Tuesday, July 31, 2012

untuk kedua kali

saat perginya cinta, aku rebah.
rebah dalam pengakhiran sebuah cinta yang aku butuh.
saat aku korbankan kebahagiaan diri untuk buat yang lainnya tersenyum, aku ikhlas.
tidak aku pinta kita dipertemukan, bercinta dan berakhir di sini.
aku perlu kau walaupun cuma sebagai sahabat sejati.
tapi kau bukan lagi dia.
dia yang sentiasa butuh aku saat susah mahupun senang.
kau menjauh.
dan kini aku lepaskan kau pergi, buat kali kedua.
bisik hati berkata jangan.
tapi aku tahu ini sahaja jalannya.
aku tidak mahu kau menangis lagi.
aku mahu senyuman itu terus kekal di situ.

selamat tinggal wahai kekasih masa lalu.
izinkan aku mengejar bahagia aku sendiri.

Monday, July 30, 2012

mengimbau kenangan

arini adalah hari ke 10 Ramadhan.syukur alhamdulillah semakin hampir nampaknya kt semakin dekat dengan Syawal.kalau 3 tahun yang lepas menyambut Syawal dengan 2 keluarga dan orang yang tersayang,tahun ini nampaknya beraya bersama 1 keluarga sahaja.

3 kali kt beraya bersama.kau dengan keluarga kau selalu akan jadi antara tetamu terawal yang datang menziarah kami.bahagia.ya,bohonglah aq jika memori itu tidak membahagiakan buat aq - dulu.semuanya masih segar di ingatan aq.tapi aq cukup waras untuk belajar menerima kenyataan-kau sudah pergi. walaupun pemergian kau amat menyakitkan tapi sekurang2nya aq tahu Allah sayangkan aku.

kadangkala bila aq duduk sendiri,kenangan itu singgah.singgah dibirai mata macam mana kt puasa dan beraya bersama.tahun yang sudah merupakan tahun terakhir kt bersama.hari raya pertama kau bekerja.aku bekalkan kau dengan segala macam juadah untuk kau nikmati di tempat kerja.terasa lain benar perasaan aku masa tu bila kau menghulur tangan dan memohon maaf dari aku.ayat kau masih aku ingat.katanya kau terlalu banyak membuat salah pada aku.dari birai mata kau aku tahu kau sembunyikan sesuatu.tapi kerana dasar sayang,aku cuba tepis firasat yang Allah sudah beri.

akhirnya perbuatan curang kau disaksikan sendiri oleh abang aku.ketika itu masih di dalam bulan Syawal.kecewa,marah,malu hanya Allah yang tahu.aku tersentak.terfikir untuk apa lagi aku ingat segala kejadian yang menyakitkan ini?segalanya berlaku dalam bulan Syawal.bulan yang mana sepatotnya kt gembira dan bahagia bersama.

siapalah aku untuk menyalahkan takdir.aku tidak menghukum kau.entah aku sendiri kurang jelas sama ada ketika ini aku masih lagi benci atau marah atas segala perbuatan kau.cuma apa yang aku pasti,aku tak ingin kau.suara kau,kelibat kau malah jika boleh bayang kau pun aku xnak nampak.kerana cukuplah hati aku disakiti. 

aku masih disini.sendiri.tanpa kekasih hati.aku cuma punya keluarga dan dia.dia yang aku rasa berharga untuk hidup aku sekarang.tapi segalanya masih awal untuk aku gelar,"he's mine." untuk kau,aku tahu kau masih bersama perempuan itu.perempuan yang aku rasa macam nak ludah2 suatu masa dulu.tapi sekarang aku rasa aku patut berterima kasih jugaklah pada perempuan tu sebab sudi merampas kau dari aku.sbb aku tahu, asshole deserves to a bitch, right? :)

oh ya,sebelum aku terlupa.aku tahu lambat atau cepat kau pasti baca ini bukan?aku sukalah untuk ingatkan kau,just appreciate apa yang ada depan kau sekarang.hargailah masa2 terindah since korang masih ditakdirkan untuk bersama.usah mengharap maaf dari aku,kerana aku tak punya kuasa untuk memaafkan kau.cukuplah sekadar anggap tiada apa yang pernah jadi antara kt selama ni.please biarkan aku move on sendiri?kau hidup kau,aku hidup aku.jangan ganggu aku sepertimana aku tak pernah lagi ganggu hidup kau.


