Wednesday, March 30, 2011

i need money 2

kalaulah dalam tangan aku ada sekurang-kurangnya RM300 :

1)service air-cond kereta

2) pergi beli heels idaman




3) new clothes
    - nak material yg sama mcm ni,tp pattern lain skit

ni baju masa g dinner DIIM mastu

4) grab the loved pants! i really2 want this!!!!


Sunday, March 27, 2011

respect

entry aq yg lepas de cakap pasal orang yg suka pandang serong kat anak bongsu.meh aq nk share.ada sorang kawan aq,dia pun anak bongsu gak.tp aq memang solute lah dekat dia sebab dia terror kot masak.aq br je rapat dengan dia last sem sebab ktorg jadi housemates.first masakan dia,tomyam.fuyoo,sedap dowh.then de gak dia masak makanan lain.memang sedap lah.one more thing,dia pandai menjahit.alamak aq memang super duper solutelah dengan perempuan yg pandai menjahit ni.lebih2 lagi kalau perempuan tu anak bongsu.maksud menjahit di sini bukanlah menjahit lencana dan name tag di tudung sekolah yg mcm aq buat time sekolah dulu ye..mahupun menjahit utk cover baju tertetas..hehe ini menjahit yg mcm sampai tahap boleh buat baju kurung tu..it is not easy lah wei! xpercaya cubalah buat.tengok susah ke x..huhu

ada sorang akak angkat aq ni pun anak bongsu tp dia since sekolah memang terror uat keja umah.kalau dia dtg umh aq pun xpernah berlengang,mesti bawak buah tangan utk ktorg.xpernah gak dia duduk melepak je kalau kat umah aq.mesti tolong mak aq kat dapur.tak payah bersuruh.

see?tak sume anak bongsu tu pemalas ok! ;)

ubah persepsi

memang tak mudah nak ubah persepsi orang.lebih-lebih lagi kalau benda dah jadi mindset.tp tak salah kan mencuba?

aq memang bengang kalau de perempuan yang pemalas.tak kiralah malas SAPU BILIK KE,malas MASAK KE,malas MENGEMAS KE....sebabnya......nanti selalunya first question orang akan tanya,"DIA TU ANAK BONGSU KE?!?" what the hell sey! kenapa ek orang selalu kaitnya status anak bongsu dengan PEMALAS?memanglah boleh dikatakan majoriti anak bongsu pemalas sebab factor parents akan manjakan anak bongsu.tp bukan semua ok! ini bukanlah sebab nk show off ke ape,tp ini nak bercakap pasal benda yg betul.yes,aq anak bongsu.aq manja dengan family aq.tp bukan bermakna aq pemalas sampai tahap TAKDE KESEDARAN NAK SAPU BILIK, TAKDE KESEDARAN NAK BELAJAR MEMASAK AND TAKDE KESEDARAN NAK KEMAS RUMAH! kalau nak diikutkan,before ni pun aq bukanlah rajin mana.kat rumah sendiri pun dulu jarang masak.tp kita tak boleh lah nak samakan life kt dekat rumah dengan life kt bila duduk sendiri.sebab terlalu banyak perbezaannya.kalau dekat rumah family,kau xMENYAPU BILIK KAU PUN,de orang lain yg tolong sapukan.tp bila kau dah duduk sendiri,even though kau de roommates lain,janganlah semua benda nak bergantung harap kat roommates kau.kau busy?abis tu roommates kau ni xbusy lah ye?busy2 kau pun,kau still de masa nak online kan?still de masa nak berangan kan?dari kau berangan,baik kau guna masa tu untuk sapu bilik jap.takkanlah sampai benda2 camni pun nak kena bersuruh?karang kalau orang suruh,kau kata "bossy",kau buat muka pulak.dah nnt timbul konflik.xsyok lah kan macam tu kan?

aq sangatlah xsokong anak bongsu yg pemalas! 

Monday, March 14, 2011

susah sangat ke?

aku memang bengang kalau orang yg hidup asik nak pentingkan diri dia je.kang kalau cakap,tarik muka! diam mcm manusia bisu! kalau sound kang,mulalah nak post status kat FB.ko jangan nak cabar kesabaran ktorang sangat boleh x?dah last sem ni,xkan nak bermusuh plak?kalau benda tu xmelibatkan orang lain,lantak kau lah tp ni perlukan commitment dari 5 orang bukan 4 orang! aku dah jalankan t'jawab aku dengan message kau,tp aku tak tahu sejak bila kau jadi manusia kedekut nak bazirkan credit kau xsampai pun 50 sen utk reply message aku tu.information ada pada kitaorang.tp kenapa xreti nak mintak?takkan semua benda nak disuap?

wei,commitment skit lah! fine,kalau ko dah xnak reply message aku,tp takkan xreti nk contact mereka2 yg lain?ko ingat ktorg ni apa?ktorg pun sama macam kau.ada perasaan marah,ada perasaan bosan bila kau lebih pentingkan benda2 yg xsepatutnya.



pasti kau terasa bila baca benda ni,
dan confirm marah.
tp boleh tolong paham apa erti commitment x?
sekian,terima kasih.
 dan silalah berubah.

