lately ni entah kenapa terasa macam ada sesuatu yang kurang dalam diri.
terasa macam sunyi.
terasa macam hilang semangat.
terasa serabut. macam nak marah orang pun ada.
kepala terasa berat dengan semua benda.
seolah orang-orang sekeliling berlaku tidak adil untuk aku.
entahlah.
perit jugak rasanya bila dengan kos yang minimal tapi perlu memenuhi tuntutan yang maksima.
aku perlukan percutian.
percutian perlukan duit.
aku perlukan sesuatu yang baru.
tapi sesuatu yang baru perlukan duit.
well,semua benda pun perlukan duit kan?
bahu ni terasa berat.
seolah tergalas satu beban yang aku sendiri kurang jelas apa puncanya.
mungkin ke rindu buatkan aku menjadi terumbang ambing begini?
semua orang punya impian. juga kemahuan tentang sesuatu benda mahupun perkara.
aku juga begitu. aku juga mahu penuhi impian aku yang aku simpan sejak dari sekolah lagi.
tapi mungkin masanya belum tiba. lantas impian itu perlu aku simpan lagi.
tapi orang sekeliling tak paham.
tak cuba paham.
aku cuma mahu sediakan sedikit persiapan buat masa depan aku sendiri.
mahu hidup yang selesa bukan semudah yang disangka.
aku tak perlu disanjung kerana aku punya material.
aku bukan jenis mintak dipuji kerana berperangai sebegitu.
"biar papa asal bergaya"- memang bukan diri aku.
beban perasaan ini mungkin akan berkurang seandai saja aku dapat berjumpa orang yang paling aku mahu saat ini.
oh sekarang baru aku perasan. bukan duit saja menjadi beban,tapi waktu kami juga +_+
Wednesday, June 26, 2013
Wednesday, June 19, 2013
23 tahun
syukur alhamdulillah masih disini.
masih bersama keluarga tercinta.
tahun ini bertambah seri dianugerahkan dengan seorang insan bernama Si Dia.
walau jasadmu tidak bersamaku namun masih cuba mengembirakan ku disini.
terima kasih.
hidup makin menginjak ke alam dewasa.
walau secara fizikal masih kekal cinonet begini.phew!
untuk ulangtahun ku tahun ini,doa ku agar pintu rezeki dibukakan seluasnya.
semoga mendapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.
sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buatku.
semoga hari-hari indah terus terlakar dalam hidup aku hendaknya.
insyaAllah. amin.
masih bersama keluarga tercinta.
tahun ini bertambah seri dianugerahkan dengan seorang insan bernama Si Dia.
walau jasadmu tidak bersamaku namun masih cuba mengembirakan ku disini.
terima kasih.
hidup makin menginjak ke alam dewasa.
walau secara fizikal masih kekal cinonet begini.phew!
untuk ulangtahun ku tahun ini,doa ku agar pintu rezeki dibukakan seluasnya.
semoga mendapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.
sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buatku.
semoga hari-hari indah terus terlakar dalam hidup aku hendaknya.
insyaAllah. amin.
Monday, June 3, 2013
a long weekendddddd
weekend yang baru lepas ni aku tak tolong papa sebab niat dihati nak berehat-kononnya.
so hari sabtu tu aku pun berniatlah nak bangun sampai ke tengah hari.ok berjaya.dekat pukul 12 baru aku bangun.mood nak masak datang bila tengok ice box 'berisi'. menu hari tu ikan masak tauco,sayur kubis tumis and ada gak lempeng. ngidam dok dah lama giler tak makan lempeng.
start masak dah lewat so dalam pukul 2 baru siap semuanya.petang tu settlekan keje office yang dibawak balik.basuh baju,lipat baju. next day plan nak bersenang lenang kan rumah pun gagal sebab mama message suruh masak +_+ tapi yang jadi penat sebab aku kena pergi belanja dulu before masak.urm...dah lah panas terik lepastu rushing belanja and balik masak. menu simple je aku masak,ayam sweet sour dengan cendawan goreng together with dessert-banana split! huhuhu lepas masak and makan,jemur baju semua aku dah tersadai.dapat jugak aku tido sejam lebih kot.lepas tu basuh kereta pulak. yang aku geram baru mula basuh kereta ada pulak geng tabligh round taman aku bagi ceramah :( laju lah aku lari masuk.standard lah kan sape je yang rajin nak layan diaorang?? umah2 lain pun tak bukak pintu bila diorang datang. 2 kali ok geng2 ni ronda2 umah.cis!
ok cerita dah panjang. sebenarnya cuma nak kongsi,bukan mudah jadi suri rumah. walaupun bukan sepenuh masa.tak cukup nafas bila kita diberi tanggungjawab masak,membasuh,mengemas tanpa bantuan dari orang lain.itu kira untung aku tak ada adik2 kecil..kalau tak memang pengsan lah aku kan...sekarang aku tak pelik lah camne penatnya jadi 'suri rumah ni,sebab isteri Dr Muszafar pun pernah share kat blog dia,kadang2 bila dia rasa penat sangat,dia sampai stay kejap kat bilik air untuk cool kan diri sendiri.
bila aku kongsi penat dengan si Dia,dia kata, tak pe nanti dah kahwin carilah perempuan2 yang cun buat jadi orang gaji kat umah.damn you! hahahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)