terbaca 1 artikel yang di share di facebook.
berkenaan kanak-kanak yang diajar untuk membeza-bezakan tentang perkara-perkara materialistik.
"abah stroller siapa lagi mahal?"
"emas awak pakai ni emas betul ke Zhulian? sebab mak saya kata Zhulian tak bagus"
"abah awak pakai kereta apa?"
teringat aku tentang pengalaman waktu sekolah rendah. aku sekolah di sekolah yang semuanya perempuan dan sekolah aku antara sekolah yang famous di JB. most of the students memang anak-anak orang berada. aku tak nafikan kawan-kawan aku pun semua bapak diorang berkereta besar. Zaman 1999-2002 siapa yang mampu pakai Kia Carnival, Honda, Toyota tu memang dah kira wow lah! tu belum lagi yang jenis balik sekolah driver datang amik naik Mercedes. pergh pergh pergh! kita tak boleh sangkal kalau orang cakap pergaulan ni akan membentuk peribadi seseorang.
masa tu adalah timbul rasa iri hati dan malu bila mengenangkan pakaian kawan-kawan jenama Canggih, aku cuma Falcon. diorang bawak beg Deuter, aku masih Swan gambar cartoon. bila diorang bawak beg roda, aku pun ngecek mama mintak dibelikan beg yang sama jugak. paling aku benci bila permulaan penggal baru, tiap kali cikgu yang masuk kelas akan mintak kitaorang kenalkan diri. bukan setakat bagitau nama tapi kena bagitau parents kerja apa. Teacher, don't you think tanpa sedar awak dah wujudkan 1 jurang or cluster dalam diri pelajar??? bila students yang pandai bagitau kelas ,bapak or mak dia kerja bagus2, nanti budak-budak yang lain mulalah "oh patut lah dia pandai" , "oh patotlah dia loaded" apa budak-budak yang pandai tu memang guarantee mak bapak dia doktor / lawyer / engineer ke??? macam mana pulak best students yang bapak mereka cuma penoreh getah / pengangkat sampah? aku tak tahu apa significant nya bila cikgu-cikgu suka betei tanya soalan camtu pada students. pernah satu masa aku rasa macam malu nak bagitau orang mak bapak aku cuma penjual roti canai tepi jalan.
bila nak masuk sekolah menengah Papa tak bagi aku continue sekolah tu lagi. so dia masukkan aku sekolah kampung. maybe dia dah nampak kot ciri-ciri anak tak kenang budi mula terbit di hati aku :P so bila sekolah biasa-biasa dan majoritinya students yang datang dari kalangan anak orang biasa-biasa, aku pun dah tak kisah dah tentang family background kawan-kawan aku. kira aku tak adalah rasa rendah diri sangat. dan aku mula bersaing dalam pelajaran secara sihat. yang paling bermakna bila kawan-kawan zaman sekolah menengah lah yang kekal sampai hari ni. yang ada dengan aku waktu susah dan senang aku. alhamdulillah :') .mungkin inilah salah 1 sebab yang buatkan aku rasa jauh hati nak rapatkan balik hubungan aku dengan budak-budak sekolah rendah.
aku selalu bercakap hal ni dengan tunang aku. aku nak didik anak-anak kami dengan sederhana. kalau boleh biarlah kita didik diorang guna kaedah dulu-dulu. sebab sometimes aku takut tengok budak-budak sekarang yang terlampau leka dengan benda-benda moden-gadjet especially. sampai ada yang 1 tahap datang rumah orang tak reti nak angkat kepala sebab mata asyik sangat dekat tab. it's really annoyed me. moga-moga kami dikurniakan anak-anak yang mendengar kata. Aminn.