Monday, January 20, 2014

kematian

15 JANUARI 2014.
perginya seorang lagi atuk. dan kini aku cuma punya 2 orang nenek.
kematian memang tidak dijangka.
dan aku tidak diberi kesempatan untuk bersama dengannya sewaktu dia nazak. atau mungkin waktu-waktu yang ada sebelum malaikat maut mengambilnya aku sendiri yang mengelak untuk meluangkan sedikit waktu buat dia?

waktu kecil ku memang banyak dirumah arwah dan nenek. kadang-kadang lagi betah duduk di rumah nenek berbanding di rumah sendiri. kerna dirumah nenek aku punya adik2 sepupu. aku rasa bangga jadi Kakak sedara paling sulung. *ceh padahal bila mama tanya nak adik ke tak aku confirm jawab tak nak :P*

dengan modal sebanyak RM2000 yang atuk bagi pada papa, bisnes mereka bermula. dan papa berjaya kekalkan produk dia sampai sekarang. syukur. jika dibanding dengan sesetengah orang yang sampai berhutang berpuluh ribu untuk running bisness dan end up kecundang sbb tak ada killer food.

berbalik cerita arwah atok. masa aku sekolah tadika dulu atuklah yang akan hantar aku pergi sekolah. hari-hari. banyak sebenarnya kenangan. pahit manis. suka duka.aku bukanlah cucu yang baik. juga bukan cucu yang akan mendengar segala nasihat-nasihat dia. dan saat kaki aku melangkah ke dalam hospital dan melihat sekujur tumbuh tua itu terbaring kaku,aku tak dapat tahan lagi airmata aku. benar,aku silap. aku berdosa.

sesungguhnya segala kenangan lampau yang pahit sudah aku buang jauh dari ingatan aku. perkara yang aku terapkan dalam hati, "sejahat mana pun seseorang itu pasti ada kebaikan dalam diri mereka walaupun mungkin cuma sebesar zahrah" . maka benarlah kata Kak Fynn. cubalah cari kebaikan dalam diri orang yang kita tak suka mahupun pada orang yang kita benci.

nenek akan menjadi tanggungjawab papa. apa yang aku harap hubungan kami semua bertambah erat selepas ini. apa yang lepas biarkan berlalu. untuk apa dikenang perkara yang buat kita sakit jika perkara-perkara manis juga tak kurang banyak untuk kita hargai.

apa yang berlaku semua ada hikmah.moga roh atuk aman di sana. sorry for all my mistakes.and thanks for being the good atuk for me during my childhood.

Saturday, January 4, 2014

imbas balik

4 JANUARI 2014. 1.51 pm.

disini.tempat kerja.
nampaknya 2013 sudahpun tamat. syukur Tuhan aturkan perkara-perkara yang indah sepanjang tahun lepas.
bulan 9. dapat kereta baru. kerja baru. terima kasih Tuhan.
jika Allah beri ujian dalam bentuk kesenangan moga aku tak lalai menikmatinya.
dan sepanjang tahun lepas bukan tiada kesedihan dalam hari-hari yang aku lalui.
tapi aku pilih untuk lebih menghargai dan kenang apa yang indah.

bulan 12. hampir sebulan lebih tidak ketemu sama kekasih hati.
malam itu pertama kali sepanjang satu tahun setengah aku rapat dengan dia, kita berbicara tentang masa depan.
indahnya perasaan kau berikan Tuhan.
moga apa yang kita rancang Tuhan izinkan.
in shaa Allah.

umur sudah menjengah 24 tahun.
tahun yang aku akan mula (lebih) serious soal duit.
semoga diberi kesihatan. buat diri sendiri, keluarga serta si dia.

dipenghujung bulan 1 ini si dia bakal menamatkan pengajian.
doa aku panjangkan agar selempang miliknya nanti.
aku mau turut serta merai hari itu nanti.
mungkin bulan 6 kan? oh bulan kelahiran aku.
sempena itu juga, aku cuma mahu berada bersamanya meraikan hari graduasinya nanti.

24 tahun.
abang. terima kasih atas pandangan dan nasihat kau.
aku untung punya abang macam kau.
walau kau pernah buat aku nangis hari-hari masa aku kecik dulu. hahaha
desakan kau,akan kami laksanakan dalam tempoh setahun lagi. mungkin?


Saturday, December 7, 2013

Dahlia

Hidup yang sunyi bagai syurga tanpa bidadari,
Kini gemersik dengan nyanyian cinta dari unggas yang terjaga saat kau mula mengatur langkah di taman hatiku.
dunia bagaikan terpaku apabila kau tersenyum,
dan dedaun luruh dari tangkai dek manja renungan matamu.
Tenang air laut kembali bergelora menampar pantai mendengar gelak tawamu.