Thursday, March 10, 2011

friendship

dalam berkawan,macam2 jenis perangai kawan kt akan jumpa.baik lelaki @ perempuan sama je kot...kalau dulu kt selalu cakap perempuan ni leceh sebab hati tisu,kuat merajuk and manja bagai.tp sekarang ni bersepah je lelaki yg perangai macam perempuan.untuk orang yg selalu tukar2 sekolah macam aq ni,lagilah..dari sekolah bandar yg dikelilingi students perempuan semuanya yg mana mak bapak kaya,yg xberapa kaya tp pretends mengalah anak datuk pun ada sampailah ke sekolah kampung yg taraf hidup sederhana je macam family aq...berbagai ragam.sampai lah umur aq hampir 21 tahun ni,dimana aq berkawan dengan mereka2 yg akan jd graduated.seriusly,aq friendly.tp bukanlah bermakna aq main pakai hembus je nk masuk dalam geng orang lain.

dalam ape2 relationship sekalipun,the most important thing is honesty. untuk ape sey kau berkawan tp kau tak boleh jadi diri sendiri?itulah the exactly meaning untuk hipokrit-pada aq.bukan aq tak pernah jumpa kawan yg perangai giler damnshit syaitan laknatullah,tp so far aq xpernah menyesal kawan ngan diorang.sedar atau xsedar,dari perangai buruk diaorang lah matang kan kt.cume kadang aq frust sebab bg 100% kepercayaan kat orang2 yg salah.kt jangan terlalu ego.senang2 cakap,"tak de kawan macam ko pun xpe".kt tengok dulu kenapa orang buat kt?kenapa org sakitkan hati kt?sebab kadang kt selalu je terlepas pandang yg sebenarnya kt uat salah dulu.sedar dulu salah kt before kt marah kan orang lain.

janganlah berat mulut sangat nak mintak maaf kalau dah uat salah @ nak say terima kasih kalau orang dh bg something.sebab SORRY and THANKS tu terlalu besar maknanya untuk orang yg mendengar.sebagai orang yg dh menolong,kt akan rasa diappreciate walaupun hanya 1 word,THANKS.

bila kt rasa kt marah kat kawan kt,cuba relaks and ingat balik.sepanjang kt kenal and kawan ngn dia,takkanlah xde 1 pun kebaikan yg dia pernah buat kat kt?janganlah kerana 1 kesalahan kt simply lupakan semua kebaikan yg pernah dia uat kat kt.kadang2 kt nak menegur,tp bukan semua orang willing nk ditegur kan?kang bila bukak mulut nak cakap,kata kecoh.tp bila kt senyap,kata kt macam tu,macam ni...urmm.....


we're all travelers in the wilderness of this world and the best we can find in our travels is an honest friend


to all persons yg read this,
sorry kalau aq ada tersakitkan hati,
aq always appreciate setiap seorang dari korang.
kawan tu besar maknanya dalam hidup seorang aq.
mungkin ada antara kau yg terasa bila aq berkata,menegur mahupun menyindir,
tp aq mohon,sebelum kau marah apalagi benci pada aq,
kau cuba pikir sikit kenapa aq begitu?
setakat ni aq tak pernah lagi memutuskan mana2 friendship,
sebab aq sayang semua mereka yg aq gelar kawan,
apetah lagi sahabat.
kerana merekalah orang yg paling hampir dengan aq.
sebelum kau hukum orang lain,check balik diri kau.
please.

Tuesday, March 8, 2011

happy women's day

sepanjang 21 tahun aq hidup,hanya ada seorang wanita je yg aq sanjung-MAMA.honestly, mama aq bukanlah wanita yg educated.but still,she's the best.
ktorang jarang balik kampung sebab papa and mama bukan kakitangan kerajaan mahupun swasta yg gaji jalan,even though cuti.cuti berniaga means tak delah gaji untuk diaorang.but then,duit belanja mama sentiasa akan kirim bila cik jam balik kampung.sebagai anak sulung,mama memang sangatlah pemurah.walaupun adik2 dah kahwin,beranak pinak,tp kalau ada yg terdesak,cubalah mintak.kadang2 tak mintak pun mama hulur.

