Setiap manusia punya kelebihan mereka sendiri.memang agak kejam jika aq seringkali membandingkan mereka berdua.tp aq juga sedaya upaya mencari ‘sesuatu’ di dalam diri Lelaki ini supaya kelak mungkin akan ada perasaan kasih.tidak aq nafikan Lelaki ini matang dan tenang.tenang dalam menghadapi sesuatu.juga aq sukakan sifatnya yang tidak lalai dlm kehidupan seharian.
Tp aq masih terlalu selesa untuk berkongsi segala permasalahan dengan Dia. Dan apabila berdua dengan Dia,aq dpt rasa sekejap je masa berlalu.setiap saat yg aq lalui bersama Dia merupakan saat2 terindah yg seperti tidak harus berakhir.
Bila aq bersama si Lelaki ini pula kadang kala terasa macam xde apa yg ingin diborakkan.sehingga pernah satu ketika aq rasa mengantok.rasa mcm nk cepat mengakhiri pertemuan itu.perasaan ini tak pernah sekali pun aq rasa bila bersama si Dia.
Aq selalu memohon agar Allah pertemukan aq dgn seorang lelaki yg jujur, ikhlas dan boleh mendidik aq.dan jgn lah aq diberikan perasaan cinta pd seseorang yg bukan jodoh aq. Kerana inilah buatkan aq selalu terkeliru dgn perasaan sendri.si Lelaki ini adalah lelaki yg jujur serta ‘beringat’ dlm setiap kelakuannnya..namun setakat ini,perasaan cinta itu masih jauh.terlalu jauh. Pernah aq terbaca sebaris kata2 yg mengatakan, “selagi kt masih mengingati seseorang yg tlh berlalu,selagi itulah kt xkan dpt menerima seseorang yg wujud pd hari ni”…mmg aq akui kebenaran itu..tp apa daya aq?kau org boleh ckp jauhkan diri,lupakan.tp korang xrasa benda ni sendiri.yg melaluinya aq! Ye,aq dan Dia!
Kau org boleh terus bercakap di belakang aq.boleh bebas berkata tentang Dia.dan jika benar Dia menggunakan aq utk sesuatu tujuan,itu kerja Tuhan nk balas. Sape kau org yg layak menghukum atau memandang serong pd kami? Hidup kau org sendiri pun xstabil,ada hati nk kepoh hidup org lain.puiih!
No comments:
Post a Comment