad pulak? 

walau apapun dugaan yang kt hadap,kuatkan diri,kuatkan diri dan kuatkan diri. ye,3 kali aq ulang.sebab pada aq kalau diri kt xkuat,memang kt akan fail dalam hidup ni! everytime aq lalui benda2 yang buat hidup aq suck,aq pun nangis jugak.aq pun down jugak.tp cara aq down adalah menangis and share with someone. dan setiap kalinya aq akan percaya,bahawa 1 hari nanti pasti ada yang indah buat aq. *tadahtangan* bila aq sedang lalui masa2 indah,aq akan bersyukur dengan apa yang aq dapat.sometimes,aq bersyukur sebab aq pernah melalui sesuatu yang rabak dalam hidup-especially bila kt jumpa someone yang jauh lebih better dari apa yang sebelumnya *senyum*



hidup akan jauh lebih baik seandainya kt mampu bangkit dari sebuah kegagalan.
hadapi tiap kegagalan dengan tabah dan redha.
nescaya,yang indah menanti -zaneeera-

Friday, July 20, 2012

perlu ke?

dunia ini kadangkala terlalu kejam.kejam untuk seorang aq yang cuba mencari erti kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.penat melepaskan kisah2 dulu belom lagi terbalas, sudah diuji lagi dengan ujian yang hampir sama.penat tau tak bila kena mengalah?kena melepaskan?kena mengorbankan jiwa dan raga semata2 untuk tengok orang yang kt sayang kejar bahagia mereka sendiri. penat yang dirasa sampai kau akan rasa nak lari dari dunia kau sekarang. terasa macam nak menjauh dari semua yang ada.

mungkin sakit itu dapat dipulihkan jika kt diberi kesempatan untuk sekurang2nya pertahankan apa yang telah kt bina, ataupun diberi hak untuk bersuara dan kau sebagai pendengarnya menuruti suara kt itu. jika ikutkan hati mahu saja aq jeritkan.biar didengarkan kau.biar kau pekak sekalipun dengan jeritan aku asal saja kt bahagia berdua.tanpa wujudnya manusia yang pernah menghancurkan hati kau,manusia yang juga pernah membuang kau satu masa dulu.

indah seandainya bahagia itu hanya melibatkan kt-BERDUA.dan jika bisa ingin saja aq ungkapkan,"you're mine.forever".tapi aq masih waras.masih tiada apa yg mengikat kt.kt cuma kawan.kawan baik yang berkongsi kisah seharian dan berkongsi segala rasa,bersama.dan kerana itulah masih terlalu awal untuk aq melepaskan kau.aq masih belum puas dengan kebahagian yang sedia ada pada kt sekarang.aq ingin kt bersama susah dan senang walaupun masih belum ada apa2 jaminan antara kt.

aq bahagia mengenali kau.aq tau kau tak gemar jika rajukkan aq itu hanya berkisar benda2 remeh.namun kau juga tau bahawa manja itu adalah sifat aku yang selalunya sengaja aq lindung dengan kasar dan garang ku.



aq senang dengan jujur kau.
aq bahagia dengan keikhlasan kau.
dan aq sentiasa berharap agar ianya kekal dengan diri kau.
jika boleh,aq xmau lg mengalah.

Tuesday, July 3, 2012

hidup

Ini cerita minggu lepas.
Berkawan rapat dengan seseorang yang dahulunya terlalu asing bagi aq adalah perkara yg kadangkala sukar diterima akal.
Pertemuan yang dirancang pada akhir bulan Julai tetiba diawalkan sebulan sebelumnya.
Alangkah indah perasaan mengenali seseorang yang cukup menyenangkan hati ni. Tp lebih indah apabila kt mampu berkongsi segala rasa bersama.  Hatinya juga pernah hancur dek kerana sebuah kecurangan.  Kepercayaannya makin pupus buat manusia2 yg bergelar perempuan. Ya,mungkin kerana pengalaman hidup yg hampir serupa membuatkan kt selesa bersama.
Pertemuan yang singkat merakam pelbagai perasaan indah dihati kt. Pernah dia menyatakan “kenapa kt tidak berjumpa dan rapat dr dulu lg?” ianya mudah buat aku- “kerana Tuhan akan menemukan kt dengan orang yg salah sebelum berjumpa dgn orang tepat”

Terlalu banyak aq belajar dari kehidupan ni :
1  -Belajar melepaskan seseorang yg masih disayangi. Walaupun sakit,tp aq yakin ada yang lebih    istimewa buat aq dimasa depan. Dan mungkin benar kata sesetengah orang, “cinta tak seharusnya memiliki”…dan bilamana kt sanggup melepaskan seseorang demi untuk melihat kebahagiannya dihari mendatang,itulah cinta sejati.
2  -Terima hakikat bahawa manusia bisa berubah. Aq pernah punya seorang yg selayaknya aq gelarkan dia kakak.banyak juga yg kami sempat kongsikan bersama. Namun entah kenapa segalanya mcm berubah sekelip mata. Entah siapa yg tidak jujur pada siapa,aq sendiri kurang pasti. Apa yg pasti,kami tidak seperti dulu. Dan sebenarnya aq rindu untuk seperti mula2 kt kenal-persahabatan yang jujur dan ikhlas.
3  -Menjadi seorang perempuan yang tegar. Mudah untuk eliminate mereka2 yg tidak jujur dengan aq. Maaf,tapi pengalaman lalu mengajar aq supaya lebih tegas. Dan sesungguhnya aq sudah begitu penat disakiti.
   -Menyayangi dan menghargai diri sendiri. Dalam hidup ini kt mmg xboleh nak harapkan orang lain untuk bahagiakan kt. Like seriously, ko kena sayang diri ko sebelum ko sayang orang lain. Ko kena belajar appreciate diri ko sendiri sebelum ko sibuk2  appreciate orang lain.
The most important thing, setiap apa yg berlaku dalam hidup kt pasti bersebab. Dan sedalam mana kesakitan yang kt tanggung,jangan pernah lupa tentang kekuasaan Allah-hikmah. Hikmah dimana satu hari nanti pasti ada kebahagiaan yang menanti buat kt.


Kisah kt mungkin tidak sama.
Tp kt sama kerna kt dilukai dan disakiti oleh manusia2 curang.
Percayalah,kt antara berjuta2 manusia yg masih disayangi Tuhan.
Tuhan telah selamatkan kt dari terus hidup bersama mereka2 yg bangsat.
So, let’s pray for our future with someone that worth it to live with!