Showing posts with label belajar berpuisi. Show all posts
Showing posts with label belajar berpuisi. Show all posts

Friday, September 20, 2013

bukan dia, tapi kau

mata bisa melihat sekujur tubuh lelaki lain yang mungkin lebih menarik perhatian.
lidah bisa memuji ciptaan indah sang pencipta.
namun hati mana mungkin dibuka untuk beralih kepada yang lain.

kerna cinta bukan mudah untuk dialih destinasinya.
selagi kau masih ikhlas menyayangiku,
selama itu aku masih disini untuk kau.
menanti detik untuk dijadikan yang halal.

biarkan yang lain cuma terbatas sebagai sahabat semata.
kerna mana mungkin kita mampu menghentikan rasa sayang orang buat kita.


Wednesday, November 14, 2012

mati

jujur aku sayang.
kerana sebab yang sama sanggup aku tunggu walau tanpa satu tempoh masa yang pasti.
tapi kenapa aku seolah menjadi bahan eksperimen?

dimana letaknya belas ikhsan seorang manusia?
hati yang diberi dicampak merata.
dihempas biar berderai.
puaskah kau melihat ini semua?

wajarkah mengangkat kaki dan pergi?
hati seringkali menjadi benteng pertahanan paling rapuh.
memori bertindak sebagai kenangan.
perlu lagi ke terus dibiar hati ini disakiti?

Wednesday, November 7, 2012

ego

hati dia sudah mati-luaran.
tapi dalaman masih terselit sedikit perasaan sayang.
masih. dan sedang lagi sibuk berusaha membuang perasaan itu.

5 bulan dia hidup dalam harapan.
harapan yang dia simpan elok-elok.
tak dibuka peluang langsung untuk sebarang perkara yang boleh menjejaskan hubungan itu.
kerna hidupnya sudah terlalu biasa berpegang pada kata-kata.

pelbagai cara sudah diusaha untuk sekurang-kurangnya bertahan dengan kerenah manusia bernama lelaki.
ego lelaki adalah penyakit yang boleh membunuh sesuatu hubungan sebenarnya.
membunuh tanpa sedar.

tiba masa,dia pasrah.
terpaksa rebah dek kata-kata yang amat menyakitkan.
hampir 8 tahun masa diambil untuk menjalin suatu hubungan digelar sahabat.
5 bulan masa diperuntuk untuk sesuatu yang pada dia teramat istimewa.
dan cuma 1 perkara yang berjaya mencipta jurang antara mereka.
dan juga 1 mesej yang cukup berjaya menghancurkan hati dia.

dia cuba kuatkan semangat demi melalui hidup yang pasti terasa kosong.
dia cuba mengundang kembali ketakutan yang pernah hadir dalam hidup dia dulu.
namun hanya Tuhan yang mengerti segala tentang dia.
betapa malamnya cuma ditemani airmata dan perasaan rindu.

apabila matahari menjemput siang,
dia kembali mengukir senyuman,
agar yang lainnya tak kan pernah nampak kesedihan yang terpendam.

biarlah masa berlalu pergi.
biarlah apa yang sudah ada hancur dan hilang begitu saja.
dan bila ini gayanya maka ketahuilah bahawa hatinya memang benar-benar hancur.
hancur dan kecewa dengan keegoan seorang lelaki.




"TAKKAN MENGHARGAI APA YANG ADA DI DEPAN MATA"
fitrah manusia yang paling bangsat.
dan jangan pernah cuba meneruskan fitrah ini,
yang kau dah terang2 nampak celakanya. 

Friday, October 26, 2012

perkara paling bangsat

kau hulur belaian manja, diherdik kemas.
kau hulur kata-kata manis, dijawab kata-kata rimas.
kau hulur sepenuh kejujuran dibalas perbuatan curang.
kau hulur kesetiaan diperlakukan kau seperti gundik.

ini ke yang dinamakan cinta?
ini ke yang dinamakan takdir yang diagungkan setelah bertahun terpisah?
ini ke doa yang termakbul setelah tidak pernah putus menyebut namanya dalam setiap doa?








harapan sudah mati.
yang tinggal cuma kesakitan.

Thursday, October 25, 2012

puisi sepanjang zaman


Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri






dari filem Ada Apa Dengan Cinta.
puisi terindah 
dari cerita cinta terindah.