as a husband yg ada sifat hot-tempered macam papa beruntung dapat wife sesabar mama.dari susah sampailah senang,mama jenis wanita yg xtakkan pernah mengeluh.dulu,pernah sekali ktorg susah.susah yg boleh aq kategorikan macam org yg bankruptcy.sampai 1 tahap yg mana kereta nk kena tarik.umur aq masa tu dalam 14 tahun.dan hanya aq ngan mama je kat umah sebab papa and abg settlekan pasal keta.mama jarang sekali akan menangis depan anak2.tp hari tu mama menangis depan aq.mama peluk aq and kata,"xpelah eira,kt kena redha dengan apa yg jadi ni.mama sebenarnya malu dengan anak2.segan sebab mama papa sampai pinjam duit anak2 nk byr hutang.mama janji mama byr balik bila bisnes kt dah ok". mama akan jadi tempat pelindung bila mana anak2 lepas kena bantai ngan papa.mama jenis wife yg xkan back-up anak.sebab tu memang prinsip diorg,salah mesti kena hukum.cuma lepas dh kena bantai,papa kuar @ tidur,nanti mama akan datang peluk anak2 and kata,"abg/eira buat salah sebab tu papa marah.lepas ni mintak maaf kat papa ea?"

pernah 1 ketika masa aq heart broken,mama orang pertama yg aq bgtau.she's said,"xpe eira,biarkan.harini dia buat kt,esk lusa Allah balas balik.sekali dia buat kt,10 kali Allah balas nnt.eira jgn ingat dekat dia lg.eira kena focus belajar".bila aq ngan abg aq kutuk2 @ plan nk sabotaj atok,ni jugak ayat mama,"jangan,tak baik.mama tak izinkan.xpelah,tu bahagian dia.bahagian kt xtahu lagi macam mana".ha,nampak macam mana bezanya sifat mama dengan sifat aq???ayat mama,"XPELAH" and kalau aq,"SIAL KO,KO UAT AQ EA..."

sebagai seorang tok mama, (nenek di usia muda,sebab tu xpanggil nenek..hehe) mama cool giler.sanggup tak tidur sebab jaga cucu.sanggup tahan ngantuk sebab nk bwk cucu jalan2..haha kadang2 bila que ngada2 merengek2,aq buat2 marah.nnt mesti mama kata,"alalala syg tok ma.sapa marah que?nnt tok ma babap dia"..que pun muka penuh muslihat pandang aq.hampeh btol.

dalam bab masak,fuh..memang mama superb giler.serious ooh..bab ni lg lah aq salute sebab masa mama kahwin ngan papa,dia just reti masak singang.tp sekarang,setakat amik catering,ala halus lah~  
aq pun banyak belajar masak dari mama.yelah xkanlah mak terror masak,anak terror makan je ye dak?xsyiok lah!

mama selalu tersalah cakap.contoh macam,"ma,bungkus berapa lagi kurang?" mama akan jawab,"kawan baru amik 5 keping." papa pun bengang,"tak kiralah awk dh amik berapa keping,sekarang ni kurang bape lg?"... mama pun jawab, "yelah sekarang ni turn 20 keping,kawan baru amik 5 keping so kurang lg 15 keping lah!??" papa pun malas nk bertekak,diam jelah.tapi kalau time aq ngan abg aq de,memang ktorg gelak sakan lah.haha comel wei bila mama camtu.sebab papa kalah kot walaupun sebenarnya mama yg salah jwb soalan :))

mama sebagai seorang menantu,aq no comment.sebab kalau kt dapat mertua yg giler damn bullshit teruk,apa sangatlah kt mampu buat?buat baik macam mana sekalipun kalau dh dasar mertua yg pilih kasih,memang bg rm1000 pun dipandang macam bg rm10.lantak engko lah...

mama masa umur 17 tahun


mama masa umur 43 tahun

8/mac/2011,
puan shehah binti hj tahir,
u'r the best women that i ever met.
i love u,
coz u're my inspiration.
HAPPY WOMEN'S DAY MAMA




Wednesday, March 2, 2011

maaf

memang sukar untuk aq maafkan orang yg dah hapuskan sesuatu yg bermakna dalam hidup aq.
apetah lagi nak lupakan semuanya.ini bukan soal berdendam, tp ini soal hak.
aq paling benci orang yg dah rampas hak aq. aq boleh diam.tp bukan bermakna aq sudah lupa.
aq bukan perempuan yg lemah,yg mudah cair dengan pujuk rayu seorang lelaki.
terima kasih untuk kesian kalinya.
sekurang2nya kau dah didik aq supaya menjadi seorang manusia yg tegas.



mintak maaf saja pada Tuhan,
agar Dia bukakan pintu hati aq untuk menerima maaf dari kau.