aku harap tiada siapa yang sakit dgn entri ini.kerna ia hanya sekadar kenangan.kenangan walaupun sakit,ia tetap kenangan.yang kelak mengajar kt erti sebuah kematangan dalam kehidupan.dan ini juga bukan bermakna aku rindu.jauh sekali sayang.cuma,mengimbau atau erti kata lain - teringat.



kalau bisa saja aku mampu untuk delete segala tentang kau,
aku buat.
kerna aku sayang hati aku.
dan aku tak mahu terluka lagi. 


Friday, July 27, 2012

7 jun

7 Jun 2012-tarikh dimana kt mulai rapat. Tuhan pertemukan kt balik dalam keadaan yang aq pikir sesuai. ini semua selepas Tuhan bukakan mata dan hati aq bahawa sahabat yg pernah berjanji kononnya nak berkongsi segala  rasa bersama,adalah manusia yang tak tetap hatinya.

kt bersahabat dan kau sememangnya menyenangkan.pernah satu ketika ketika aq bercakap mengenai soal hati dan perasaan,kau kata kau perlu masa.aq ngerti sebab kt berada di situasi yang paling hampir sama.kau kata kau mahu kenal aq sedalam-dalamnya sebelum kt pikir lebih lanjut.sebagaimana kau,aq juga takut kehilangan perhubungan ini.ah cukuplah aq dah lalui dari sahabat-kekasih-bekas kekasih-kawan.

masa dan keadaan membuatkan kt jadi terlalu rapat.kt mulai bina memori kt yang tersendiri.indah.kerana terakamnya satu kenangan yang tak pernah aq lalui selama 22 tahun aq menumpang di bumi Allah ini. secara peribadi,kau layak menjadi pemimpin  untuk satu institusi kelak. 

aq tak pasti andai apa yang aq rasakan saat ini sama dengan apa yang tersembunyi di balik hati kau.tapi aq sayang dan takut kalau bahagia yang kt rasa sekarang hanya sementara sebelum kau pergi tinggalkan aq kelak.dan bagaimana kalau kerisauan aq ini menjadi nyata?entah mampu atau tidak aq teruskan hidup tanpa kau yang dah bukakan kembali angan-angan aq tentang masa depan.

adakah wujud 'kita' dikemudian hari?kata kau - kau belum bersedia,long-distance relationship useless. kadang aq terasa jugak macam nak pekik kat telinga kau agar kau sedar tentang takdir yang Tuhan sedang beri ni. tapi.... "siapa aq disisi kau?" - ini juga adalah ayat aq yang selalu buat dia bengang dengan aq.hehe

*tariknafaspanjang* jika satu hari kelak,pintu hati kau terbuka untuk cipta sesuatu tentang 'kita', aq mahu kau tahu,aq disini.untuk kau,untuk kita. tapi jika 'kita' hanya impian aq sorang, aq lepaskan kau pergi seperti mana aq lepaskan yang sudah-sudah.memang walaupun aq rasa bodoh tp aq terpaksa terima realiti ayat ni,"cinta tak seharusnya memiliki". oh damn!



terima kasih buat terawih yang kt performed bersama dirumah Allah tempoh hari.
damai perasaan itu.

Tuesday, July 24, 2012

rabak

beberapa minggu lepas, terfaktab adalah organized minggu rabak. yang mana open utk readers and writers dia create entry pasal rabak atau erti kata lainnya-frust menonggeng. 