Friday, October 5, 2012

harapan

segala yang dirancang mungkin takkan pernah direalisasi oleh satu bentuk realiti.
istilah 'kita' tak pernah wujud.
perlahan-lahan dicuba membuang rasa walau payah dirasa.
banyak persoalan yang bermain dibenak fikiran.
walau dilafaz dengan sejuta kata,
walau seolah ditagih simpati dengan airmata tiada apa yang berubah.
tiada apa juga dapat diubah.

cuma bila rasa sayang melebihi yang lain susah...
susah untuk berkata 'tidak' dan 'jangan'
harapan tinggal harapan.
walau seribu tahun menanti tiada apa dapat merubah takdir jika tiada daya.

biarlah.
sudah lelah berharap.
sudah penat menanti.
sudah letih berkata.

sakit dirasa eloklah dipendam.
biar tiada yang tahu kerna tiada siapa yang cuba mengerti.

Monday, October 1, 2012

bulan baru,perasaan sama

adanya cinta mungkin bertepuk sebelah tangan.
perasaan sayang mungkin cuma imaginasi yang datang singgah dalam kotak fikiran.
mana mungkin wujudnya rindu jika hati xberkongsi erti kasih yang sama.

berubah menjadi orang yang berbeda bukan mudah.
kadang kada terlepas laku dan kata.
walhal sudah berjanji pada diri sendiri tidak akan berkongsi perasaan lagi.
niat ikhlas cuma meluah apa yang tersirat di balik hati.
tapi bila jawapan diterima mengecewakan,terjatuh lagi dan lagi.
rapuh sungguh ciptaan Tuhan yang satu ini-hati.

seringkali berpesan pada hati,jangan dikongsi rasa pada yang tak sudi.
tapi mulut selalu ingkar pada janji.
jari juga selalu terpantas bertindak.
saat perasaan itu wujud,cepat sangat meluah.

hati ini bukan batu.
hati ini fragile.
hati ini berkata rindu.
hati ini berkata sayang.
walau dia tahu,tak mungkin ini semua untuk yang di sana.




ahad menuju isnin.
12 lewat malam.
permulaan bulan baru yang tidak indah.

Friday, August 10, 2012

sepi

andai saja aku bisa lari dari sini,aku buat.
akan aku turutkan kemana saja langkah kaki ini asal saja aku bisa lupakan segala kepahitan.
kepahitan ini terus menerus terpampang selagi aku masih di sini.
aku rindu kita.kawan yang bisa saja berkongsi segala rasa.
tapi kau bukan lagi dia.
lari dari masalah adalah jalan paling bodoh yang manusia cipta.
tapi apa lagi daya lain yang mampu aku buat?
aku sudah penat mengalah.
aku sudah penat meminta.
aku ingin sekali pergi.


9 hari lagi menuju Syawal.
hidup terasa sepi.
segala memori terimbas dibalik fikiran.
saat meratapi proses rabak,aku kuat.
cukup kuat.kalau tak,masakkan aku masih bisa bertahan sehingga ke hari ini?
tapi bila tibanya hari-hari special macam ni,aku terasa macam down.
aku tak nak hiporkit,memang itu yang aku rasakan saat ini.

tahun ini aku dulukan persiapan papa mama dulu.
masih banyak barang untuk diri sendiri yang masih belum lengkap.
salah satu sebabnya aku menunggu seseorang yang sudah berjanji untuk membawa aku.

Tuhan bawa pergi seorang sahabat yang cukup aku sayang.
tapi Tuhan juga telah kurniakan aku seseorang yang cukup bermakna buat aku.
untuk sahabat yang telah pergi,aku pohon agar dibukakan pintu hati dia untuk kembali kepada-Mu.
untuk sahabat yang masih setia menemani hari-hari aku,aku pohon agar hubungan ini kekal selama hayat.




selagi hidup terus dibayangi kenangan,selagi itu aku akan sakit.
jalan terbaik adalah angkat kaki dan terus pergi.
berjumpa tika senyuman terukir di wajah kau.
lalu akan ku tinggalkan kau dengan senyuman itu juga.
dan aku tahu itulah perkara paling mulia yang akan aku buat.
bukan untuk aku.
bukan juga untuk kau.
tapi untuk kita.

Tuesday, July 31, 2012

untuk kedua kali

saat perginya cinta, aku rebah.
rebah dalam pengakhiran sebuah cinta yang aku butuh.
saat aku korbankan kebahagiaan diri untuk buat yang lainnya tersenyum, aku ikhlas.
tidak aku pinta kita dipertemukan, bercinta dan berakhir di sini.
aku perlu kau walaupun cuma sebagai sahabat sejati.
tapi kau bukan lagi dia.
dia yang sentiasa butuh aku saat susah mahupun senang.
kau menjauh.
dan kini aku lepaskan kau pergi, buat kali kedua.
bisik hati berkata jangan.
tapi aku tahu ini sahaja jalannya.
aku tidak mahu kau menangis lagi.
aku mahu senyuman itu terus kekal di situ.

selamat tinggal wahai kekasih masa lalu.
izinkan aku mengejar bahagia aku sendiri.