Sesungguhnya Dahlia, laut yang selama ini berbaur hanyir kini mewangi sepanjang hari menemaniku, kerana harumnya nafasmu.
Dan janjiku padamu, engkaulah isteriku dunia dan akhirat.





puisi indah ini dari telemovie Mawar Putih Tanda Perpisahan.

naik pangkat

di akhir 2013. maka pengumuman kenaikan pangkat bagi pekerja-pekerja di sini. tapi macam kurang tepat sebenarnya guna istilah 'pengumuman' sebab benda tu private & confidential. dekat sini increment berdasarkan performance. mungkin dah jadi sifat sebahagian orang kita yang kerjanya biasa-biasa saja tapi iri hati bila tengok orang lain naik pangkat. sobs sobs sobs

entahlah aku rasa kurang selesa kalau orang pertikaikan tentang increment orang lain. sebab 1- itu rezeki dia, 2- sebab kerja dia. attitude. attendance. mungkin kita lagi lama bekerja dari dia, tapi dari kita dok pompang pompang pikir kenapa orang lain naik pangkat, baik kita cari apa silap kita. mungkin pada kita attendance tu benda paling minor tapi mungkin pada HR benda tu paling penting.

jangan merungut. ikhlas dalam tiap perlakuan. bila kita banyak sangat merungut takut Allah pun sempitkan pintu rezeki kita. *jauhkanlah*

bersyukur dengan apa yang kita ada. manusiakan memang tak pernah puas kan, so walaupun dapat gaji banyak mana still kita terasa nak lebih lagi, lagi dan lagi. maka jauhkanlah perasaan tu. buat personal budgetting. jangan gaji habiskan sampai tak ada saving. itu memang sengal. and kita kena banyak bersyukur sebab cuba kita comparekan diri kita dengan kawan-kawan yang sama umur & education level dengan kita. bila apa yang kita miliki sekarang lebih baik dari kawan-kawan kita maka belajarlah bersyukur.


belajarlah hidup bersederhana. maka kau takkan pernah rugi.

Tuesday, December 3, 2013

mohon bantuan

assalammualaikum.

para bloggers, mohon jasa baik kalian agar dapat dipanjangkan doa & bantuan seikhlas hati walau cuma RM1 kerana nilai yang kecil bagi kita jadi begitu besar bagi mereka yang sedang memerlukan.

bayi ini anak saudara aku -anak kepada adik ipar abang ku. berusia kurang dari 2 bulan.mohon jasa baik semua.

terima kasih dan jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Harits, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat mu.
semoga perjalanan hidup mu dipermudahkan.
amin.

Tuesday, November 12, 2013

flying to the moon

ISNIN , 11 NOVEMBER 2013.
Jam 9.45 malam.

...........................
...........................
...........................
muah..syg die.. :)

for the first time.
percaya ke tak?!


Thursday, November 7, 2013

Bride-to-be Blogger contest

percaya tak tahun ni kalau ikut perancangan awal aku patutnya dah bertunang tau? tapi..biasalah kadang-kadang tak semua yang kita rancang akan menjadi. huhuhuhu so, aku ni memang jenis yang suka dok google and searching pasal all those wedding stuffs. sebab perancangan tu penting oiii!

and sebab tu aku jumpa satu facebook link ni yang provide macam-macam service. yeayyy!
most of the time aku banyak tengok bridal yang cuma promote and shows their events tapi tak ada buat sewa apatah lagi DIY. 

1. Baju pengantin yang curlasss lagi meletop!

 baju ni available for rent.
category A : RM600-850

aku suka sebab diorang state sekali harga kat album description tu.so korang jangan mengada nak suruh PM harga sebab dah stated ok! hewhewhewhew

2. Barang-barang untuk disewa


kau gila ke takkan lah semata nak beli kerusi sebab nak kahwin or tunang?!?!? hahahahaaha

3.Barang-barang untuk dijual

 aku suka oiii ostrich feather tu, sesuai sangat dengan concept Arabian aku nanti.wehuuuuu !
tangan aku tak ada seni.maka beli je.kang kalau buat entah jadi apa ntah.haha



selain dari product yang cantik tertarik, apa suka diorang nya service. tengok jelah contoh yang paling senang, dekat gambar pun dah siap letak price. so tak payahlah customer nak kena tanya,then nak tunggu diorang reply lagi kan.and sebab diorang ni based kat Puchong so ada certain stuff yang diorang boleh currier by pos. so apa lagi yang anda mahu??? huhuhuhuhuh go visit Red Ribbon Boutique for more info. blog diorang  pulak kat sini