dalam hidup ni xthrill lah kalau korang xpernah frust in certain relationship.untuk aq,adalah beberapa kali aq dah laluinya.ye,memang sakit.sangat.tapi sekurang2nya aq banggalah dengan diri aq sendiri sebab aq dh pun berjaya melalui masa2 tu dengan tabahnya! *tepuktangan*

aq akui memang bukan mudah untuk kt facing dugaan camni tp xmustahil kan?seteruk mana kt kena dump,kt kena sentiasa ingat kt still ada family.family yang dah jaga,dah besarkan,dah berhabis berjuta2 semata2 nak tengok kt semua jadi manusia excellent. so xkanlah korang tergamak nak amik jalan mudah dengan bunuh diri semata2 sebab kena dump dengan couple memasing? lagi bangang kalau ada manusia2 yang bahlol pergi buat benda bukan2 konon2nya nak tarik perhatian ex dia balik.uish tolonglah ye,itu kerja paling bodoh! sudahlah ex ko dump ko,lepas tu ko sanggup nak rendahkan maruah sendiri dengan buat benda2 tu.dahlah dosa dapat,maruah pun jatuh.apa kejadahnya lah kan? kalau dengan buat benda2 tu sume kau xsusahkan mak bapak kau dgn kawan2 kau xpelah jugak.even though kau mungkin mati terus dengan minum 1001 jenis macam racun/ubat,kau still akan buat family kau malu seumur hidup diorang.lebih menyusahkan kalau xmati pun tp just pengsan/admitted to hospital for a few days! phuiiih! memalukan sungguh tahu?

aq bercakap berdasarkan experience sendiri.xsalah kalau kau nak bengkakkan mata kau dengan menangis sepuas2 hati.nangislah selagi kau punya airmata.tapi janganlah kau seksa diri sendiri,family and orang2 sekeliling kau.diorang pun ada tanggungjawab memasing.katakanlah kau dah buat benda2 bodoh tu,lepas tu kau xmati,kau xrasa ke malu dengan sendiri??? alahai. hidup ni jangan pikir ikut kepala otak sendiri je.ingat kt ni ada Tuhan.sudahlah amalan kt ciput,xkanlah nak jadi murtad pulak? 

walau apapun dugaan yang kt hadap,kuatkan diri,kuatkan diri dan kuatkan diri. ye,3 kali aq ulang.sebab pada aq kalau diri kt xkuat,memang kt akan fail dalam hidup ni! everytime aq lalui benda2 yang buat hidup aq suck,aq pun nangis jugak.aq pun down jugak.tp cara aq down adalah menangis and share with someone. dan setiap kalinya aq akan percaya,bahawa 1 hari nanti pasti ada yang indah buat aq. *tadahtangan* bila aq sedang lalui masa2 indah,aq akan bersyukur dengan apa yang aq dapat.sometimes,aq bersyukur sebab aq pernah melalui sesuatu yang rabak dalam hidup-especially bila kt jumpa someone yang jauh lebih better dari apa yang sebelumnya *senyum*



hidup akan jauh lebih baik seandainya kt mampu bangkit dari sebuah kegagalan.
hadapi tiap kegagalan dengan tabah dan redha.
nescaya,yang indah menanti -zaneeera-

Friday, July 20, 2012

perlu ke?

dunia ini kadangkala terlalu kejam.kejam untuk seorang aq yang cuba mencari erti kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.penat melepaskan kisah2 dulu belom lagi terbalas, sudah diuji lagi dengan ujian yang hampir sama.penat tau tak bila kena mengalah?kena melepaskan?kena mengorbankan jiwa dan raga semata2 untuk tengok orang yang kt sayang kejar bahagia mereka sendiri. penat yang dirasa sampai kau akan rasa nak lari dari dunia kau sekarang. terasa macam nak menjauh dari semua yang ada.

mungkin sakit itu dapat dipulihkan jika kt diberi kesempatan untuk sekurang2nya pertahankan apa yang telah kt bina, ataupun diberi hak untuk bersuara dan kau sebagai pendengarnya menuruti suara kt itu. jika ikutkan hati mahu saja aq jeritkan.biar didengarkan kau.biar kau pekak sekalipun dengan jeritan aku asal saja kt bahagia berdua.tanpa wujudnya manusia yang pernah menghancurkan hati kau,manusia yang juga pernah membuang kau satu masa dulu.

indah seandainya bahagia itu hanya melibatkan kt-BERDUA.dan jika bisa ingin saja aq ungkapkan,"you're mine.forever".tapi aq masih waras.masih tiada apa yg mengikat kt.kt cuma kawan.kawan baik yang berkongsi kisah seharian dan berkongsi segala rasa,bersama.dan kerana itulah masih terlalu awal untuk aq melepaskan kau.aq masih belum puas dengan kebahagian yang sedia ada pada kt sekarang.aq ingin kt bersama susah dan senang walaupun masih belum ada apa2 jaminan antara kt.

aq bahagia mengenali kau.aq tau kau tak gemar jika rajukkan aq itu hanya berkisar benda2 remeh.namun kau juga tau bahawa manja itu adalah sifat aku yang selalunya sengaja aq lindung dengan kasar dan garang ku.



aq senang dengan jujur kau.
aq bahagia dengan keikhlasan kau.
dan aq sentiasa berharap agar ianya kekal dengan diri kau.
jika boleh,aq xmau lg mengalah.

Tuesday, July 3, 2012

hidup

Ini cerita minggu lepas.
Berkawan rapat dengan seseorang yang dahulunya terlalu asing bagi aq adalah perkara yg kadangkala sukar diterima akal.
Pertemuan yang dirancang pada akhir bulan Julai tetiba diawalkan sebulan sebelumnya.
Alangkah indah perasaan mengenali seseorang yang cukup menyenangkan hati ni. Tp lebih indah apabila kt mampu berkongsi segala rasa bersama.  Hatinya juga pernah hancur dek kerana sebuah kecurangan.  Kepercayaannya makin pupus buat manusia2 yg bergelar perempuan. Ya,mungkin kerana pengalaman hidup yg hampir serupa membuatkan kt selesa bersama.
Pertemuan yang singkat merakam pelbagai perasaan indah dihati kt. Pernah dia menyatakan “kenapa kt tidak berjumpa dan rapat dr dulu lg?” ianya mudah buat aku- “kerana Tuhan akan menemukan kt dengan orang yg salah sebelum berjumpa dgn orang tepat”

Terlalu banyak aq belajar dari kehidupan ni :
1  -Belajar melepaskan seseorang yg masih disayangi. Walaupun sakit,tp aq yakin ada yang lebih    istimewa buat aq dimasa depan. Dan mungkin benar kata sesetengah orang, “cinta tak seharusnya memiliki”…dan bilamana kt sanggup melepaskan seseorang demi untuk melihat kebahagiannya dihari mendatang,itulah cinta sejati.
2  -Terima hakikat bahawa manusia bisa berubah. Aq pernah punya seorang yg selayaknya aq gelarkan dia kakak.banyak juga yg kami sempat kongsikan bersama. Namun entah kenapa segalanya mcm berubah sekelip mata. Entah siapa yg tidak jujur pada siapa,aq sendiri kurang pasti. Apa yg pasti,kami tidak seperti dulu. Dan sebenarnya aq rindu untuk seperti mula2 kt kenal-persahabatan yang jujur dan ikhlas.
3  -Menjadi seorang perempuan yang tegar. Mudah untuk eliminate mereka2 yg tidak jujur dengan aq. Maaf,tapi pengalaman lalu mengajar aq supaya lebih tegas. Dan sesungguhnya aq sudah begitu penat disakiti.
   -Menyayangi dan menghargai diri sendiri. Dalam hidup ini kt mmg xboleh nak harapkan orang lain untuk bahagiakan kt. Like seriously, ko kena sayang diri ko sebelum ko sayang orang lain. Ko kena belajar appreciate diri ko sendiri sebelum ko sibuk2  appreciate orang lain.
The most important thing, setiap apa yg berlaku dalam hidup kt pasti bersebab. Dan sedalam mana kesakitan yang kt tanggung,jangan pernah lupa tentang kekuasaan Allah-hikmah. Hikmah dimana satu hari nanti pasti ada kebahagiaan yang menanti buat kt.


Kisah kt mungkin tidak sama.
Tp kt sama kerna kt dilukai dan disakiti oleh manusia2 curang.
Percayalah,kt antara berjuta2 manusia yg masih disayangi Tuhan.
Tuhan telah selamatkan kt dari terus hidup bersama mereka2 yg bangsat.
So, let’s pray for our future with someone that worth it to live with!